Rata-rata warga net kecoh dan merindui perkongsian dari Baginda dan Puteri-Puterinya. Sikap Raja Permaisuri Agong yang cukup humble dan bersahaja cukup disenangi rakyat jelata.
Bukan hanya ketika dikhalayak ramai, bahkan baginda juga aktif di media sosial. Tidak hairanlah, baginda rajin melayani dan mengulang kicau selain turut memberikan komen tentang apa yang dimuatnaik oleh warga net.
Disebabkan itu, ramai dikalangan warga net teruja dan senang dengan sikap humble keluarga Diraja ini. Namun, semalam heboh di media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak lagi aktif.
Justeru ramai di kalangan netizen yang berteka-teki tentang perkara ini. Malah pagi ini tanda palang #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong trending di laman twitter.
Ads
Rata-rata warga twitter menzahirkan perasaan sedih dan rindu akan caption serta gelagat mencuit hati yang sering baginda tampilkan.
Sedih Tunku Azizah deactive twitter
Ads
Kami akan rindukan Tunku Azizah
Mak buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong
Tindakan Dato Seri Aliff Syukri memuat naik video tarian Bobo Di Mana menyebabkan ramai yang mengecam.
Tak kurang yang mempertikai apa tujuan pengasas produk tersebut membuat tarian sedemikian rupa bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna.
Wardina antara selebriti yang menyuarakan rasa sedih dan kecewa atas tindakan suami kepada Datin Seri Shahida ini.
Menerusi kapsyen di laman facebooknya, selebriti yang kini sudah berhijrah ke Australia mengharapkan supaya Dato Seri Aliff memadamkan video berkenaan.
Pandangan Wardian turut disokong oleh netizen lain yang bersetuju video tersebut cukup keterlaluan dengan memaparkan figura wanita yang menari dalam keadaan menghairahkan.
Refleksi Diri
Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato’… saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah. This is too much. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan. Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya
Mohon Padam Video Wallahualam. Mohon Dato padam video IG of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting. Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya. Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak. Should I even comment???? Uwaaaaaaa. Ok I just found out they are not women!!! I mean I have seen dumb things before..
Tak Perlu Buat Begini
I think he just crossed the line there… Dato x perlu buat begini Dato… Kita pula, saya sarankan supaya TIDAK menyanyi dan meniru atau buat challenge of this stupid song. This is just another level of ..
norhafizahsaadSetuju .. atas dasar apa sekali pun ..bulan apa sekali pun …pls hormat pd agama if tak hormat pd diri sendiri pun
adrianaayai82ELok sangat la @wardinasafiyyahofficial tegur.. makin menjadi dua lelaki Nie @lucintaluna@nursajat02.diorg mana pandai malu tayang body sbb diorg lelaki tp bentuk dah serupa ppuan dan kita sebagai ppuan yg malu mereka terlentok lentok mcm tu.yg sorg pula takde ke artis wanita utk di ajak Nyanyi? Perbuatan mcm Nie seperti menggalakkn spesis sotong berleluasa
joyahfilzahthanks sis @wardinasafiyyahofficial. berani menegur. mmg sy rase video tu too much! and sgt² la disgusting.. sy sedih bila tgok video tu.. teringat mcm mne la datin hadap.. Allahu.. paling takut bila video tu tersebar, akan menjadi sorakan & galakan ank² muda skrg utk meniru.. paling lg takut bila golongan² manusia yg berjantina “wanita” kononnya tu bersorak kegembiraan & bangga dengan bideo kaum sejenisnyaaa.. akhir zaman..Allahu.. ???
Sejak akhir-akhir ini banyak pula dilihat di media sosial tentang perkongsian sayur bayam brazil. Ada yang berkongsi resipi enak masakan menggunakan bayam brazil, war-warkan manfaat dan khasiat bayam brazil dan tidak kurang juga berkongsi dekor halaman rumah yang nampak cantik sempurna dengan adanya bayam brazil sebagai penyeri tanaman dilaman rumah.
Sebab itu juga, tidak hairanlah ada antara kita yang teringin untuk menanam sendiri bayam brazil ini. Ada sepasu dua pun sudah memadai untuk dimakan sendiri mahupun sebagai pokok hiasan di laman rumah.
Untuk itu, ketahui cara menanamnya pelibg mudah debgan teknik keeatan batang. Jom dicuba, ini perkongsiannya.
SEMAI KERATAN BATANG BAYAM BRAZIL
Keratan batang adalah satu cara mudah untuk menghasilkan pokok baru dengan cepat dan banyak.
Musim hujan adalah waktu paling sesuai untuk semai keratan batang.
Sayur bayam brazil banyak khasiat dan manfaatnya tau.
.
Boleh tengok step semaian dalam gambar di bawah.
Selamat mencuba .
Step 1
.
Pilih bahagian pucuk berwarna hijau
dan segar. Panjang keratan lebih kurang 10cm- 15cm.
Step 2
.
Buag daun di bahagian bawah.
Step 3
.
Potong bahagian pangkal secara serong.
Step 4
.
Cucuk separuh dari panjang keratan ke dalam medium, secara tegak atau mengiring. Siram medium. Letakkan di tempat teduh dan siap.
sumber : Afiq Rahman via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tauhu homemade lebih sedap dan terjamin kebersihannya dibandingkan jika dibeli diluar. Selain membekalkan protein, tauhu membantu kulit yang lebih anjal, awet muda dan banyak lagi khasiat lain.
Biasa kita beli di kedai, apa kata kali ini cuba buat sendiri tauhu homemade. Mana tahu, selain untuk makan bersama keluarga, boleh juga buat berniaga kecil-kecilan.
Resipi dan cara buat tauhu homemade telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.
BAHAN-BAHAN:
a. 3kg kacang soya
b. 18 liter air
c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu
CARA MEMASAK:
1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
3. Masak susu soya hingga mendidih.
4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak
7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Tip Tambahan
1. Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.
2. Jika ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tidak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak apabila diperah.