Setiap kita yang bekerja tentu akan merasa seronok dan bangga bila syarikat tempat kita mencari rezeki mengharhargai segala usaha yang telah kita lakukan untuk memajukan syarikat.
Manakala di pihak majikan, tidak dinafikan ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh pekerja-pekerjaanya.
Bukan semata-mata memberikan gaji yang setimpal dengan usaha, malah pemberian bonus, membawa melancong dan sebagainya akan membuatkan pekerja menjadi lebih termotivasi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bahkan ada juga majikan yang menghadiahkan pakej umrah kepada pekerjanya. Ini sebagaimana menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @sitinur di laman TikToknya.
Dia berkongsi khabar gembira itu dimana seorang pekerja yang dikenali sebagai Yusuf menerima tajaan pakej umrah sebagai tanda penghargaan telah bekerja selama 27 tahun.
“Pakej umrah untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Dalam video itu juga, selain Yusuf, terdapat beberapa orang pekerja yang turut menerima sumbangan daripada majikan mereka atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan selama ini.
@siti5874 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo #fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ tak akan pernah jauh – bigboss
Susah nk cari tokey macam ni-Netizen
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap majikan itu yang menghargai jasa pekerjanya itu selepas 27 tahun berkhidmat untuk dirinya.
Semoga rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu!
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu dan mengakui tidak mudah untuk menemui majikan yang begitu pemurah hati pada ketika ini.
betul la org kata pegi mekah ni bukan bila kaya tapi kalau Allah dah buka kan rezki dia utk ke sana walau cara apa pun Allah akan mudah kan. tq puan-netizen
“Terbaik la majikan mcm ni semoga di murah kan rezeki berlipat kali ganda”
“susah nk cari tokey MCM ni … semoga stesen Petronas Pendang bertambah maju”
“Ya Allah. Aku tak kenal siapa majikan pakcik ni. Tp aku doakan, kalau dia ditimpa musibah, hati dia sentiasa kuat dan tabah menharungi ujian mu ya Allah. Senang jalan hidup dia. 🥰”
“tbaiklah Petronas Pendang,,moga sentiasa murah rezeki”
Sumber: TikTok @sitinur
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dapat Rezeki Sedekah Pada Ibu & Bekas Isteri.” Chef Wan Kongsi Cerita Bukan Puji Diri Tapi Beri Inspirasi Pada Anak Muda. Salute!
Melihatkan akan layanan Chef Wan pada ibunya yang sangat mesra dengan panggilan Cik Ani membuatkan ramai netizen yang memuji dan mendoakan kesejahteraan dua beranak ini.
Setiap kali berkongsi cerita tentang ibunya di laman instagram, memang terserlah kasih sayang seorang anak yang tiada penghujungnya buat “syurga dunianya” itu.
Baru-baru ini, Chef Wan memuat naik perkongsian mengenai konsep berkongsi rezeki dengan ibunya. Malah tidak dilupakan, dia juga turut melupakan bekas isterinya walaupun sudah lama berpisah. Bagusnya Chef Wan ni kan, sejuk perut ibu mengandungkannya.
Berkongsi rezeki
“Dapat saja duit rezeki hari ni terus saya niat minggu ini jika ada masa lapang nak bawa emak beli kain baju dia at Jakel pulak.
Bila Allah beri kita rezeki cepat2 kita ingat nak sedekah sebahagian dari rezeki itu pada Ibu dan Janda saya too.
“Saya selalu berfikir harta dunia ini tak boleh kita bawa mati pun.
Jika kita tak belanja kan terutama pada ibu dan bapa kita masa di dunia lagi yg pasti di akhirat nanti kita kerugian besar.
Over in my life i have seen many people including my own circle and extended fanilies pun yg jenis tangkai jering atau jenis tak peduli langsung.
Bila kita tegur ada yg sentap. That is why saya selalu noticed dari muda sampai ke tua rezeki saya ada sahaja yg datang,” ujar Chef Wan lagi.
Jadi inspirasi
Mengakui, perkongsian tersebut bukanlah mahu memuji diri sebaliknya ia lebih kepada memberi inpirasi kepada generasi baru.
“Sharing this true story is not about nak memuji diri saya but only to inspire others to also follow my food step especially kepada anak2 muda generasi yg baru.
“Jangan la kita berkira kira atau pun bersifat kedekut dgn kedua ibu bapa kita, adik beradik mau pun saudara mara kita.
“I want to leave this world not by remembering that i have accumulated berapa banyak harta, anugerah2 , pangkat dan darjat or being famous except all my sedekah dan kebaikan i have done to others that will put a smile on my face. Infact yg Allah selalu pesan kita pun itu la juga,”jelas Chef Wan lagi.
View this post on InstagramA post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Perkongsian tersebut membuatkan pengikut diinstagramnya mengatakan Chef Wan adalah seorang anak yg baik selain patut menjadi contoh kepada orang muda lain.
aini_sand Slm Dato.. i just started following u. I love reading Dato’s life stories, daily life.. very inspiring and lots of good advices that are very useful and can motivate me! Tq Dato
kopinglagi anak yg baik. Alhamdulilah buat contoh kpd orang muda.
sallybasri The most inspiring caption I’ve read today..it’s so true dato..I’ve been following you for almost a year and never once your caption did not inspire me..may Allah bless you,makcik ani and the whole family..please keep inspiring us.
zauriahmohdali Thanx you for constantly remind us….. Very true CW….menggembirakan hati kedua org tua adalah kepuasan yg x terhingga. Pangkat setinggi mana pun, kekayaan yg melaut pun, klu x ingt pd kedua2 pintu syurga yg Allah bg tu, we are nothing…apa yg ada pd anak2, bermula dr kedua2 org tua kita…
kayroul79 I always believe, the more you spend your money for your parent, the more rezeki you will get from Allah. Good job Dato.. Im pretty sure all the parents out there tak nak our money, but instead they want our love for them..as many love as we can give, that will make them happy.
neesaamini Inspiring story
zaracarlisle u are a good son to ur mother n a good x husband to ur x wife saluteeeee
mylittleceo Setuju sangat @_chefwan58 macam Rasulullah pernah bersabda: sedekah yang paling baik adalah sedekah pada orang terdekat kita, ibu bapa, adik beradik, saudara mara.
Sumber: IG _chefwan58
Guna Garam Epsom, Bunga Besar-besar, Daun Tak Keriting, Tanaman Subur
Bagi anda yang rajin bercucuk tanam, garam epsom antara bahan yang wajib ada selain baja. Banyak masalah berkaitan dengan tanam-tanaman boleh di atasi dengan menggunakan garam epsom.
Garam epsom membantu menjadikan tanaman lebih subur. Magnesium yang terkandung dalam garam epsom membolehkan tumbuhan menyerap nutrien penting dengan lebih baik, seperti nitrogen dan fosforus. Selain itu, magnesium juga sangat membantu dalam keupayaan tumbuhan menghasilkan bunga dan buah.
Guna Garam Epsom
Melalui perkongsian Liyana Mohd Poad wanita ini memberikan tip kegunaan garam epsom (epsom salt) untuk kesuburan pokok dan cara-cara menggunakannya.
Bunga Besar-besar, Daun Tak Keriting, Tanaman Subur
1.Meningkatkan percambahan benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih:
Cara penggunaan:
1 cawan garam epsom untuk 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 hingga 2 sudu gaul dengan tanah semaian.
2. Meningkatkan penyerapan nutrien (akar pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk menyuburkan pokok, menambah garam epsom pada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
Cara penggunaan:
1 sudu untuk satu pokok. Tabur pada tanah di sekeliling pokok.
3. Mengelakkan pokok terkejut selepas mengalih pasu atau ke tanah (transplant shock)
Kadang-kadang selepas mengalih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut). Keadaan ini berlaku kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku boleh guna garam epsom.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di sekeliling pokok selepas proses mengalih pokok. Tutup semula dengan lapisan tanah.
4. Daun kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti apabila daun-daun mula menjadi kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba taburkan garam di sekitar tanaman anda agar daun-daun tanaman menjadi sihat dan segar.
Cara penggunaan:
Tabur/siram lebih kurang 1 sudu besar garam epsom pada setiap pokok sebulan sekali. Amalan ini akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda. Hasilnya pokok-pokok tidak kiralah apa juga jenis pokok termasuklah pokok renek, bunga dan rumput akan hijau semula.
Kadar: 1 sudu + 4 liter air
Disiram dua minggu sekali
5. Elak daun menjadi keriting (pokok cili)
Mencegah daun daripada menjadi keriting (leaf curling) dengan garam epsom. Daun yang menjadi keriting disebabkan oleh kekurangan magnesium dalam tumbuh-tumbuhan. Tambah garam epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Sebagai alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar garam epsom ke dalam satu gelen air dan siram terus pada daun.
Cara penggunaan:
2 sudu + 4 liter air
Siram pada daun sebulan sekali
6. Mengelakkan daripada perosak tanaman
Garam Epsom juga berfungsi mengelakkan tumbuhan diserang siput, ulat bulu dan jentik-jentik. Perlu diingat bahawa garam epsom larut dengan mudah larut dalam air termasuk air hujan.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di tempat yang bermasalah.
7. Buah-buahan menjadi lebih manis
Tabur garam pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur. Garan epsom membantu meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan, membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
Cara penggunaan:
Kadar: 1 sudu + 4 liter air
Siram 2 minggu sekali
Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali
8. Baik untuk pokok tomato
Menjadikan buah lebih manis.
Cara penggunaan:
2 sudu untuk setiap 4 liter air
Siram setiap 2 minggu
9. Untuk melebatkan buah (cili) buah lebih besar dan pedas
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi. Buah cili juga jadi lebih besar saiznya.
Cara penggunaan:
Taburkan 1 sudu garam epsom untuk setiap kaki persegi setiap dua minggu sekali.
10. Pokok bunga ros lebih cantik dan bunga lebih besar
Guna garam epsom agar pokok bunga ros lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun jadi lebih gelap warnanya. Pastikan garam epsom digunakan ketika diawal-awal penanaman, ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Sumber: Liyana Mohd Poad via Berkebun Untuk Beginner
Suka ‘Push’ Anak, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Anggap Parenting Satu Eksperimen
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018