Perkongsian kisah ini cukup manis untuk dikongsikan, bila mana seorang cucu berjaya menemukan datuknya yang terputus hubungan semenjak 30 tahun yang lalu. Apatah lagi bila tarikh pertemuan dengan datuknya itu begitu hampir dengan tarikh pernikahannya. Ia seakan satu hadiah terindah buat diri dan keluarganya.
Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya.
Pada awalnya, dalam hal mencari datuk saya ini jujur saya rasakan bukannya mudah dan pernah juga beranggapan tidak akan berjumpa dengannya. Maklumlah, maklumat yang kami sekeluarga ada terlalu sedikit. Manakala gambar yang kami ada cuma gambar datuk semasa muda. Tidak mungkin orang akan mengenali dia.
Tapi siapa sangka selama 30 tahun pencarian dilakukan oleh pihak keluarga, akhirnya pada tanggal 14 Fabruari lalu saya berjaya bertemu datuk yang selama ini dicari.
Tambah bermakna lagi apabila pertemuan ini juga merupakan hadiah teristimewa anugerah Allah untuk saya. Memandangkan tidak lama lagi akan berlangsung majlis perkahwinan, dengan adanya datuk di sisi bertambah meriah dan lengkaplah sudah keluarga besar Ah Kaw.
Guna Media Sosial
Sebenarnya pencarian kami sekeluarga sudah dibuat dari dahulu lagi. Tapi dahulu, tak macam sekarang ni. Dulu cari setakat tanya saudara mara. Sekarang ni semua di hujung jari je. Boleh guna media sosial untuk meminta bantuan mencari.
Maklumat netizen
Sebelum saya menemui datuk saya. Saya juga menerima info dari netizen bahawa ada seorang yang mempunyai nama yang sama tinggal di satu area lain di Kuching (Tabuan Air). Saya telah mencuba menghubungi orang tersebut. Tetapi orang tersebut menyatakan bahawa dia bukan datuk saya yang dicari, disebabkan itu, saya agak sedikit kecewa.
Dua hari selepas itu , Suzie Morris telah berikan komen di Page Sarawak Edition bahawa dia mengenali datuk saya. Saya terus menghubungi Suzie Morries untuk mendapatkan detail orang yang dipercayai datuk saya.
Apa yang saya tahu, Suzie Morris tu adalah penduduk area tersebut. Kerana datuk saya telah bermastautin di Tabuan Dayak lebih 50 tahun. Semua orang mengenali beliau. Dari yang sudah tua sampailah yang masih kecil.. sebab dia antara yang paling lama tinggal di sana.
Kali pertama bertemu
Jadi pada 14/02/19 5pm, saya pergi ke rumah orang yang berkemungkinan datuk saya seperti yang di beritahu Suzie Morris. Sesampainya saya di rumah tersebut, saya bertemu seorang lelaki warga emas yang berumur 80an. Jadi saya menyatakan hasrat saya bahawa saya mencari datuk kandung saya yang lebih 30 tahun menghilang. Saya bertanya lelaki warga emas tersebut bahawa adakah dia Mohammad Bin Manaf @ Ah Kaw yang saya cari ? Dia menjawab “Ya, saya la Ah Kaw.
Saya meminta dia memberikan IC dia untuk kepastian. Saya lihat mukanya di dalam IC tersebut sama seperti muka anak kandungnya yang pertama. (Pakcik saya) Dalam masa yang sama dia menyebut nama-nama ahli keluarga di Sibu yang saya kenali sedangkan saya belum lagi bercerita apa-apa dengannya. Di masa itu, saya memang pasti bahawa dialah datuk kandung yang saya cari selama ini.
Saya merupakan anak kepada anak kedua datuk. Datuk ada dua orang anak kandung iaitu Mohd Musa@Gapur dan Sadon.
Gambar Di Makan Anai-anai
Berkenaan gambar datuk yang digunakan dalam usaha mencari di dalam surat khabar dan media sosial, sebenarnya sebelum ini disimpan oleh pak cik, (Anak Pertama). Sebenarnya gambar tersebut telah rosak dimakan anai-anai. Tetapi telah dibuat semula dalam 2 tahun ini. Sebab itulah kami semakin nekad ingin mencarinya. Sebab mempunyai bantuan gambar selain nama datuk.
Tip jika ada yang ingin mencari keluarga yang terpisah :
1.Jika ada detail Kad Pengenalan, boleh ke JPN, Balai Polis berdekatan untuk meminta bantuan mencari alamat terakhir yang di cari. (Dlm kes kami, kami tiada detail IC NO. Dlm Surat Beranak Pakcik & Ayah tiada IC NO Datuk )
2.Guna media sosial untuk mencari. ( Sy mesej page-page di area seluruh Sarawak untuk bantuan mencari. Syukur page-page yang berkaitan sudi menolong untuk pos hal pencarian tersebut.
3.Guna surat khabar (Saya email detail-detail pencarian beserta gambar kepada reporter Utusan Borneo, keesokkan harinya pihak surat khabar menerbitkan berita pencarian saya di dada akhbar)
Berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah anak-anaknya bukannya mudah, itu yang dialami Mia Ahmad.
Berkongsi luahan menerusi laman Instagramnya, jelas isteri kepada pemain Bola sepak JDT,i semua Itu pengalaman yang dilalui secara bersendirian beberapa minggu kebelakangan ini.
Ketiadaan suaminya, Izham Tarmizi memberikan cabaran buat dirinya lebih-lebih lagi untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil.
Menurut Mia, Izham kini sedang menjalani latihan pra musim bersama pasukan JDT di Dubai.
“Selepas beberapa minggu suami tak ada, not easy but taught me a lot. The struggle is so real.
“Anak-anak menangis serentak, berebut barang, tarik telekung time mommy solat, Issa nangis sakit perut tengah-tengah malam,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, pengalaman menjaga dua orang anaknya semasa ketiadaan suami di sisi membuatkan dirinya kagum dengan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri setiap ibu tunggal yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.
“Macam-macam experienced that makes me think macam mana dengan single mom yang boleh survive kat luar sana.
“Kudos to all the single moms who have always been strong,” kongsinya lagi.
Diuji dengan masalah rumah tangga, penyanyi, Usop mendedahkan yang dia dan isteri pernah terkena sihir pemisah sehingga memberi kesan terhadap hubungannya bersama isteri, Nur Fatihah Md Hashim.
Tambah Usop lagi, tidak hanya dirinya dan isteri bahkan perniagaan restoran yang dijalankannya juga turut sama terjejas.
“Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik ‘panas’ dan dia selalu nak marah. Bergaduh biasa berlaku dalam rumah tangga tapi dalam kes kami ia berpanjangan.
“Saya dapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua,” kongsinya lagi.
Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri sama-sama kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan setiap masalah malah kini mendedahkan yang isterinya sedang hamil anak kedua mereka.
“Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya.
“Syukur isteri kini sedang hamil,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kehamilan itu, kata Usop, dia seronok melayan karenah isterinya yang mengidam untuk makan aiskrim goreng di waktu pagi.
“Sepanjang awal kehamilan ini ada juga yang alami alahan teruk.
“Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam,” ceritanya lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.