Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat meruntun hati dan memilukan dapat dirasakan dalam diri. Bukan sahaja pada dan ketika saat perpisahan abadi itu terjadi, malah setelah bertahun masa berlalu sekali pun perasaannya tetap sama. Hiba dan sayu bila terkenang, apatah lagi terpaksa menangung rasa rindu yang tiada berpenghujung.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Tanggal 31 Oktober 2008 merakam kisah pilu buat keluarga Datin Lisa Surihani apabila ayah tercinta dijemput Ilahi.  Meskipun sudah 14 tahun berlalu, namun apa yang dirasai oleh isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim di dalam perkongsian video ditemuramah untuk  mengimbau kembali saat akhir pemergian ayahnya Mohamed Mahbob cukup menyentuh hati wargamaya.

Lisa Surihani Imbau Memori Saat Ayah Meninggal Dunia, Buat Netizen Turut Menitiskan Air Mata!

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok @aq_norasima1557 Lisa Surihani ada berkongsi momen akhir sebelum insan  bergelar ayah yang cukup disayanginya itu menghimbuskan nafas terakhir di pangkuannya.

“Arwah meninggal dalam dakapan saya. Saya baru balik kerja ketika itu. Dia nampak saya dan mak saya masuk ke pintu, terus dia kata “Now Daddy boleh baring.”

“Memang dia menanti kepulangan kami. Kemudian saya tanya , “Nak Lisa bacakan Yasin?” Dia kata ‘OK’. Selepas baca Surah Yasin, dia siap boleh betulkan lagi bacaan saya. Sebab dia sudah hafal. Dia tahu mana bacaan yang betul dan salah.

IKLAN

“Kemudian saya cakap, “Daddy jom kita zikir. Allah, Allah, Allah.” Dia jawab, “Ya itulah yang paling penting”.

“Saya tidak faham lagi apa yang dimaksudkan oleh Daddy pada ketika itu.  Saya cakap dengan dia, “Daddy ingatkan semalam? Kita baru sahaja ambil ujian darah. Kanser Daddy telah menunjukkan peningkatan yang baik sebanyak 50 %. Ayah akan menjadi wali nikah saya nanti,” cerita Lisa terhenti menahan tangisnya.

Lisa Surihani Imbau Memori Saat Ayah Meninggal Dunia, Buat Netizen Turut Menitiskan Air Mata!

Tidak lama kemudian menyambung pula ceritanya, bahawa dia dan Daddynya terus berzikir bersama-sama sehinggalah sampai satu saat Daddynya seakan sukar sedikit untuk menuturkan kata.

“Ketika berzikir, dia seperti sukar sedikit untuk melafazkannya. Lillahi Ta’aala, tiba-tiba saya rasa ‘blackout’ . Selepas itu saya sedar dan mendapati Daddy sudah tidak bernafas lagi.

“Mata dia memandang ke atas, selepas itu saya seperti “Eh, apa yang baru berlaku ni?” “Apa yang blackout itu.”Selepas itu saya cakap, seolah-olah seperti dia memahami “ Daddy kalau hendak tidur, tutuplah mata Daddy.

IKLAN

“Dipertengahan Daddy menutup matanya, matanya memandang saya,” kongsi Lisa lagi dalam nada sebak.

Lisa Surihani Imbau Memori Saat Ayah Meninggal Dunia, Buat Netizen Turut Menitiskan Air Mata!

Mendengar setiap butir bicara yang diungkapkan oleh Lisa Surihani, nyata benar-benar menyentuh hati netizen hingga ramai yang turut menitiskan air mata. Bahkan ada yang merasakan betapa beruntungnya Lisa Surihani kerana diberi peluang untuk membaca yasin dan berzikir bersama arwah bapanya. Momen tersebut cukup menyentuh hati.

Sumber : TikTok @aq_norsyima1557

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Lisa Surihani Imbau Memori Saat Ayah Meninggal Dunia, Buat Netizen Turut Menitiskan Air Mata!

IKLAN

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Lisa Surihani Imbau Memori Saat Ayah Meninggal Dunia, Buat Netizen Turut Menitiskan Air Mata!

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI