Resipi yang cukup ringkas tapi membuka selera anak-anak di rumah. Sesuai sangat buat ibu-ibu yang pening apa nak disediakan buat anak-anak lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan. Apa kata buat Jejari kentang Viral ni. Mudah, ringkas tapi sedap.
Kentang Viral sempena cuti sekolah…. Ranggup2 je krup krap bila makan… Mula2 anak ckp tak nk makan sekali dia rasa… Asal sedap sngat ni ummi… Nnti buat lagi ya🤣… Itulah jngan cepat menolak bila ummi masak…
KENTANG VIRAL
————_—————
Resepi
————-
💚Kentang 4 biji..rebus/kukus
💚5 sudu besar tepung jagung
💚1 sudu besar tepung beras
💚Carrot
💚Daun sup
💚Cili merah besar
💚Susu full cream/fresh
💚Garam sedikit je jika perlu
Cara membuat:
Ads
❤️Kentang rebus atau kukus.. Lepas tu lenyekkan…
❤️Hiris halus daun sup, carrot dan cili merah…
❤️Masukkan tepung jagung dan juga tepung beras.. Gaul semua bahan bagi rata
❤️Jika nmpak adunan berderai masukkan susu full cream/fresh dlm adunan sehingga dapat doh yg senang di bentuk…
❤️Gelek2 kan atas dulang dan potong mcm dlm gambar ( jika takut melekat alaskan plastik)
❤️Goreng seperti biasa… Pasti kan minyak jngan terlampau panas masa letak kentang ni… Sbb nnti dia akan mengelembung dan tak garing… Api kecil je ya… Dan balik2 kan selalu…
💕Bila goreng dgn cara yg betul akan dpt hasil yg ranggup krup krap😊😍
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Ads
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob membuka cerita mengenai anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom ‘squeaky baby’ semenjak dilahirkan.
Menurut Fazley, dia pernah diberitahu oleh doctor yang anaknya itu hanya mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.
“Anak kedua saya banyak ujian. Ketika isteri sedang hamil anak kedua, dia hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam perkara lagi.
“Bila dia dilahirkan sebulan setengah daripada masa yang sepatutnya, keadaan dia kurus dan tak cukup nutrisi. Bila pemeriksaan dijalankan, Fieradz ada lubang berdekatan dengan leher dan dia mempunyai sindrom squeaky baby.
“Apabila Fieradz bernafas, ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor pernah cakap, umurnya mungkin sampai lima tahun, jika dia masih hidup sekali pun, kita kena masukkan tiub di tekak Fieradz.
“Alhamdulillah, kini dia sudah berusia 12 tahun dan kami dapat melalui segala rintangan bersama,” jelas Fazley.
Pelantun lagu Asmara ini bagaimana pun enggan mengulangi lagi perasaan menanti anak yang menanti waktu ‘meninggal dunia’.
“Jika dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Selaku ibu bapa, menanti masa untuk anak itu ‘pergi’ seperti yang dikatakan doktor adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.
“Saya sangat bersyukur, Fieradz boleh bermain bola, skateboard, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar. Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi,” tambahnya.
Rahsia memasak dengan cepat dan pantas tentunya ingin diketahui oleh ramai antara kita. Lebih-lebih lagi buat ibu yang berkerjaya, jika dapat tahu ada cara untuk memendikan masa memasak alangklah beruntungnya. Jadi tidaklah badan terlalu penat setiap hari meluangkan masa yang panjang di dapur untuk menyajikan menu buat ahli keluarga.
Namun apakah rahsia itu? Selain penggunaan perkakasan memasak yang canggih dan moden diakui juga jika bahan-bahan pes masakan telah tersedia ada, ianya sangat membantu dalam usaha mempercepatkan aktiviti memasak di dapur.
Adanya pes-pes tersebut, anda tidak perlu lagi setiap kali memasak perlu mengupas bawang, mengisar cili dan sebagainya. Oleh itu, ayuh pelajari cara buat pes secara homemade yang dikongsikan oleh Awien Ariff. Selamat mencuba!
HARINI NAK SHARE PES² MASAKAN YANG SELALU KITE GUNA.
“Bukan apa.. kite ni taklah rajin ke dapur. Tiba time malas boleh heret seminggu siang malam tapau je. Jadi, bila dah ada pes2 mcmni, senang nak masak. Kwn², kenalan, sedara mara, adik beradik nak datang mengejut pun kite pun xterkejut sgt Faham kan.. situasi kelam kabut tu mcm mana..Ok kite share resepi pes masakan & sedikit resepi sebagai contoh.”-Awien Ariff
PES 1 : Pes Cili Kering
– Rebus Cili Kering dulu.
– Blend Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih
– Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, Bawang Besar 4biji, Bawang Putih (10biji)
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES INI:
– Bihun Goreng
– Mee Goreng
– Kuew Teow Goreng
– Maggie Goreng
– Nasi Goreng
– Asam Pedas
– Segala jenis masakan bersambal (sotong, udang, ayam, ikan etc)
SAMBAL AYAM (PES 1)
CARA-CARA:
1. Goreng ayam yg sudah digaul serbuk kunyit & garam. Ketepikan ayam.
2. Tumis PES 1 (3 SENDUK) dengan minyak gorengan ayam tadi.
3. Masukkan garam, gula & asam keping sedikit.
4. Masukkan bwg besar yang dipotong bulat
5. Masukkan ayam semula, dah sekata angkat & hidang.
Note: Sambal kena betul2 masak ok baru pedepow..
PES 2 : Pes Ikan Bakar
– Blend Serai, Halia, Lengkuas, Kunyit Hidup, Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Kering
– Ok yang ini korang agak2 je lah ya. Serai tu lebih sikit. Balance kan semua bahan².
– DAH SIAP, PLEASE MASAK DULU YA.. MASUKKAN GARAM + GULA MELAKA. SEJUKKAN BARU MASUK PETI AIS.
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:
1. Ikan Bakar
2. Rendang (Ayam, Daging, Kerang etc)
3. Masak hitam
4. Kerutuk
5. Kuzi
6. Ayam Masak Merah
DAGING MASAK HITAM (PES 2)
CARA-CARA:
1. Rebus daging. Kemudian hiris nipis & tumbuk sikit (guna lesung bukan buku lima ok)
2. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis.
3. Masukkan PES 2 ( AGAK2 NAK BUMBU BYK MANA)
4. Dah pecah minyak, masukkan bawang goreng & kicap sedikit lagi (bagi gelap2 skit.. Hitam manis pandang xjemu woi
5. Masukkan garam & perasa/gula.
Note: Jgn tanya kenapa xtumis dgn serai bla bla bla.. Dalam pes tu kan dah ada serai..
PES 3 : Pes Masak Lemak
– Bawang Besar, Bawang putih, Halia, Kunyit Hidup, Cili Akar warna hijau (ikut pantang mak kite xbg pakai cili merah tu, katanya nnti warna dia xcantik.. tapi cili hijau sikit sgt malas nak pegi kedai.. kite campur cili merah sikit
– Bawang Besar 3biji
– Bawang Putih 8biji
– Halia seketul
– Kunyit Hidup sebiji
– Cili Hijau (Ikut nak pedas mana)
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:
1. Segala jenis masak lemak (ayam, daging etc)
MASAK LEMAK IKAN MASIN (PES 4)
CARA-CARA:
1. TUMIS PES 4 (3 SUDU) bersama 1 batang serai yang diketuk.
2. Dah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
3. Masukkan asam keping
4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
6. Masukkan Bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:
1. Nasi Goreng
2. Bihun Goreng
3. Mee Goreng
4. Maggie Goreng
4. Sambal ayam hijau
5. Ikan sambal cili api
6. Segala jenis tumis boleh guna pes ni ,(tumis sayur etc)
SAMBAL CILI IKAN KEMBUNG (PES 4)
CARA-CARA:
1. GORENG IKAN TERLEBIH DAHULU.
2. TUMIS PES 5 ( SESENDUK) sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
4. Masukkan garam & gula sedikit.
5. Masukkan ikan goreng tadi.
1. Of course kari ayam.. hehe..
2. Kari daging
3. Kari telur
4. Ikan Bakar Portugis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya buat ahli keluarga yang ada mengalami masalah kandungan paras gula yang tinggi dalam darah atau juga dikenali dengan penyakit kencing manis, berdepan dengan kesukaran untuk mengawal dan apatah lagi untuk menurunkan bacaan paras gula dalam darah.
Selain perlu mengambil ubat mengikut saranan doktor, perlu juga melakukan beberapa Perkara yang disarankan oleh doktor ini.
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat memberi pencerahan buat kita semua memantau tahap kesihatan ahli keluarga agar kekal sihat.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal pengambilan karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan pengambilan serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau tahap gula dalam darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan berat badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
a) Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
b) Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
c) Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...