Dek kerana ramai yang menggemari masakan Thai, tentunya menu Tom Yam yang mempunyai rasa masam-masam pedas menjadi pilihan dijadikan sebagai menu untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.
Rasanya yang tersendiri dengan aroma daun limau purut, serai dan beberapa ramuan herba terpilih, membuatkan kuah tom yam tidak jemu dimakan. Selain tom yam biasa di masak dengan campuran ayam, daging, seafood atau sayur, tom yam ikan siakap juga tidak kurang hebat rasanya.
Jadi apa kata anda mencuba resipi ikan siakap tomyam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad.
Menurutnya, menu yang disediakan mendapat pujian suaminya dan disamakan seperti macam makan di kedai makanan Thai. Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sediakan menu ini dan dapatlah seisi keluarga menikmati keenakan rasa hidangan yang anda sajikan.
Kalau korang nak try tom yam ikan, ini resipinya:
Ads
Bahan utama: serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.
Cara memasaknya :
Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.
Ads
Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai
Ads
Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
SESI persekolahan baharu bagi sekolah menengah untuk Penggal 1 2022/2023 akan dimulakan dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bermula 21 Mac ini.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Facebook beliau.
menerusi perkongsian tersebut, pelajar akan memulakan pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran di sekolah, mulai 4 April.
“Dari 21 Mac 2022 hingga 4 April 2022, pelajar sekolah menengah akan melaksanakan PDPR. Bermula 4 April, semua pelajar akan masuk ke sekolah menengah tanpa penggiliran.
“Pelajar yang terlibat dengan adalah murid berkeperluan khas (MBK), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),” katanya.
Mohd Radzi berkata, pelajar lain yang turut terlibat dengan PdPR termasuk peralihan, tingkatan satu hingga tingkatan enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan antarabangsa setara.
Tambah beliau, bagi pelajar tingkatan satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama sepenuhnya, mereka boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan sekolah berasrama diumumkan.
“Bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan pelajar juga boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu tingkatan satu.
“Bagi kolej vokasional, sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuklah untuk sijil vokasional Malaysia dan diploma vokasional Malaysia.
“Bagi kolej matrikulasi pula, semua pelajar akan hadir tanpa penggiliran. Bagi sistem empat semester yang akan hadir adalah pelajar semester dua dan empat, manakala bagi sistem dua semester yang akan hadir ialah pelajar semester dua.
“Untuk Institut Pendidikan Guru (IPG), penggiliran mengikut takwim kalendar akademik,” katanya lagi.
Hujan lebat yang berterusan sejak 17 December lalu telah menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa negeri Selangor telah dinaiki air. Antara kawasan yang dinaiki air adalah Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam,
Banjir sehingga paras air terlalu tinggi. Banyak kereta tenggelam dan tidak dapat diselamatkan. Malah bekalan elektrik dipotong di kawasan berkenaan.
Lebih menyedihkan lagi, bekalan makanan yang terhad menjadikan keadaan menjadi bertambah sulit. Situasi itu menyebabkan ada penduduk terpaksa berebut makanan untuk kelangsungan hidup pada hari kejadian.
Masih terkandas, biarpun air surut sedikit namun paras masih tetap bahaya disebabkan kenderaan tidak dibenarkan masuk, ada penduduk nekad redah banjir paras dada dalam jarak yang jauh untuk mendapatkan bekalan makanan.
Begitulah detik yang mendebarkan yang pastinya dialami oleh mangsa banjir. Sebagimana yang dikongsikan oleh salah seorang mangsa banjir penduduk Sri Muda menerusi facebook milkinya, Nor Faizal Abdul Rahim. Catatan selama 6 hari bermula 17 Disember sehingga 22 Disember membuatkan netizen sebak dan mendoakan mangsa banjir dapat diselamatkan dengan segera.
6 hari penuh debaran
INNALILLAHI WAINNA ILAYHIRAJI’UN. Kami sekeluarga antara yang dipilih bersama ribuan yang lain untuk menjadi mangsa banjir luar biasa 2021 sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam.
17-Dis, Jumaat
Hujan sepanjang hari
18-Dis, Sabtu
Air mula naik, kawasan rendah dah tenggelam. Flat kami paling tinggi area situ so mostly penduduk datang park kereta situ. Masing² cuba selamatkan kereta masing² then harap air tak naik sampai kawasan tu. Jalan ke Sri Muda dah mula terputus hubungan.
Petang air terus naik, kawasan parking air naik paras betis. Bila parking paras betis means jalan raya dah paras atas pinggang. Jalan dah out, bot je yang lepas. Masa ni semua dah mulanpasrah jika kereta tenggelam.
7pm, air terus naik. Out of control. Dah mula masuk kereta. Ground floor dah mula masuk air. Saya cerita ni flat saya, flat paling tinggi. Means flat sekita mesti berlaku lebih awal. This time jugak elektrik and line fon out.
No connection to outside. So bermula la episod bergelap kami. Main problem kat sini sebab no connectio, so mmg susah giler nak berhubung. Tak boleh bayang mesti family risau giler. Bila no connection, waktu siang pun terasa malam. Malam lagi lah rasa gelap gelita
8pm kereta dah consider out sebab air kawasan parking dah paras pinggang, banyak alarm kereta start berbunyi. Jiran GF dah mula lari ke tinggkat atas. Menumpang jiran lain. Geng² bujang bawak khemah pacak kat tangga. Bermula jgk la malam yang sangat panjang bagi kami semua.
Air di kawasan parking flat kami dah cecah 2 meter.
Bot² pasukan bomba penyelamat mula masuk. Sebenarnya bomba masuk since petang sampai la sekarang. Diorang tak putus² ulang alik untuk misi menyelamat. Untuk bantuan makanan or kelengkapan memang TIADA.
Kami tak dapat tidur, sebab bunyi bising alarm kereta. Bila air makin tinggi sampai alarm pun dah tak berbunyi, susana bising dgn suara² orang yang mintak tolong sebab terperangkap + suara² yang mintak makan.
Sadis die Allah je yang tahu. Pihak penyelamat hanya mampu lalu je sebab mereka fokus mangsa area rumah landed setingkat. Mostly penduduk dah atas bumbung. Air di kawasan parking flat kami dah cecah 2 meter. Penduduk dah tak boleh turun.
19-Dis, Ahad
Badan penat sebab tido 2 jam je. Flat dah jadi lautan. Flat kami untuk GF mmg out. Ada flat yang 1st level pun paras peha. Thats water level. Yang teres 1storey tu atas bumbung la tempatnya.
Lagi teruk . Dari ratusan kereta yg parking, lori je yang nampak. Masih TIADA bantuan. Makan apa ada. Habiskan stok dalam peti since xde letrik takut busuk. Penduduk dah bising. Lapar dan memang harapkan bantuan.
Di takdirkan 1 lori roti gardenia 5 tan stranded, so die sedekahkan roti. After 24jam saya dpt 1 roti .
Tu pun bukan dari mana² pihak berwajib. Bot yang hantar pun mostly personal bot. And ada yg guna kayak hantar roti. Gila la diorang ni, semangat apa yang merasuk jiwa, even sikit² diorang dtg hantar. So penduduk dpt la makan roti.
Ada la 1 bot Menteri masuk, yes bot besar masuk penuh bawak orang lalu sambil senyum mintak maki. Maka mendapat la makian secara berjemaah. Bot mcm tu kalau bawak makanan mesti banyak dapat bawak. Tapi xpe lah bawak makanan bukan ‘porfolio’ mereka kan kan.
Kami antara yang bertuah sebab stay 3rd floor. Boleh lepak² senyum² lagi sambil tengok air dari balkoni. Tengok bumbung kereta . Air surut sangat² slow. Dalam 24h air turun dlm 1 kaki je. Air termenung.
Keadaan makin kritikal, 48h stranded tanpa sebarang bantuan kecuali roti dri lori gardenia. Dan gerak kerja ehsan rakyat sendiri. Memang 1 hari yang panjang bagi kami semua. Tapi kami ok sebab masih ada rumah untuk berteduh . Dapat info dari pengasuh anak kami kt blok lain, mereka sekeluarga terputus makanan.
Rumah bawah so terpaksa tumpang rumah bujang 1st floor. So total 10 orang, keadaan mmg lapar. Suami pulak injured sebab jatuh longkang. Masing² menangis je tunggu bantuan. Adoi…bila berlaku kat org rapat dgn kita, mmg terasa berat dugaan. Apakan daya kami nak tolong pun xboleh, air dalam sangat².
Penduduk blok area dlm² lagi la susah bantuan nak sampai. Maaf kak kami tak mampu tolong . Nasib baik jugak blok kami tepi mainroad so senang bantuan sampai, boleh tgk Bot bawak makan dari NGO dah mula masuk. Macam² NGO/ persendirian masuk bagi air biskut roti. Tengah malam pun diorang redah masuk. Ada yang bila tanya dari mana, diorang ckp entah lah bantuan dari mana, kami just hantar je. Terbaik la diorang ni .
20-Dis, Isnin
Air dah surut sikit. Area parking paras pinggang. Jalan raya paras dada. So dpt la turun tengok kereta. Tengok keadaan. Bot menyelamat terus menerus masuk. Bantuan makanan pun dah ada tpi terhad, penduduk pun ramai kena berebut. Kami yg hanya ber3 ni bagi yang mana perlu dulu lah. Kami ok.
Untuk lunch makanan mmg limit, so kami beberapa penduduk decide untuk pergi sendiri ke tempat pengagihan bantuan.
So berjalan la 2km(return) redah banjir paras dada. Sampai kat sana berair mata ni bila tengok banyak makanan rupanya, yang basi, yang rosak, yang buang bersepah atas jalan.
Jadila kami mcm anjing, hidu makanan. Selongkar cari makanan yang ok. Hasilnya agak berbaloi. Nasi roti air semua dpt . Tapi kami rasa kami still ok since mesti ramai lagi yang teruk.
Time tu jgk ternampak YB bawah khemah tengah agih ‘face mask’ , ye facemask . Tiba² tekak terasa gatal, so terkahak la depan YB tu. Lantak lah. Maaf la kami mangsa banjir dah tak nampak warna bendera, warna parti, siapa kerajaan, siapa pembangkang. Yang tak berguna layak diludah je.
. Malam tu jgk la abg² dtg bawak bantuan. Kami dah pesan jgn dtg since kami ok, saya pun masih ada kudrat. Boleh usaha. Air pun masih tinggi. Tapi connection lost, so semua risau. Mereka Sampai jugak akhirnya meredah air masih dalam. Terima kasih. Even dah 3hari, air masih tinggi dan ada kawasan still paras dada. Berbekalkan 3 laptop, dapat la cas fon dari 1st day. Even line xde kena pastikan fon hidup kot² dpt contact. Malam tu kami tido bertemankan cahaya lilin. Dah tak bergelap .
21-Dis, Selasa
Dah 3hari tak hujan. Ada kawasan yang dah kering. Jalan utama paras betis. Dah ramai penduduk yang balik. Decide sekalai lagi nak redah banjir sebab nak ambik makanan/kelengkaoan yang perlu. Sebab mmg xde plan nak keluar dari kawasan banjir pun.
Bila sampai kt kawasan pengagihan, memang meriah dah, ramai NGO dan sukarelawan yqng datang. Artis pun ada, orang² penting pun ada. Doktor pun ada, makanan, pakaian, keperluaan asas lain semua tiptop lah. Masing² turun padang, askar bomba polis semua ada.
Lepas dapat berita yang abang² ipar nak datang, nak bawak keluar since rumah still xde line dan elektrik. Ikutkan hati memang xnak keluar, xnk susahkan orang. Stay sini sekurang²nya dpt tolong agih² bantuan.
Tapi kesian anak isteri la dh 4hari bergelap berpanas. Orang pun ramai yang risaukan kami since no connection, redah air paras betis 1km. Bawak anak 20kg, berat oo…haha, mula² anak excited nk main air, tpi bila tgk air banjir kotor, mcm² sampah binatang mati terus xnk turun . Seb bek last² ada bot jpm, dpt la naik.
So kami keluar ke putrajaya. Yang isu kes pecah Mydin, speedMart, DIY tu bukan ‘penduduk Sri Muda’ . Kena guna istilah penjenayah sri Muda. Kami semua terkesan, tapi sekelumit pun tak terfikir nak mencuri dan merosakkan harta benda orang lain. Mostly yang buat tu warga asing yang jahat dan celaka dari benih asal lagi. Mencuri peralatan elektrik, perkakas rumah guna alasan nak teruskan hidup . Nonsense…
22-Dis, Rabu
Dapat info, flat masih tiada elektrik/line pun terhad. Ada kawasan yang start naik air balik. Hope air naik xtinggi lah.
Terlalu banyak kisah, pengalaman dan cerita sepanjang musibah ni. Suka dan duka. Tapi keseluruhannya kami OK jika nak banding dengan orang/kawasan lain yang lagi teruk. Kami semua sihat. Hanya kereta yang total lost. Nak banding dengan family lain ada yg kehilangan nyawa, rumah habis rosak, kereta motor pun habis, anak ramai nak handle.
Ujian orang lagi berat dari kami. Belum cerita banjir hulu langat yang air deras. Semoga kita semua mendapat rahmat dari ujian ni. Simpan coretan dan gambar² kt fb untuk kenangan tahun mendatang.
Terima kasih untuk semua yang membantu, yang mendoakan. Semestinya Allah akan membalas jasa baik kalian semua