Cara-cara:
-Masukkan minyak,masukkan kayu manis..
-Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia..tumiskan..sampai naik bau.
-Masuk garam,masukkan air..biarkan menggelegak..lepas tu baru masukkan ikan…jangan dibalik-balikkan..nanti hancur lebur..hilang mood.
Lepas tu masukkan lobak dan daun sup…
Resepi sambal kicap
-lada api,bawang putih di tumbuk..masukkan kicap jalen masin dan gula,perahkan limau..kulit limau di hiris halus..masukkan sekali dalam sambal tu.tumbuk lagi sedap dari di blender.
Taraaaaa…dah siapp…
Sumber : Annida Ammar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Elok je kita letak gula dalam bekas, ehhh sempat pula semut mai datang hurung. Dah tu, boleh pula dia masuk dalam bekas tu tah celah mana tah masuk, padahal bekas dah cukup rapat dah!
Tapi, boleh ke guna lagi gula yang dah dimasuki semut tu?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
PETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA
Cara-caranya:
1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)
2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah cuba buat Jeruk Ikan Masin Tenggiri tak? Ini kalau makan dengan nasi panas-panas memang terangkat.
Jom ibu-ibu Kita cuba buat resipi yang dikongsikan oleh puan Suria Abdullah.
Assalamualaikum..Seperti yg saya janjikan,di sini saya kongsikan cara2 nak buat JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yg dalam minyak…
Seterusnya 😀😀😀..
Ikan tenggiri ( nak guna gelama atau senangin pun boleh..senangin mahal,harga lebih kurang tenggiri..ikan gelama murah sikit..gelama isi dia pun sedap..)
Bahan perapan:
Cuka makan
Asam keping (kat tempat saya 1kg rm26)
Garam kasar (1kg 70cen)
Bekas kedap udara (rahsia dari org melaka,bila dia tahu saya buat jeruk ikan tenggiri ni,dia bilang,nak lagi sedap kau peram dalam tempayan..Saya dah buat..memang lagi sedap 😀)
Sekarang bukan rahsia lagi. Cumabekas tempayan tu mahal kat sini 😆😆😅..
Langkah pertama 😆😆😆..Ikan kasi cuci bersih ya..Saya korek darah yg kat tulang tengah tu 😂.
Toskan ikan ..kering kan dengan cara lap guna tisu makan (ni untuk makan sendiri)
Saya jemur sekejap(kurang setengah jam) dalam cuaca yg panas..(ini cara saya,sbb saya buat dalam kuantiti lebih 50kg) klu nak jemur pun boleh..tapi jng terlalu lama..nnti isi ikan akan kecut dan keras..
Dah siap di keringkan..
Rendam sekejap dalam cuka makan..Rendam kurang seminit..Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara..
Letak ikan,tabur lagi garam kasar..letak asam keping(jgn banyak sangat,nnti dia masam sangat,x sedap 😅)..
Ulang2 sampai ikan habis..Tutup rapat2 ikan..biarkan 7 hari..
Dah 7 hari,buang air perapam..bilas ikan..bilas sikit2 je jah..jng terlalu cuci,nnti isi ikan hancur 😅..
Masukkan ikan dalam bekas lain..tuang minyak masak yg baru…Biarkan ikan terendam..lebih kurang sejam dah boleh goreng.
Cadangan hidangan :
Nnti saya kongsi lagi .panjang2 ni rajin ke membaca?
Saya nak lukis x pandai😂..
Ok lah..tengiri tempat saya mahal..cari lah yg pecah perut..kat sini satu kg pecah perut rm15..
Nak yg baru pun boleh je..1kg 28
Ok jah…rajin nak buat?
Kalu malas beli yg keluaran produk muslim tau..Di jamin halal dan bersih…
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua 😍😍😍😍😍
Selalu kalau malas nak makan malam nasi, mesti akan cari roti atau biskut untuk makanan sampingan kan?
Dah alang-alang sekarang ni viral roti ala-ala Kpop, ni haa kami payung sekali roti seakan Kpop tapi versi senang guna sos carbonara pula resipi dari Paie IZa ni. Jom cuba!
RESIPI ROTI BURGER CARBONARA CHEESE
Bahan-bahan Inti :-
1/2 tin sos cabonara cheese
1/2 biji bawang besar potong dadu
3ulas bawang putih ketuk cincang
1/2 biji lada merah
1/2 biji lada hijau
2keping daging ayam burger (ramas basuh n tos)
3batang sosej potong mcm
4batang jejari ketam potong
Bahan-Bahan Untuk Garlic Butter
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
Sikit daun sup
Marjerin 2 sudu besar
*campurkan semua bahan-bahan untuk garlic butter
Cara-caranya :-
1) Masukkan minyak makan 1/2 senduk kecil, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2) Kemudian masukkan isi ayam, biarkan layu dan masukkan sosej dan jejari ketam, biarkan masak.
3) Masukkan sos cabonara, kacau dengan api perlahan. Kemudian masukkan lada hijau dan merah.
4) Kacau sekejap, kalau pekat masuk sedikit air. Kemudian masukkan sedikit garam kalau perlu. Ketepikan.
5) Sapukan garlic butter di bawah roti burger, kemudian belah empat roti tapi jangan sampai putus.
6) Masukkan inti, ikut banyak mana yang anda mahu. Lagi banyak lagi sedap!
7) Koyakkan cheese dan letakkan di atas belahan roti, atas inti tadi mengikut citarasa masing-masing.
8) Dah siap, sapukan garlic butter di atas roti tadi. Dah boleh mula bakar mengikut suhu 150cc selama 10 minit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di