Closeup of a man hand holding cellphone with internet browser on screen. Man with spectacles relaxing sitting on couch while looking at mobile phone. Closeup of mature latin man using smartphone to checking email at home.

Zaman sekarang adalah zaman yang mana 'screen-contact' telah berjaya mengalahkan 'eye-contact'. Lihatlah di mana mana sekarang, ramai ibu bapa yang :

*Lebih banyak bersahabat dan bersosial di media sosial dibandingkan bersahabat dengan anak sendiri.

*Lebih banyak masa dihabiskan di depan laptop, TV dan telefon berbanding masa bersama anak.

*Lebih banyak memandang kepada skrin telefon daripada memandang wajah anak sendiri.

Anak di depan mata tetapi fokus dan fikiran mak ayah lebih banyak tertumpu kepada orang di dalam dunia maya. Bila si anak datang dengan kerenah masing-masing, apa peranan kita sebagai mak ayah? Contohnya bila anak kita datang dengan dialog di bawah ini :

" Mak, tengok kakak lipat kain ni. Kakak nak bantu Mak "

" Ayah, cantik tak lukisan Angah ni? "

" Mama, cuba Mama tengok. Cantikkan baju kakak "

" Ibu buat apa tu? Ibu, tengok la kakak ibu "

" Ayah, letak la handphone tu sekejap ayah. Adik nak ayah "

Ramai mak ayah yang hanya memandang anak dengan pandangan kosong, setelah itu kembali memandang gajet di tangan masing-masing. Lebih parah lagi jika tiada pandangan sama sekali yang dilemparkan kepada anak yang sedang mengharapkan perhatian mak ayahnya.
Zaman Ni ‘Screen Contact’ Kalahkan ‘Eye Contact’. Deep Perkongsian Ni!

IKLAN

Tahu tak apa yang akan terjadi kepada anak tersebut?

Lama kelamaan, anak tersebut boleh mengalami 'loneliness'. Tak semestinya kita 'outstation' baru anak menjadi sunyi. Walau mak ayah hanya 1 meter jaraknya daripada anak sekalipun, anak akan tetap sunyi kalau mereka tak dapat rasakan 'presence' mak dan ayah di dalam hati mereka.

Itulah kenapa anak tersebut jadi pelik. Kerana mereka rasa 'lonely' dan 'craving for emotional connection'.

Mak ayah kena ingat satu benda sahaja, 'loneliness kills!'. 'Loneliness' adalah sejenis 'psychological injury' . Ia boleh membunuh jiwa anak secara senyap!

Itulah kenapa kalau mengikut kajian, kesan 'loneliness' sangat dasyat. Ianya boleh mengakibatkan :

*Kesan buruk kesunyian pada tubuh badan badan kita setara dengan kesan buruk seorang perokok yang merokok 15 batang rokok sehari.

IKLAN

*Orang yang mengalami kesunyian lebih berisiko untuk mengalami penyakit jantung, pikun dan depresi.

*Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2016 yang melibatkan 181,000 orang menunjukkan bahawa kesunyian boleh meningkatkan risiko terkena serangan stroke sebanyak 32%.

*Kesunyian juga boleh meningkatkan risiko untuk meninggal dunia sebanyak 29%.

Inilah antara kesan yang terjadi kepada mereka yang mengalami kesunyian. Kesunyian bukan lagi perkara yang kecil tetapi ianya sudah menjadi penyakit sosial yang sudah mencapai tahap yang serius dan epidemik!

Saya selalu berpesan kepada mak ayah di luar sana, jangan sekali-kali mengatakan anak kita itu 'attention-seeker' bila mereka buat hal. Anak-anak kita tu cuma 'connection-seeker' sahaja. Jiwa mereka perlu dipenuhi dengan fokus dan perhatian kita sahaja. Itu sudah cukup untuk mengubat jiwa mereka.

Tak perlu 24 jam berkepit dengan mereka. Kadang-kadang dengan fokus 30 minit kepada anak-anak tanpa gangguan gajet pun sudah cukup untuk bekalan tangki emosi mereka untuk berjam-jam lamanya.

IKLAN

Jadi, kepada mak ayah semua. Tolong, mulai hari ini tolong kurangkan screen contact bila di hadapan anak-anak dan tolong ambil masa untuk dengar suara hati anak kita.

Tolong juga dengarkan dan kongsikan dengan anak-anak tentang hal yang berkaitan dengan perasaan, fikiran dan pengalaman kita dengan mereka. Kita mahu mereka menjadi anak yang terpenuhi jiwa dan perasaannya. Seperti mana kita, anak-anak kita juga punya perasaan dan jiwa sama seperti kita juga.

5 Cara Termudah Untuk Menguatkan Bonding Kita Dengan Anak-Anak

1. Jaga emosi kita bila berhadapan dengan anak anak. Pastikan emosi kita stabil dulu baru kita berhadapan dengan anak kita

2. Isi hati kita dengan emosi kasih sayang dan perasaan cinta ketika bercakap dengan anak kita. Anak kita boleh 'sense' emosi kita

3. Pastikan kedudukan ataupun posisi kita setara ataupun satu paras dengan anak kita sewaktu bercakap dengan mereka. Ini akan membuatkan anak merasa selamat dan ego kita pun sedikit menurun

4. Pandang tepat ke dalam mana anak anak sewaktu bercakap dengannya. Inilah 'eye-contact' yang kita nak bina dengan anak kita supaya anak kita merasa lebih dekat dengan kita

5. Banyakkan sentuhan ketika berbual dan bercakap dengan mereka. Sentuhan ibu atau bapa adalah suatu 'terapi emosi' pada anak kita kerana dengan sentuhan tu akan meningkat paras hormon oxytocin pada anak kita. Itulah yang kita panggil sebagai 'bonding & love hormone'

Selamat beramal dan rasakan sendiri kesannyak.

Sumber : Dr Taufik Razif

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI