Meskipun amalan mengambil jamu begitu sinonim dengan wanita Melayu, namun siapa sangka wanita berbangsa cina ini juga tidak terkecuali. Malah dirinya begitu selesa dilabel sebagai Amoijamu. 

Terbukti amoi ini bukan sebarang amoi, dia miliki bentuk tubuh yang cantik, sihat dan bertenaga hasil daripada mengamalkan  jamu semenjak 15 tahun yang lalu. Menurutnya, ramuan jamu tersebut telah dikongsikan oleh mak bidan yang merawatnya ketika berpantang dan hingga kini terus diamalkan.

Nyata, apabila diamalkan menampakkan kesannya yang cukup hebat. Jadi usah tunggu lagi, buat anda yang belum berjinak-jinak dengan amalan jamu ini ada baiknya mencuba dan rasai sendiri kesannya.

Bagi ibu-ibu yang biasa mengambil jamu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri ramuannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini. Jom semak!


Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan utk saya 15tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki utk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.

Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:


→Segenggam Kunyit matang.

→Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.

→Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali

→Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.

→Daun Mengkudu 3 helai kalau besar.

→Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.

→Air 1 liter

Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.

Cara olahan:
1. Cuci bersih kesemua bahan bahan.


2. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air secukup nya dan kisar semua bahan hingga sebati.
4. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.


5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yang baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.

Cara minum:
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.

Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.

Boleh amalkan seminggu dua kali.

Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.

Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.

KHASIAT:
: Memulihkan tenaga
: Memanaskan badan
: Melancarkan peredaran darah
: Membuang angin
: Atasi lenguh lenguh , sengal badan
: Mengurangkan bau badan
: Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
: Menghilangkan keputihan
: Memulihkan luka dalaman
: Mengecutkan peranakkan
: Melawaskan pembuangan
: Menyerikan wajah
: Mencantikkan kulit
: Khasiat tinggi
: Agen awet muda
: Sesuai untuk wanita dan lelaki

Tidak sesuai ketika:
*Waktu haid
*Sedang hamil
*Anak kuning / jaundis
*Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
*Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.

“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”-Amanda Tan

sumber : Amanda Tan 

Tinggalkan Komen