Gara-gara mencuba petua yang dikongsikan menerusi instagram,  isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Ica mengalami demam panas dan hampir bentan.

“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

Ica yang baru sahaja melahirkan anak yang kedua sebelum ini  ada memuat naik soalan menerusi instagram storynya untuk  mendapatkan petua atau tip bagai mengurangkan penyakit kuning pada anaknya yang baru lahir.

Perkongsian tersebut mendapat banyak respons dan petua daripada wargamaya. Salah satunya adalah dengan menyarankan dia mengambil air sengkuang cina.

“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

Justeru, Ica meminta suaminya, Tajul membelikan air tin sengkuang cina tersebut. Pada awalnya,  dia hanya rasa seperti biasa sahaja namun apabila sampai di rumah dia sudah mula rasa pening kepala seperti mahu pitam. Malam itu juga Ica terus demam panas serta rasa sejuk sehingga ke tulang.

IKLAN

“Lagi extreme bila pakai selimut berlapis-lapis pun rasa sejuk tetap tembus” , kata Ica.

“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!
Melihat situasi yang dialami isterinya, Tajul kemudiannya mendapat petua membakar bawang putih. Lalu dimasukkan ke dalam nasi yang dikepal kemudian dimakan.

Akui Ica, walaupun rasanya tidak enak namun ia berjaya memberi sedikit kelegaan kepadanya.

“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

IKLAN

Dalam menceritakan detik cemas itu, Ica sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang telah menjaganya dengan baik. Kata Ica dia jarang demam, bila jadi begini dia seperti trauma nak mencuba petua pelik-pelik  yang lain.

Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama apabila mencuba  petua ini.

“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

IKLAN

Ica turut menjelaskan bahawa ‘antibody‘ seseorang itu berbeza. Mungkin petua ini sesuai untuk orang lain tetapi apakan daya  tidak sesuai untuk dirinya.

Menurut Ica lagi, apa yang dikongsikan itu adalah bagi memberi kesedaran buat ibu-ibu baru di luar sana bagi mengelak mengalami situasi yang sama.

“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

Sumber: mStar Online  & icaaeddie

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI