Diuji dengan masalah rumah tangga, penyanyi, Usop mendedahkan yang dia dan isteri pernah terkena sihir pemisah sehingga memberi kesan terhadap hubungannya bersama isteri, Nur Fatihah Md Hashim.
Tambah Usop lagi, tidak hanya dirinya dan isteri bahkan perniagaan restoran yang dijalankannya juga turut sama terjejas.
“Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik ‘panas’ dan dia selalu nak marah. Bergaduh biasa berlaku dalam rumah tangga tapi dalam kes kami ia berpanjangan.
“Saya dapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua,” kongsinya lagi.
Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri sama-sama kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan setiap masalah malah kini mendedahkan yang isterinya sedang hamil anak kedua mereka.
Ads
“Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya.
“Syukur isteri kini sedang hamil,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kehamilan itu, kata Usop, dia seronok melayan karenah isterinya yang mengidam untuk makan aiskrim goreng di waktu pagi.
Ads
“Sepanjang awal kehamilan ini ada juga yang alami alahan teruk.
“Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam,” ceritanya lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Lain orang , lain kepakarannya! Ada yang jaguh ketika di dapur, ada yang jenis kaki pembersih memang bab menguruskan rumah serah pada dia, dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bagi yang ada adik beradik ramai, sememangnya akan berbahagi tugas untuk menolong ibu di rumah.
Sama seperti pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang mengakui dirinya tidak gemar memasak dan lebih menitikberatkan kebersihan di persekitaran rumahnya.
Menurut Yasmin, dia hanya akan memasak hanya apabila perlu sahaja.
“Saya boleh memasak cuma tidak sampai level seperti ibu. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Tahap keyakinan saya dalam bab mengemas ni sampai rasa boleh buka business mencuci..
“Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?
“Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya ialah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak saja,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Yasmin sering berdoa agar suatu hari nanti hatinya terbuka untuk minat memasak serta menjelaskan keadaan ketika dia membesar menjadi punca lebih gemar mengemas.
“Dulu bila saya masuk dapur, saya kena marah dan halau. Dah ada tiga orang (kakak Yasmin) di dapur, jadi yang bongsu ni tak pandai masak buat apa? Saya keluar kemas satu rumah.
“Saya rasa lebih suka mengemas sebab keadaan saya membesar macam tu. Saya suka diberi peluang untuk sertai program masakan Dapur Tempur ni sebab saya dapat banyak belajar.
“Saya fikir balik dan berdoa ‘Ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai memasak’.
“Sebelum ni saya doa untuk luangkan masa dengan anak-anak, Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan.
Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada Puan Musleha Mohd Tahrir ini tentang bagaimana dia dan adik beradiknya yang lain sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung, wajar kita praktikkan.
Sekurang-sekurangnya tidaklah membebankan orang tua kita berbelanja sepanjang musim perayaan akan datang.
Jom ikuti perkongsian ini.
Cuti raya hampir tamat. Kebanyakan orang telah pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga kami adik-beradik. Kini tinggal lah Mak Bapak berdua di kampung menjalani kehidupan seharian seperti sebelum nya.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan… hihi…
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Raya2017kgsaribarupagoh
Sekeping gambar yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama tiga anak lelakinya menjadi perhatian ramai.
Gambar Tan Sri Dr. Noor Hisham bersama tiga anak bujangnya iaitu Khalis, Khazin dan Khair yang sedang meluangkan masa bersama di Hyde Park, London membuatkan ramai yang menawarkan diri jadi menantu.
“Berjalan kaki di pagi hari di Hyde Park bersama tiga anak lelaki saya ketika ini, kami menikmati suhu sejuk di London.
“Britain bersiap sedia untuk menikmati suhu 0 Celcius selama seminggu.
“Namun begitu, ia adalah saat berharga dan momen tidak dapat dilupakan bersama anak-anak lelaki saya yang sudah dewasa; Khalis, Khazin dan Khair,” kongsinya menerusi X.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat wargamaya yang berseloroh dan berebut-rebut untuk menjadi menantu dek kerana ketampanan tiga jejaka, buah hati kesayangan Tan Sri Dr. Noor Hisham dan isteri.
Tan Sri Dr. Noor Hisham turut berkongsi foto bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Nik Suwaida Nik Mihammad Mohyideen dan anak-anak lelaki sedang berehat di sebuah kafe ketika bercuti ke London.
Terdahulu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Khairin Afiqah yang telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.