Lahir sebagai anak sulung tentunya penuh dengan tanggungjawab, sering dijadikan harapan oleh ibu ayah agar dapat menunjukkan tingkah laku yang baik kepada adik-adik untuk dicontohi.
Lantaran itu apabila menggalas tanggungjawab selaku anak sulung menjadikan diri seseorang itu sangat matang dan bertindak rasional.
Begitulah juga buat Puan Herny Henry, selaku kakak sulung daripada 4 beradik ini telah merancang untuk menghantar ibu tercinta menunaikan umrah dan perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet.
“Bila jadi anak sulung, macam jadi ketua kelas pun ada.”
Kami ada 5 orang beradik, tapi seorang mak ayah dah bagi makcik. So sekarang kami tinggal 4 orang lah kan.
Alhamdulillah berjaya beli rumah untuk mak ayah, sebulan kami kongsi bayar RM380 seorang. Kami ada 4 orang, jadi total kami bayar rumah RM1520. Alhamdulillah semoga saya dan adik- adik saya dilipatgandakan rezeki.
Ads
Selain itu, masing-masing memberi duit belanja juga kepada mak ayah. Walaupun tak banyak, ikut kemampuan masing- masing. Mak bagi lain, bapa pun bagi juga. Alhamdulillah semoga semuanya diberkati.
Nie, mak nak pergi umrah dahulu. So kami berempat diketuai oleh saya planning kongsi duit lah juga untuk hantar mak pergi umrah.
Sebenarnya, bukan apa saya libatkan adik-adik saya, supaya mereka diberkati rezeki dan sentiasa dilipatgandakan rezeki.
Sebenarnya, masing- masing ada komitmen juga. Ada yang struggle, ada yang okay. Tapi bila fikir balik, mak ayah hidup dengan kita pun, kita tak tahu sampai bila kan? Dulu mereka besarkan kita susah payah. Jadi, ada rezeki sedikit sebanyak kita berkongsi.
Ads
Bukan senang jadi anak sulung, kadang-kadang bergaduh juga ni kami adik beradik. Haha! Tapi itulah, kena kuat semangat.
Jangan lupa, mak ayah ada bahagian masing- masing. Inshallah makin berlipat ganda rezeki nanti. Aishemen macam penceramah pula.
Ads
Semoga berjaya impian kami menghantar mak dan bapak pergi umrah. Pelan-pelan kayuh lah kan. Saling bantu membantu.
CARA BUAT TABUNG DI MAE
Buka apps MAE
Tekan HOME
pilih simbol TABUNG
Tekan Create TABUNG
Pilih Category
Tekanlah what you are saving for
Nanti tekan tempoh masa
Add friend untuk tabung sekali, pastikan dia pakai Maybank lah dan ada save dalam contact kita
Nanti just confirm. Lepas cek masa dan monthly payment
Done
Sumber: Herni Henry
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Doktor pakar bedah, Dr. Amalina Bakri sekali lagi membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga apabila dia telah dipilih dan dijemput untuk mewakili Malaysia menghadiri majlis resepsi Raja Britain, Raja Charless III dan Permaisuri yang berlangsung di Istana Buckingham, London.
Majlis tersebut diadakan bersempena merayakan komuniti Inggeris Timur dan Asia Tenggara di negara tersebut.
Amalina yang manis berbaju kurung moden itu berkongsi berita gembira menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Jumaat.
“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.
“Kali terakhir saya bertemu dengan Baginda ialah pada 2017 (beliau adalah Putera Wales ketika itu), apabila baginda datang melawat Hospital Diraja London (tempat saya bekerja) selepas serangan pengganas London Bridge. Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa.
“Kami berbesar hati untuk dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja yang bekerja dan rangkaian dengan orang lain dari pelbagai lapisan masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada komuniti mereka sendiri di United Kingdom (UK) dan di luar negara,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikutnya mengucapkan tahniah dan berbesar hati serta berbangga kerana dia dapat mewakili negara Malaysia dengan pencapaiannya yang cukup membanggakan. Malah, pemilihan pakaiannya juga menjadi tumpuan di mana Amalina mengenakan baju tradisional orang melayu, iaitu baju kurung.
Bahkan, ada yang menyifatkan Amalina sebagai contoh wanita yang patut dijadikan inspirasi semua orang.
Antara tetamu lain yang turut hadir pada majlis tersebut adalah, pelakon, Will Sharpe, Simone dan John Rocha, Huishan Zhang dan Rejina, Alexa Chung dan pengarah Louis Wain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekarang ni kiri kanan depan belakang bercerita tentang harga barangan. Tak kira lah yang mana naik harganya, yang turun, yang kekal, semua diperkatakan. Lebih-lebih lagi bagi barangan mentah seperti telur sahaja pun sudah naik harga, bertambah pening kepala lah orang ramai terutamanya yang hanya mampu untuk membeli bahan mentah itu sahaja.
Malah, tular baru-baru ini apabila notis yang diletak di sebuah kedai menyatakan bayaran sebanyak RM0.30 sen akan dikenakan kepada pembeli yang mahu kotak sarang telur tambahan.
Memang kita sedia maklum yang kenaikan harga barang sudah bermula sejak 1 Julai yang lalu dan ramai rakyat terkesan susulan dari realiti ini.
Namun, ada juga yang seakan-akan mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain semata-mata keuntungan.
Dipetik dari laporan Kosmo, notis pemberitahuan tentang kotak telur tersebut dipercayai milik kedai borong di Kuala Lumpur.
“Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen setiap satu untuk kotak tutup atas,” notis itu tertulis.
Notis bayaran itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya kecewa dengan caj yang dikenakan.
Ada juga netizen yang berpendapat peklara ini terjadi kerana ada pihak yang mahu mengaut keuntungan yang lebih. Namun, ada juga netizen yang menyatakan bayaran tersebut logik dikenakan kerana banyak harga barang sudah naik.
Jadi, lepas-lepas ini dah kena mula simpan semua sarang kotak telur supaya dapat digunakan semula.
Jika anak meraih keputusan yang cemerlang di dalam apa jua peperiksaan yang didudukinya, itulah antara ‘hadiah’ yang cukup menggembirakan hati ibu ayah yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Begitulah yang terpancar pada wajah gembira pelakon Datuk Aaron Aziz apabila anak perempuannya Dwi Ariana ‘menghadiahkan’ keputusan skor A di dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) baru-baru ini.
IGCSE ini adalah sebuah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.
Menerusi laman sosial Instagram, Aaron berkongsi momen sewaktu meraikan kejayaan anaknya dalam sebuah hantaran video.
“Tabarakallah alhamdulillah @dwiarianaaaron skor semua A dan A+ untuk peperiksaan (IGCSE). @diyanahalik please dont forget the reward you promised her. Congrats kak, you make us proud!!” tulis Aaron di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian video berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Ariana menangis sewaktu mendapat keputusan peperiksaan sambil dipeluk oleh ayah dan ibunya, Datin Diyana Halik.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pujian wargamaya yang rata-ratanya menyatakan anak-anak Aaron bijak-bijak belaka.
Tidak kurang juga ada peminat dari Singapura yang turut berbangga melihat prestasi cemerlang Ariana yang bersekolah di sini.