Penggunaan gajet kini apa yang kita dapat lihat seakan sudah tidak boleh dipisahkan lagi, lihat sahaja lah anak-anak kita. Setiap waktu, pasti dengan telefon pintar atau tablet di tangan dan tanpa sedar keadaan itu telah mengubah persekitaran dan perkembangan anak-anak. Malah apa yang lebih teruk lagi hingga menyebabkan kesan buruk pada kesihatan mereka.
Bahkan tidak dinafikan juga terdedahnya anak-anak kita seusia bayi dengan gajet ini juga adalah disebabkan kealpaan kita sendiri yang berasa selesa membiarkan anak-anak bermain permainan di dalam telefon agar mereka leka dan dapatlah kita membuat kerja-kerja tanpa ‘diganggu’.
Pun begitu, pendedahan yang berlebihan tidaklah bagus untuk anak-anak dan akan mendatangkan mudarat kepada anak. Ini sepertimana perkongsian video daripada seorang ibu di aplikasi TikTok oleh @finikhasim, berkongsi pengalaman cemas apabila mata anaknya bertukar kemerah-merahan serta sembab yang dipercayai kesan daripada terlalu banyak bermain gajet dan bolehlah dijadikan pengajaran untuk kita semua agar lebih memantau anak-anak agar tidak terlalu terdedah dengan gajet setiap hari.
Ujarnya, punca mata anaknya sakit adalah disebabkan terdedah dengan tahap kecerahan skrin telefon bimbit yang begitu terang. Lantaran itu dia telah berjanji bahawa selepas ini dia tidak akan memberi telefon atau gajet lain kepada anaknya.
Dalam pada itu, ibu ini juga mengaku terlalu sibuk bekerja hingga tidak memantau anaknya bermain telefon.
“I am so sorry, Ibu terlalu pentingkan kerja sampai biar awak hidup dengan gadjet”
Ibu ini juga turut berkongsi nasihat daripada doktor untuk tidak memberikan anaknya terdedah dengan gajet selama seminggu.
“Dia (Aidil) bukannya tengok telefon dari pagi sampai malam. Dia cuma tengok telefon 15 minit pagi, 15 minit petang, dan 15 minit malam. Walau pun sekejap tapi kesan cahaya telefon bagi effect dekat mata dia”, jelasnya lagi.
Ayam goreng bolehlah dianggap sebagai menu paling mudah dan menyelerakan untuk dihidang semasa berbuka puasa. Pun begitu, jika anda ingin mengubah selera selain ayam digoreng dengan perapan garam dan serbuk kunyit semata-mata, apa kata anda mencuba menyediakan Ayam Goreng Serai Thai ini.
Ketika digoreng, baunya memang ‘menggoda’ rasa begitu semerbak beraroma dan membuatkan tidak sabar untuk dijamah usai digoreng.
Jika tak percaya, cubalah sediakan dan bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan rasanya dijamin enak. Selamat mencuba!
AYAM GORENG SERAI THAI
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang². Bila goreng nanti jadi rangup.
2. Tumbuk-tumbuk kasar jew..
3. Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
5. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
7. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh.
Tadaa.. dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.. selamat mencuba.
Bila hendak menanam kesum tidak semua berjaya, lebih-lebih lagi buat yang pertama kali ingin mencuba bercucuk tanam. Ada orang kata ambil sahaja keratan batang dan cucuk terus ke tanah, begitu mudah bunyinya. Namun bila dibuat sendiri, tidak juga hidup-hidup kesum yang dicucuk ke tanah. Mungkin ada silap di mana-mana semasa proses menanam kesum dilakukan.
Jadi apa kata anda mencuba dengan teknik rendaman batang terlebugih dahulu sehingga keluar akar seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat ini. Semoga perkongsian panjang lebar daripadanya dapat memberi input yang bermanfaat untuk anda gunakan semasa mencuba menanam kesum.
Semoga berjaya.
Cara Tanam Kesum yang Betul di Rumah
Kesum merupakan bahan masakan yang penting terutamanya bagi masakan seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Kesum juga dijadikan sebagi ulam penambah selera bagi mereka yang sukakan ulam-ulaman yang tumbuh terutamanya di kawasan beriklim sederhana.
Penanaman kesum di kawasan rumah adalah penting supaya mudah diambil sekiranya ingin digunakan di dalam masakan. Terdapat beberapa kaedah yang perlu diambil perhatian bagi memastikan tanaman kesum yang ditanam hidup subur dan boleh dipetik apabila matang.
Pemilihan benih
Benih kesum diambil dari keratan batang. Keratan batang boleh dipetik dari pokok sedia ada mahupun kesum yang dibeli dari pasar. Pastikan pilih keratan batang yang matang dan subur. Elakkan memilih keratan batang yang terlalu muda ataupun yang telah layu. Pilih keratan sekurang-kurangnya 10 – 15cm.
Penyediakan bahan tanaman
Kesum merupakan tanaman yang sangat sukakan air. Maka tidak hairanlah sekiranya pernah melihat kesum ditanam di kawasan yang berair terutamanya di tepi paip air ataupun kawasan yang lembap. Terdapat beberapa cara atau bahan tanaman yang boleh digunakan untuk menanam kesum iaitu sama ada ditanam di tanah, di dalam pasu ataupun secara hidroponik.
1. Penanaman di tanah
Jika memilih untuk untuk menanam kesum di tanah, pastikan kawasan tanaman tersebut adalah berdekatan dengan sumber air. Adalah lebih baik sekiranya kawasan tanah tersebut adalah kawasan yang lembap. Pastikan kawasan telah dibersihkan dari rumpai-rumpai dan bendasing sebelum penanaman dilakukan. Tanah juga perlu digembur supaya akar pokok kesum mudah untuk keluar.
2. Penanaman di dalam pasu
Penanaman kesum di dalam pasu merupakan kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah. Sebaiknya guna pasu yang mempunyai lubang yang sedikit untuk meminimakan kadar air yang keluar dari pasu. Hal ini adalah bagi memastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembap untuk kesum hidup subur memandangkan pokok kesum sangat sukakan air. Masukkan tanah yang sesuai di dalam pasu dan tanam keratan batang kesum mengikut saiz pasu tersebut.
3. Penanaman secara hidroponik
Penanaman secara hidroponik juga dilihat semakin popular untuk tanaman kesum, namun bagi jangka masa yang panjang, kaedah ini jarang dilakukan. Jika ingin mencuba, adalah lebih baik kerana penanaman kesum menggunakan kaedah hidroponik juga sangat mudah. Secara DIY, ambil keratan batang dan sediakan bekas yang sesuai seperti penapis, masukkan keratan batang dan rendamkan di dalam air. Penggunaan kit hidroponik juga lebih sesuai jika terdapat bahan yang diperlukan. Pokok kesum akan kelihatan mengeluarkan akar dan seterusnya mengeluarkan pucuk yang baru.
4.Cara tanam kesum dan penjagaan
Keratan batang yang dipilih boleh ditanam terus ke tanah dengan membuat lubang sedalam 2 inci. Siram dan letakkan di kawasan yang teduh sekurang-kurang seminggu untuk memberi masa kepada keratan batang untuk menghasilkan akar dan memastikan pokok kesum tidak layu sekiranya terdedah kepada matahari sepenuhnya. Setelah pokok kelihatan stabil, boleh pindahkan pokok ke kawasan yang terkena cahaya matahari. Bagi pokok yang ditanam terus di tanah, perlu meletakkan teduhan sementara supaya pokok tidak layu. Teduhan yang boleh digunakan termasuklah jaring hitam, pelepah kelapa ataupun apa-apa bahan terpakai yang sesuai.
Kaedah yang kedua ialah dengan merendam dahulu keratan batang di dalam air sehingga akar keluar. Seterusnya pindah ke tanah dan letakkan pasu di kawasan teduh beberapa hari sebelum dedahkan sepenuhnya kepada cahaya matahari.
Pengairan dan pembajaan
Pokok kesum memerlukan kadar air yang mencukupi. Siram pokok kesum sekurang-kurangkan sekali sehari. Pastikan tanah lembap sepenuhnya. Baja yang sesuai untuk pokok kesum ialah baja organik seperti baja tahi ayam ataupun baja kompos. Pembajaan boleh dilakukan 2 minggu sekali.
Penuaian hasil
Hasil boleh dipetik setelah pokok membesar dengan subur. Petik batang kesum dengan meninggalkan sedikit bahagian pangkal bawah untuk memudahkan pucuk baru untuk naik dengan seragam.
Penanaman kesum di kawasan rumah merupakan amalan yang bijak kerana kesum boleh dipetik dengan segar dan mengikut kuantiti yang perlu sahaja.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Malam ini menerusi program Schawal Baby Boom di Astro Ria & On demand menyaksikan buat pertama kalinya Lara bakal bertemu dengan adiknya. Scha dan bayi keduanya dibenarkan pulang ke rumah.
Bukan hanya Lara yang excited, bahkan warganet juga tidak sabar untuk melihat wajah anak kedua pasangan Awal dan Scha ini.