SESI persekolahan baharu bagi sekolah menengah untuk Penggal 1 2022/2023 akan dimulakan dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bermula 21 Mac ini.

Pelajar Sekolah Menengah Bakal Ikuti PdPR  Mulai 21 Mac, Hadir Bersemuka 4 AprilPerkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Facebook beliau.

Pelajar Sekolah Menengah Bakal Ikuti PdPR  Mulai 21 Mac, Hadir Bersemuka 4 Aprilmenerusi perkongsian tersebut, pelajar akan memulakan pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran di sekolah, mulai 4 April.

“Dari 21 Mac 2022 hingga 4 April 2022, pelajar sekolah menengah akan melaksanakan PDPR. Bermula 4 April, semua pelajar akan masuk ke sekolah menengah tanpa penggiliran.

“Pelajar yang terlibat dengan adalah murid berkeperluan khas (MBK), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Bakal Ikuti PdPR  Mulai 21 Mac, Hadir Bersemuka 4 AprilMohd Radzi berkata, pelajar lain yang turut terlibat dengan PdPR termasuk peralihan, tingkatan satu hingga tingkatan enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan antarabangsa setara.

Tambah beliau, bagi pelajar tingkatan satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama sepenuhnya, mereka boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan sekolah berasrama diumumkan.

Pelajar Sekolah Menengah Bakal Ikuti PdPR  Mulai 21 Mac, Hadir Bersemuka 4 April

IKLAN

“Bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan pelajar juga boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu tingkatan satu.

“Bagi kolej vokasional, sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuklah untuk sijil vokasional Malaysia dan diploma vokasional Malaysia.

Pelajar Sekolah Menengah Bakal Ikuti PdPR  Mulai 21 Mac, Hadir Bersemuka 4 April

“Bagi kolej matrikulasi pula, semua pelajar akan hadir tanpa penggiliran. Bagi sistem empat semester yang akan hadir adalah pelajar semester dua dan empat, manakala bagi sistem dua semester yang akan hadir ialah pelajar semester dua.

“Untuk Institut Pendidikan Guru (IPG), penggiliran mengikut takwim kalendar akademik,” katanya lagi.

IKLAN


 

ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!

ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’

IKLAN

“Berjaya Mahramkan Musa. Dia Power.” Dah 3 Bulan Mizz Nina Masih Susukan Bayi Angkatnya, Pakar Laktasi Ni Kongsi Cerita!

BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Pelajar Sekolah Menengah Bakal Ikuti PdPR  Mulai 21 Mac, Hadir Bersemuka 4 April

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI