Gelagat Jep Sepahtu menyakat anak perempuannya mengundang kelucuan dikalangan Warganet.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi satu video yang berdurasi 26 saat tersebut menunjukkan anak perempuan Jep iaitu Dariya Inara sedang merajuk dengan bapanya.
Dalam video tersebut kedengaran suara Jep bertanyakan kepada Dariya adakah dia merajuk dan anak perempuannya itu tetap bermasam muka.
Setelah beberapa kali bertanyakan soalan yang sama, Dariya kemudian mengiyakan dengan menganggukkan kepalanya. Walaupun lucu, namun Jep cuba memujuk namun Dariya tetap merajuk. Malah tidak mahu memandang wajah bapanya Itu.
Kapsyen yang dimuatnaik Jep turut membuatkan ramai terhibur.
Setiap kali jejaka ini muncul di media sosial, pasti ramai yang terpaku melihat kareakternya. Bukan hanya murah dengan senyuman, tetapi bakat memasak yang ada pada dirinya membuatkan ramai yang tertarik untuk mencuba.
Itulah dia Mohd Shafiq, 28, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, yang cukup terkenal di laman tiktok dan trademark suka tersenyum itu membuatkannya dikenali hingga kini sudah memiliki lebih 590,000 pengikut di platform berkenaan.
Ia kerana semua video dimuat naik menunjukkannya tersenyum memandang kamera daripada awal hingga selesai memasak.
Senyuman buat bertambah manis
Mohd Shafiq berkata, apa dipaparkan di laman sosial itu adalah karakter semulajadinya dan bukan dibuat-dibuat untuk menarik perhatian pengikut atau penonton videonya.
“Saya memang suka senyum tidak kira ketika bergambar atau di dalam video, jadi apa yang dipaparkan itu adalah personaliti sebenar saya.
“Lagipun, senyuman itu satu sedekah dan akan buatkan seseorang itu bertambah manis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Belajar masak dengan ibu umur 11 tahun
Minat memasak yang ada dalam diri pegawai forensik di salah sebuah Jabatan Kimia di negara ini berkata, dia memang suka memasak. Bahkan, dia boleh menyediakan lima hingga enam jenis masakan dalam sehari.
“Ilmu memasak dipelajari daripada ibu (Noraini Buang, 62) ketika berusia 11 tahun dan pendedahan awal itu mengajar saya menjadi seorang yang berdikari.
“Saya mahu berkongsi ilmu dengan orang ramai dan memilih platform TikTok sebagai medium dan gembira kerana perkongsian saya ini menerima maklum balas positif daripada pengikut.
Memasak satu hobi & terapi
Katanya, lebih memberikan kepuasan apabila ramai pengikut sudah mencuba resipi dikongsinya dan mula berubah sikap iaitu daripada seorang yang dulunya liat ke dapur dan kini rajin memasak.
“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi dan terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.
Masak lepas balik kerja atau cuti
Bukan itu sahaja, hobi itu berterusan sehingga kini dan setiap kali pulang daripada kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.
“Cuma, saya masih bujang, jadi kelengkapan di rumah agak terhad dan hanya menggunakan apa saja yang ada, misalnya cawan untuk menyukat bahan dan tunjukkan cara satu persatu cara memasak supaya pengikut yang menonton tidak rasa susah untuk mencubanya sendiri di rumah,” katanya.
‘Menjual’ muka saja di TikTok
Di sebalik komen positif, ada kecaman diterima daripada segelintir warganet yang menuduh video dimuat naiknya palsu dan sekadar disunting semata-mata.
Namun, Mohd Shafiq tidak mengendahkannya kerana lebih menghargai mereka yang memberi sokongan sejak dulu hingga kini.
“Ada segelintir warganet meragui kebolehan saya kerana penampilan memakai kemeja ketika memasak selain mengatakan saya hanya ‘menjual’ muka saja di TikTok.
“Tetapi tuduhan mereka tidak benar kerana ramai sudah mencuba resipi dikongsikan dan percubaan mereka berhasil.
“Apapun, saya berterima kasih kepada semua yang menyokong kerana sokongan itu memberi lebih semangat untuk saya berkongsi ilmu masakan,” katanya.
Justeru, dia merancang mahu mengukuhkan nama di laman sosial dan jika ada rezeki mahu mengeluarkan produk sendiri nanti.
Setakat ini, TikTok Shafiq yang menggunakan nama @shafiqcute itu telah mendapat lebih daripada 500 ribu pengikut yang rata-ratanya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa.
Selepas genap sembilan bulan kehamilan, proses melahirkan bayi antara detik yang paling digeruni oleh ibu hamil. Macam-macam cerita pengalaman orang lain bersalin memberikan sedikit gambaran bagaimana proses melahirkan anak akan berlaku.
Namun tak dinafikan sedikit sebanyak cerita pengalaman orang lain itu ada yang menakutkan sesetengah ibu walaupun sudah diketahui setiap ibu akan melalui pengalaman berbeza-beza.
Selain daripada mendengar pengalaman orang lain, ada juga yang menuntut ilmu persediaan melahirkan bayi daripada doktor dan jururawat melalui kelas antenatal dianjurkan hospital.
Biasanya bakal ibu akan diajar teknik pernafasan yang betul bagi membantu memudahkan proses melahirkan bayi.
Bagi yang bakal bersalin tak lama lagi, mungkin boleh juga mempraktiskan apa yang dikongsi oleh Ustazah Fatimah Syarha, penceramah dan penulis buku motivasi yang baharu melahirkan anak keenamnya pada 9 April lalu.
Ustazah Fatimah telah berkongsi di Instagramnya amalan melalui proses bersalin yang mudah dengan izin Allah SWT.
“Dr, bagus teknik pernafasannya,” kata doktor pakar pada suami saya.
“Alhamdulillah, dia study kuat pasal tu,” balas suami saya.
Walaupun saya masih lemah nak berkongsi, namun saya risau andai ada ibu-ibu yang nak masuk labour room tapi tak sempat prepare ilmu teknik pernafasan ni dulu. Boleh google. Misalnya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=bYw5v6smUIE
Sementara pengalaman di ‘labour room’ masih segar, ada 1 ilmu penting juga saya nak kongsi bila di labour room:
1. Tukar dalam minda perkataan contraction kepada ‘bantuan Allah’.
Masa contraction berlaku, fokus dalam minda, “Alhamdulillah, tq Allah yang pengasih penyayang.” Fokus, “ini nikmat bantuan Allah. Allah sedang tolong bukaan rahim. Baby akan segera keluar. Senyum. Sebut Alhamdulillah lagi.”
2. Dunia luar berusaha, dunia dalam bergantung pada Allah sepenuhnya.
Kita memang perlu berusaha sejak SEBELUM bersalin lagi, lengkapkan ruh, jasad, mental dan emosi. (Saya banyak kongsi dalam buku saya #berjuangurusemosi)
Namun, bila kita SEDANG berada di labour room, jangan guna banyak sangat strategi kritik diri dan menyesal kerana kita mungkin KURANG siapkan semua tu.
Dunia luar memang kita perlu berusaha, namun dunia dalam, kita optimis bertawakkal dengan Allah sepenuhnya, bukan dengan usaha kita sedikitpun.
Allah boleh bantu kita dengan kun fayakun. Senyumlah atas nikmat ada bantuan Allah! Allah pasti tunaikan apa jua bentuk baik sangka kita padaNya. Yakin!
3. Praktis teknis pernafasan yang betul saaaangat membantu MENGURANGKAN (bukan menghilangkan) kesakitan yang very powerful tu. InsyAllah.
Selamat berjuang semua bakal ibu. Ingat Allah selalu sayang
Penulis buku motivasi Berjuang Urus Emosi ini turut bersyukur kerana dengan izin-Nya proses melahirkan anak berlaku secara normal tanpa induce, tidak digunting, tidak dijahit dan tanpa mengambil sebarang ubat tahan sakit.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang hari berkerja dan hingga lewat malam baru dapat tidur untuk merehatkan diri, boleh menjadi penyebab badan terasa sengal-sengal dan lesu tidak bermaya.
Berkongsi cara untuk mengembalikan kecergasan tubuh badan, Ziera berkongsi amalan yang dilakukan olehnya. Bolehlh dicuba kerana mudah sahaja penyediaannya malah kos puntidak mahal.
Ini perkongsiannya.
Kalau badan rasa lenguh, penat atau pada waktu tertentu, minum benda ni. Baca daripada internet dua tahun lepas, saya dah cuba beberapa kali. Kos dia tak sampai RM5 pun.
Alhamdulillah memang badan rasa segar sikit lepas tu (Kalau saya laaa). Bagus untuk perempuan atau kalau badan ada banyak angin.
Senang nak buat.
Ketuk serai, halia. Didihkan dengan halba, air tiga cawan. Sampai air tu tinggal lebih kurang satu cawan.
Masuk dalam cawan, campurkan asam jawa sikit.
Minum suam-suam sebelum tidur.
Menggigil juga nak habiskan secawan sebab rasa dia macam apa ntah. Tapi tabahkan hati sebab bangun pagi esoknya comfirm cantik