Anak-anak kita sememangnya cukup gemarkan bubur kacang hijau. Bukan sahaja sedap malah kalau tidak habis di makan, bubur yang satu ini boleh dijadikan aiskrim buat anak-anak.

Bubur kacang hijau antara bubur yang paling mudah disediakan. Cuma rebus dan tambah santan bersama gula dan biarkan mendidih. Pun begitu, proses memasak bubur kacang hijau ini memakan masa yang agak lama. Maklumlah nak kena empukkan kacang hijau juga mengambil masa yang agak lama.

Tapi bubur sedap ini pasti lebih cepat dimasak dengan menggunakan petua ini. Dalam tempoh masa 2 minit sahaja kacang sudah empuk dan bolehlah dimasukkan
gula merah dan santan. Menarik kan?

Kacang Hijau Empuk Secepat 2 Minit Kalau Ikut Langkah Ni, Tak Sukar Lagi Nak Sediakan Pada Anak, Cuba Ni!

 

IKLAN

Jom cuba petua yang dikongsikan ini.

Caranya:

1. Kacang hijau dicuci bersih.

IKLAN

2. Kemudian masukkan kacang hijau ke dalam bekas dan isikan air. Jangan terlalu banyak cukup sekadar air tersebut menutupi permukaan kacang hijau.

3. Bekukan kacang hijau di dalam peti sejuk.

Kacang Hijau Empuk Secepat 2 Minit Kalau Ikut Langkah Ni, Tak Sukar Lagi Nak Sediakan Pada Anak, Cuba Ni!
4. Keesokkan harinya, rebus air di dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.

IKLAN

5. Kemudian masukkan kacang hijau yang telah dibekukan tadi.

6. 2 minit kemudian lihat hasilnya, kacang hijau telah empuk dan bolehlah dimasukkan santan dan gula melaka untuk dijadikan bubur kacang.

Selamat mencuba.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI