Produk pencuci pinggan hari ini memang diakui mempunyai banyak pilihan dipasaran. Ada yang didatangkan dalam bentuk cecair dan ada juga di dalam bentuk pepejal. Setiap pengguna ada citarasanya yang tersendiri dalam membuat pilihan.
Ada yang mengatakan guna pencuci cecair lebih menjimatkan dan jauh lebih banyak kuantiti cucian boleh dilakukan. Tidak kurang pula ada yang lebih percaya pilihan pencuci pinggan bentuk pepejal lebih ekonomi dan mudah. Tepuk dada tanyalah selera!
Untuk itu, bagi menggandakan lagi cara untuk lebih berjimat dalam penggunaan bahan pencuci pinggan khususnya daripada jenis pepejal.Kami kongsikan info bermanfaat yang dikongsi oleh Puan Hamidah, dimana beliau telah lama pratikkan cara ini dan terbukti berkesan untuk ‘mengawal’ penggunaan sabun pencuci agar lebih jimat dan tidak digunakan secara berlebih-lebih. Jom semak cara yang unik ini!
“Ingin berkongsi ilmu. Bila selesai masak di dapur, tentulah pinggan mangkuk memenuhi sinki. Idea untuk menjimatkn sesiapa yang suka gunakan pes pencuci pinggan mangkuk. Cara ni dah berpuluh tahun saya amalkan.”-Puan Hamidah
Cara-caranya :
- Guntingkan bahagian yang rata pada tudung bekas sabun tersebut.
- Kemudian buatkan beberapa keratan seperti di dalam gambar.
- Letakkan keratan tersebut di atas sabun pencuci pinggan dan gunakan seperti biasa. InsyaAllah penggunaan sabun akan dapat dijimatkan.
sumber : Hamidah M. Ibrahim Via MAHN
“Comelnya, Muka Ayah Betul. Siapa Berani Cuit….” Anak Perempuan Mirip Zul Huzaimy Raih Perhatian Warganet
Zul Huzaimy bukanlah calang-calang pelakon, malah dia antara pelakon berbakat yang memiliki ramai peminat drama tanah air.
Baru-baru ini dia mengejutkan ramai peminat apabila menyertai rancangan The Masked Singer musim kedua apabila dia muncul sebagai maskot Mat Penyu. Tidak sangka rupa-rupanya dia memiliki bakat menyanyi.
Jika ada yang mengikuti perjalanan seni Zul Huzaimy menerusi media sosial, pasti akan lihat pengarah bagi drama Seindah Sakura ini sering berkongsi perkembangannya.
Ada antara warganet yang tidak tahu dia sebenarnya sudah mendirikan rumahtangga. Untuk rekod, pelakon I-Tanggang ini sudahpun berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Nur Ernawati Mohamad.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Indah Armani dan Indra Arjuna.
Sebelum itu, Zul pernah mendirikan rumahtangga dan menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awal Haziq.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu ini turut mendapat perhatian warganet merupakan anak perempuan Zul Huzaimy yang dilihat juga telah memulakan persekolahan.
Menerusi perkongsian tersebut, warganet dapat melihat wajah anak perempuan Zul Huzaimy yang bukan je comel malah saling tak tumpah dengan ayahnya.
Sumber:zulhuzaimy_m
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Rupanya Tanam Dalam Tong Hitam Ni Lebih Senang.Tak Perlu Siram Kerap, Tanaman Pun Subur Dan Kos Pun Jimat!
Memang seronok bila dapat bercucuk tanam di rumah. Tambah lagi bila lihat tanaman menjadi dan subur merimbun.
Tapi salah satu penyebab tanama kurang menjadi apabila tidak mendapat air yang mencukupi. Bagaimana pun, melalui penggunaan tong besar untuk menanam pokok sayuran salah satunya jagung atau sawi memang amat bantu.
Bukan sahaja tidak perlu siram setiap hari tapi tanahnya boleh digunakan untuk tananam seterusnya tanpa perlu menukar tong lain.
Ikuti perkongsian menarik ini. Ia idea yang menarik! Mesti cuba!
“Tong Hitam vs Pasu”
Ini projek terbaru kami anak beranak di musim PKP. Berkebun dalam tong hitam.
Mula mula akan tanam dengan sawi giant. Harvest sawi ganti dengan jagung. Lepas jagung tanam bendi. Habis bendi, kita tanam cili api ya.
Kenapa saya guna tong hitam, tak guna pasu?
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada beberapa sebab saya beralih dari pasu kepada tong hitam.
1. Saiz
Untuk berkebun dalam pasu, lagi besar saiz lagi baik. Ini kerana, lebih banyak media tanaman boleh diisi. Disyorkan guna tanah campuran.
Bila media tanaman lebih banyak. Zon pengakaran pun akan jadi luas. Bila zon akar luas, pokok akan jadi lebih subur sebab banyak akar yang mencari makanan.
2. Harga
Lagi besar pasu lagi mahal harganya. Saiz pasu yang di jual di kedai dua ringgit biasanya antara 5 – 10 liter sahaja.
Nak pokok subur dan cantik, elok guna saiz pasu yang kapasitinya lebih 20 liter (jika siram secara manual).
Masalahnya dengan pasu saiz besar ni adalah harganya yang mahal. Lebih RM10 satu biji.
Berbanding dengan harga tong hitam yang saya guna ni, ia cuma RM 9.90 sebiji (12 gallon @ lebih kurang 48 liter)
3. Kekerapan Siraman
Biasanya untuk berkebun di rumah, kita jarang guna sistem pengairan automatik. Takkan la tanam 2-3 pokok satu jenis, kita nak pakai sistem automatik bagai.
Kebanyakkan disiram secara manual termasuk la saya. Ianya adalah normal dan praktikal untuk berkebun dapur.
Untuk tanaman dalam pasu (5-10 liter), saya terpaksa siram setiap hari. Kadang kadang tu terpaksa siram pagi petang. Jika tak siram, tak lama la pokok tu jadi arwah.
Berbeza dengan tong hitam, saya hanya perlu siram 2 – 3 hari sekali. Ini kerana kadar pegangan airnya lebih banyak.
4. Kepelbagaian tanaman.
Dalam tong hitam ni kita boleh gilir macam macam tanaman ikut suka kita. Yang bestnya kita tanam dalam bekas yang sama, media yang sama dan di tempat yang sama.
Contohnya, mula mula kita tanam kubis. Habis kubis tanam jagung. Lepas jagung tanam sawi.
Cabut sawi tanam terung.
Nak tanam limau kasturi dan limau purut pun boleh. Tiada masalah.
Kawan – kawan, berkebun dapur ni hobi. Bila sebut hobi, maksudnya kita bebas dan tak terikat dengan rutin harian tersebut. Kita buat bila ada masa free.
Untuk dapat kebebasan tu, kita kena pilih teknik yang paling mudah untuk kita urus. Kaedah yang sangat senang dan fleksibel.
Barulah kita rasa seronok berkebun dan boleh jadi terapi minda. Badan sihat dan jiwa pun tak kacau.
Menariknya idea guna tong hitam besar ni! Kos nak beli pun murah daripada pasu bunga yang besar. Jom buat hujung minggu.
Kredit:Sahabat Kebun Anda
Nak Bahagiakan Isteri Bukan Cukup Bulan, Hulur Duit Aje, Tapi Suami Kena Ada Sikap Suka Menolong Dan Memahami
Nak bahagiakan rumahtangga bukan sekadar memberi kemewahan dan wang ringgit kepada isteri tetapi suami kena ada sikap saling menolong dan memahani isteri. Begitu juga dengan perkongsian oleh Taufiq Razif yang sunguh bermanfaat untuk kebahagiaan keluarga. Ikuti catatannya.
Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.
Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.
Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.
Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.
Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.
Kalah layanan hotel 5 bintang!
Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.
Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!
Taufiq Razif
Masih belajar untuk mencintai