“Alhamdulillah..menjadi jugak biskut viral ni..tapi bukan yang 2 bahan, derhaka sikit..sy buat yg 4 bahan..Guna pan n tudung periuk je..takde oven..nak makan sangat kan..try n error jela..”-Nor Amirah

Kreatif betul Puan Nor Amirah ini ye, hasratnya untuk merasa keenakan biskut viral menyebabkan walaupun tiada oven tapi dia menggunakan periuk dan tudung periuk untuk membakar biskut. Janji jadi.

Untuk anda yang selama ini juga teringin membakar biskus tadi tiada oven di rumah, ada baiknya cuba teknik ini. Bahkan di sini turut dikongsikan resipi untuk menyediakan biskut tersebut. Selamat mencuba!

Tiada Oven Tapi Teringin Nak Baking, Guna Je Periuk. Hasilnya Pun Sama!

Dapat la dalam 60 biji lebih tadi..”- Nor Amirah

RESEPI
====
1/2 CWN MARJERIN (cairkan)
1/2 CWN SUSU PEKAT
1SK ESEN VANILA
TEPUNG JAGUNG (agak2 sampai jd doh)

IKLAN

Cara Buat :

  1. Marjerin tu cairkan dulu ,lepas tu biarkan sejuk.

2. Lepastu masukkan esen vanila dalam marjerin tadi.

3. Masukkan susu pekat, kacau sampai sebati semua tu. Kalau korang nak biskut ada warna..letak la pewarna time ni..sikit je..beberapa titik je..

4. Last sekali masukkan tepung jagung sikit demi sikit..kacau..tak payah sukat banyak mana, kalau dah jadi doh, tak melekat kat tangan tu, kira dah cukup la tu..kalau rasa keras sangat doh tu, masukkan susu sikit lagi.

IKLAN

5. Dah siap jadi doh,  buatkan bentuk apa..nak hias letak apa pun  tak kesah.

6. Saya letak coklat chip..lepastu saje gatal tangan nak melukis..bakat terendam lama dah.
Abaikan laaa..

7. Lepas tu bakar lah dalam 20 minit.

“Saya guna pan dan  tudung periuk je. Sebelum masukkan biskut tu, panaskan dulu pan, dan tutup dengan tudung periuk dalam 5 minit. Kemudian baru masukkan biskut, bakar dengan api slow je.”

IKLAN

 

Alat-alat yang diperlukan.

Tiada Oven Tapi Teringin Nak Baking, Guna Je Periuk. Hasilnya Pun Sama!
-Pan
-Alas periuk (untuk alas biskut tu) sayay guna yang lubang-lubang sebab ada yang tu je.
-Tudung periuk besar.

 

TIPS

  • Jangan lupa tudung periuk, jangan bakar tak tutup pulak, tak masak nanti.
  • sebelum letak biskut tu, panaskan dulu pan dengan menggunakan api slow je. Letak sekali dengan tudung periuk. Pandai-pandailah lah intai tengok masak atau belum.

Sumber : Nor Amirah Saidi Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI