“Umur 29 anak 7 orang. Alhamdullah rezeki kahwin muda.” Sebuah perkongsian menarik sebuah keluarga yang mempunyai anak seramai tujuh orang. Malah, menurut puan Anna Mukhtar menerusi grup Kami Suri Rumah, beliau melahirkan rasa syukur dapat mendirikan rumahtangga pada usia yang muda iaitu ketika berusia 16 tahun, manakala suami 24 tahun.
Malah beliau juga tidak menolak jika dikurniakan zuriat lagi pada masa akan datang. Nyata mempunyai anak ramai bukan satu perkara yang sukar. Apa yang pasti anak yang ramai itu bukan suatu bebanan tetapi itulah sebenarnya ia memartabatkan sebuah keluarga itu.
Ikuti perkongsian mengenai keluarga besar beliau.
Gambar kenangan masa kawin dlu..masa ni umo baru 16 thun suami 24
Ada ka dalam grup ni sama macam Anna. Meh share sikit. Anna umur 29 anak 7 orang. Alhamdulillah rezeki kawin muda. Tak pernah rasa mnyesal kawin muda.
NAK TAMBAH LAGI ANAK
Kadang ada orang tanya tak rugi ka muda-muda anak dah ramai. Tak dah enjoy la apa. Hihi bagi Ana kehidupan sekarang lebih bahagia dari sebelom berkahwin dulu.
Ads
Happy bahagia sangat dengan anak-anak ramai macam ni.
Kalau boleh nak cukupkan 10 org. Tapi insyAllah kalau ada ada rezeki doa-doa kan amin..
Ads
ANAK BUKAN BEBAN TAPI REZEKI
Ads
Setiap anal ada ada rezeki dia. Insyallahh aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Percaya yakin dengan ketentuan. Pedulikan apa orang kata. Biasalaa anak kecil memang penat sikit kan tapi InsyaAllah senang dihari tua. Yang penting mental fizikal kena kuat. Jangan pernah mengalah. InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita.
Tok Ram kendong Izzara tarik perhatian warga maya, “Dah macam bola ragbi dibuatnya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Tular satu video di TikTok memaparkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Menerusi video dimuat naik akaun Alyah.hasan, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.
Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-rata terhibur melihat cara pengarah muzik itu menggendong Izzara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa Ramli kelihatan sangat bahagia sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Tidak kira dari sisi mana pun, orang pertama yang akan dipersalahkan semestinya WANITA. Tapi sedarkah, wanita adalah golongan yang sepatutnya dilindungi, dimuliakan kedudukannya.
Jom ikuti perkongsian bermakna dari Maryam Jamadi ini.
SALAH ISTERI?
Rumah bersepah, salah isteri. Dapur tak berasap, salah isteri. Tak ada zuriat, salah isteri.
Anak lewat perkembangan, salah ibunya.
Anak ada sindrom, salah ibunya.
Anak nakal, salah ibunya.
Anak dapat nombor corot di sekolah, salah ibunya.
Keluarga tak bahagia, salah isteri.
Berdasarkan banyak penulisan di media sosial, untuk jadi orang perempuan ini kena hebat semua, barulah jadi calon menantu, isteri dan ibu yang terbaik. Kalau tak cukup “tick”, nanti takut tak jadi kahwin atau suami cari ibu lain untuk anak-anak. 🔥
Kerap kali saya mendengar keluahan ibu-ibu yang dah tak mampu nak menampung beban di kepala, fizikal penat tak apa tapi bila “kepala” pun dah penat memang parah. Ditambah lagi dengan kritikan orang sekeliling, lagi parah jadinya. 😥
Saya rasa mungkin dah tiba masanya masyarakat kurangkan expectation yang terlampau tinggi untuk kaum hawa. Bagi yang sudah ada kesedaran, tahniah! Yang mana belum ada kesedaran, mohon baca.
Saya terbaca baru-baru ini berkaitan isu rumah tangga, salah satu kenyataan yang saya tak berapa setuju:
“Jadi orang perempuan ni kenalah pandai mengemas dan pandai masak sebab cuba bayangkan kalau suami demam nak makan bubur, isteri tak pandai buat. Ataupun nanti dekat sekolah kawan-kawan anak kata rindu masakan mak tapi maknya tak pandai masak.”
Cuba terbalikkan situasi, isteri pula demam? Ataupun anak sepanjang hidup tak pernah rasa masakan ayah?
Bagi saya, bukan jadi orang perempuan sahaja perlu pandai memasak dan mengemas. Tapi jadi MANUSIA, kenalah pandai semua skil asas kehidupan tak kiralah perempuan atau lelaki.
Cuma mungkin ada orang bakatnya lebih terserlah pada skil memasak, ada orang lebih pada skil dekorasi rumah dan sebagainya.
Tapi kalau anda seorang isteri yang boleh buat 100% menguruskan urusan rumah, alhamdulillah anda wanita hebat. Tapi janganlah anda “meng-downgrade” wanita lain yang tak mampu.
Awas bila isteri jadi ‘mental load’
Pernah tak para isteri mengalami situasi:
1. Pukul 11 pagi, kita nak masak nasi untuk makan tengahari tapi masa kita nak ke dapur ternampak pula bakul baju kotor yang melimpah.
2. Kita pun pergi masak nasi sambil berfikir “lepas ini nak kena basuh baju”.
3. Dah siap masak nasi, nak basuh baju pula tiba-tiba teringat yang lupa nak keluarkan ayam nak masak masih beku.
3. Kita pun minta “tolong” pasangan kita yang tengah main game di hp untuk keluarkan ayam. Pasangan kita kata “kejap,kejap”.
4. Tengah kita angkat bakul baju kotor nak basuh, anak yang sedang belajar bebas diaper pula datang beritahu nak kencing. Kita pun terpaksa tinggalkan bakul baju kotor sebab nak kena berlari bawa anak ke tandas takut “tercicir”.
5. Sambil pantau dan tunggu anak habis membuang, mata kita melilau tengok keadaan tandas yang dah mula berlendir semula walaupun baru cuci 3 hari lepas. Terfikir nak cuci tandas lepas habis makan nanti.
6. Anak pun selesai membuang, kita sambung dengan tugasan basuh baju. Kita nampak pasangan kita masih dengan hp dengan “kejap-kejapnya”, kita pun basuh baju dan keluarkan ayam sendiri.
Pasangan kita pun kata “relakslah nanti saya buat, beritahulah nak buat apa-apa”. Tapi realitinya buat semua sendiri lagi kurang stress daripada minta orang lain buatkan sebab stress di kepala lagi penat dari penat fizikal. 🙆♀️
Cuba bayangkan perkara ini berulang SETIAP HARI? Saya yang menaip ini pun berasap kepala memikirkannya, apatah lagi nak menghadap setiap hari. 🤯
Inilah yang dipanggil “MENTAL LOAD”, keperluan merancang, menguruskan hidup diri sendiri dan hidup orang lain yang bergantung kepada kita. Semakin banyak, semakin berat beban mental yang kita alami.
Bila terlampau banyak “mental load” boleh buat seorang isteri yang lemah lembut bertukar jadi “hijau” di rumah. 🦁
Suami lebih banyak masa lapang bebanding isteri
Ada survey di lakukan di Australia (HILDA) pada tahun 2019, yang terbukti ada gap di antara kerja di rumah suami dan isteri.
1. Pasangan yang tiada anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 4 JAM seminggu menguruskan rumah berbanding suami.
2. Pasangan yang mempunyai anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 7 JAM seminggu melakukan kerja rumah dan TAMBAHAN 7 JAM lagi menjaga anak lebih berbanding suami.
3. Memang terbukti yang suami mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian yang sepatutnya memudahkan kaum lelaki dan perempuan, bukannya untuk menyenangkan lelaki dan menyusahkan perempuan.
Kurangkan Beban Isteri Dengan Lantik Diri Jadi Ketua
Maka, saya cadangkan para suami yang berminat untuk kurangkan “mental load” isteri, apa kata tukar daripada anda hanya tanya apa yang perlu dibantu. Apa kata pilih dan melantik diri sendiri untuk menjadi KETUA untuk mengurangkan beban di otak isteri:
BIRO DAPUR
BIRO MENGEMAS
BIRO BAJU
BIRO ANAK
BIRO LAMAN RUMAH
BIRO SAMPAH
BIRO JAGA KERETA
Bila dah pegang antara jawatan di atas, mohon ingatlah perkara-perkara yang perlu dilakukan. Percayalah isteri yang asyik bertukar jadi “hijau” mungkin boleh kembali jadi lemah lembut.
Dalam kes saya, sebelum berkahwin lagi saya dan suami dah bincang tentang kerja-kerja di rumah. Saya tak hebat memasak (selalu masak tak jadi 🤭) tapi suka urus baju, suami tak suka urus baju tapi suka memasak (dan sedap). 😋
Tapi kurang mahir dan tak suka, bila dalam keadaan memerlukan boleh sahaja buat asalkan masing-masing tahu skil asas hidup. Contohnya semasa saya berpantang, suamilah ambil alih bab mengemas dan urus baju walaupun saya Ketua Biro Mengemas. Sama juga bila suami tak ada, saya akan masak masakan mudah untuk saya dan anak walaupun suami Ketua Biro Dapur.
Mudahkan Untuk Menguruskan Rumah
Bila ada pembahagian tugas, secara tak langsung kuranglah beban mental yang kita perlu fikir. Saya tak perlu fikir
Nak beli barang basah apa? 🚗
Barang basah apa dalam peti ais? 🐓
Nanti malam nak masak apa? 🥗
Elok lagi ke ikan dalam peti ais? 🐟
Suami pula tak perlu fikir baju kotor dah penuh bila nak basuh? 🧦
Baju dah kering ke belum? 👕
Tandas dah kotor bila nak sental? 🚽
Anak nak pakai baju apa pergi kenduri? 👗
Dinding kotor macam mana nak bersihkan? 🤔
Dengan kerjasama suami dan isteri, kita tak perlu pun nak korbankan apa-apa. Sama-sama membahagiakan hidup masing-masing.
Ada orang tunjukkan cinta dengan kata-kata manis, ada orang tunjukkan cinta dengan perbuatan. Ada orang tunjukkan cinta dengan kedua-duanya.
Kalau kita rasa boleh urus segala benda di rumah dan penuhi expectation jadi seorang isteri yang sempurna seperti ditonjolkan di dalam drama TV, janganlah kutuk atau hina orang yang tak mampu lepas itu takutkan orang lain “nanti suami cari lain”.
Bila dah namanya tak ada jodoh, kita buatlah macam mana pun tak jadi apa juga. Sekecil-kecil benda pun boleh jadi penyebab.
Samalah kes zuriat, tak dapat anak salah isteri. Tahukah yang nak dapatkan zuriat perlu pastikan tahap kesuburan suami dan isteri, bukan isteri sahaja? 👫
Anak semua perempuan, tak dapat anak lelaki salah isteri. Tahukah yang menentukan jantina anak adalah sperma suami? 👶
Anak ada sindrom, salah genetik isteri. Tahukah yang anak itu adalah gabungan ovum dan sperma yang mengandungi genetik suami dan isteri yang menentukan adalah genetik siapa yang lebih dominan. 🙄
Anak nakal, salah isteri tak pandai jaga anak. Tahukah yang tugas didik anak perlukan kerjasama suami dan isteri?
Cadangan saya, bagi yang merancang untuk berkahwin. Bincanglah juga peranan suami dan isteri dalam rumah tangga supaya masing-masing sedar tanggungjawab dengan harapan tak ada kes salah menyalahkan di masa akan datang. Jangan lupa kenali bakat diri masing-masing juga! 😍
Mana yang handal melipat baju, jadilah Ketua Biro Baju. 👕👖
Mana yang lebih sedap memasak, jadilah Ketua Biro Dapur. 🍳
Mana yang lebih teliti menyental kotoran, jadilah Biro Mengemas. 🌈
Bincanglah “biro” masing-masing sebelum berkahwin supaya beban mental terbahagi sama rata. Kalau tak nak pegang semua jawatan, beritahulah pada pasangan awal-awal supaya pasangan anda boleh bersedia mental dan fizikal. 🏋️♀️
“Berkorbanlah” bersama-sama supaya kesihatan mental kita terjaga, melainkan memang tiada pilihan (PJJ, frontliners, pasangan sambung belajar dll) 💪
Semoga bermanfaat, terima kasih ❤
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengetahui pasangan berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka dan rasa tertipu bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan.
Hadamkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. “Bila diri diduakan” Andai anda salah seorang drpd isteri yg diduakan suami disebabkan suami kahwin lagi, maka jgn terburu2 utk pergi dari kehidupan tersebut… Jgn lari lagi… Hidup dulu dlm keadaan mcm tu…selagi dia masih boleh bagi sama mcm yg dia bagi sebelum ni ataupun tidak, pilihlah utk kekal bertahan dlm hubungan tu… Manfaatnya bukan dia yg dapat, tapi awak… Nak membina kehidupan setelah bercerai tanpa diduga dan tiba2 bukannya senang dan mudah seperti yg org kata…klu awk tak btul2 kuat, awk akan tersungkur dan merana… Ada wanita yg masih bertahan dlm keadaan yg mcm ni…diduakan suami, suami kahwin lagi, suami tak adil, suami jarang balik, suami lebihkan yg sana, tapi gelaran dia masih isteri pertama… Apa yg dia buat? Dia kurangkan kebergantungan dan harapan pada suaminya…dia berdikari, hidup atas kaki sendiri dan dia biar masa yg menentukan segalanya… Bila sampai masa tersebut, maka Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa ianya terjadi… Kekuatan dan penerimaan kita terhadap perkara itu tak sama…ada yg bleh angkat kaki terus, ada yg tidak, ada yg perlukan masa…bagi yg tidak, itu bukanlah satu kesalahan, itu pilihan awk sendiri…cuma, jgn pernah berhenti dan putus asa dr mengingatkan si dia utk berlaku adil dan memperjuangkan apa yg sepatutnya awk dapat dari dirinya… Selagi masih ada jodoh dgnnya, selagi masih bergelar isteri kepadanya dan selagi masih boleh bertahan… Selain itu, isteri yang bijak tidak akan emosi terus menyerang suami atau ‘skandal’. Meski hati panas tapi mereka tenang dan akan melakukan perkara ini.
1. Kawal emosi dan belajar terima hakikat
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Apa yang paling utama, jangan terlalu ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.
2. Tidak menyalahkan diri sendiri
Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca daripada anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain. 3. Mencari sokongan daripada orang yang boleh dipercayai
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang kecurangan pasangan. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.
Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam. Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Selain itu, boleh juga dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa, kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga. 4. Pertimbangkan pilihan secara rasional
Kecurangan pasangan sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah. Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram.
Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.
5. Cinta pada Ilahi
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada Ilahi bukan pada manusia semata-mata. Perbanyakan mendekatkan diri pada tuhan, sentiasa berfikiran positif dan berusaha memaafkan pasangan dengan ikhlas. Meskipun rasa sukar, anggaplah kecurangan pasangan itu sebagai salah satu ujian dan gerhana di dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di