Kelazimannya, kita akan memilih makanan ringkas  untuk dijadikan kudapan  menahan lapar sebelum waktu makan utama atau sebelum tidur. Tetapi hati-hati jika ada yang memilih untuk makan biskut. Jangan tak percaya, sebenarnya menurut perkongsian daripada seorang doktor mengatakan bahawa ada 5 sebab biskut tak sihat.

Mesti ada yang terkejut dengan kenyataan doktor ini dan nak tahu detail, baca perkongsian penuh daripadanya di sini.

5 SEBAB BISKUT TAK SIHAT

Nak Makan Biskut Pun Kena Memilih, Sebab Ada Risiko Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu!
Photo by Jonathan Pielmayer on Unsplash

Kesian kawan saya….susah betul nak terangkan kat mak-ayah, pakcik makcik yang dah biasa dinasihatkan makan biskut kering untuk sihat dan kurus.

Memang bukan semua biskut bahaya. Tapi untuk amalkan harian, jadi snacking food.. saya senaraikan 5 risiko kesihatan amalan harian biskut ni.

1) Menyumbat salur darah jantung, otak, organ-organ dalaman badan dan merosakkan saraf.

Lemak Trans biasa terdapat dalam sesetengah biskut menggunakan marjerin atau lemak bukan tenusu. Perhatikan label mengandungi (partially hydrogenated), jangan beli!

Lemak tiruan paling toksik ni sudah diharamkan banyak negara. Walaupun kandungannya sedikit, lemak trans ini membunuh badan dengan senyap dan perlahan.

2) Majoriti Biskut ialah Junkfood.

Biskut ni makanan tinggi proses. Nutrien rendah atau terhapus ketika pemprosesannya.

Pakar diet panggilnya “kalori kosong”. Bukan zero kalori. Tapi kalori dengan zat menghampiri kosong. Macam roti canailah.

Malah biskut ditambah pengawet, perisa, pewarna yang mungkin tidak sihat untuk badan.

3) Menggemukkan. Meninggikan Gula Darah.

IKLAN

Banyak biskut tinggi karbohidrat diperhalusi.. mengakibatkan penyerapan kanji yang tinggi dalam darah. Akibatnya, paras gula darah mencanak tinggi menyebabkan susah kurus. Susah nak kawal gula darah bagi penderita diabetes.

Kopi dan biskut kering (kraker), resepi ketagihan makanan. Agaknya, senang nak berhenti tak bila mula ambil makanan craving ni.

4) Mengganggu Imun, menganggu hormon.

Biskut gandum, biskut barli mengandungi gluten.. penyebab “leaky gut” punca gangguan imun.

Punca masalah angin. Punca kebakaran dalaman (inflammation).

Tak hairan lepas makan biskut, refluks asid (GERD), kembung… Jadi gatal merah (ekzema,psoriasis, autoimun) lepas makan biskut.

5) Mengandungi Bahan Penyebab Kanser.

Aldehyde, peroxide, Acrylamide.

IKLAN

Sesetengah biskut menggunakan lemak tak sihat seperti minyak bunga matahari dan minyak soya. Minyak ini bila dipanaskan, digoreng atau dibakar menghasilkan aldehyde dan peroxide. Acrylamide pula terhasil apabila bijirin dipanaskan. Memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit, bikin penyakit.

 

Bukan semua biskut teruk. Kita “cuma” perlu pilih biskut:

# Tanpa lemak trans

# Kurang aditif seperti pengawet, perisa, pewarna.

# Rendah kanji. “Low carb atau keto”

# Gluten free

IKLAN

# Pilih biskut dengan lemak sawit, elakkan biskut mengandungi sunflower dan soya untuk mengelakkan peroksida dan aldehyde. Acrylamide tak dapat buat apa.

Dulu saya belek label konon nak pilih biskut kurang mudarat.. Sekarang saya abaikan je sebab saya tak makan selalu..pada saya amalan harian memang jadi mudarat..

Saya makan biskut sebab sedap. Sekali sekala jadi kudapan kegembiraan. Tapi tidak sesekali amalan untuk sihat. Tidak sama sekali. Amalkan makanan sebenar elak penyakit belanar.

Nak Makan Biskut Pun Kena Memilih, Sebab Ada Risiko Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu!

Ganti minum kopi dengan ubi

Sumber : Hafiz Sulaiman,-Pejuang Kesihatan

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Nak Makan Biskut Pun Kena Memilih, Sebab Ada Risiko Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Nak Makan Biskut Pun Kena Memilih, Sebab Ada Risiko Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI