Kata orang pokok pangkalnya diri kira sendiri dalam menentukan untuk membuat tabungan masa depan. Hatta bukan perlu tunggu kaya atau banyak lebihan duit baru boleh menyimpan, bahkan walau duit sedikit jumlahnya namun konsistem juga boleh menjadikan jumlahnya bertambah dari hari ke hari.
Berkongsi halnya berkenaan menyimpan wang, Nabilah Zulkipli berkongsi pandangannya berkenaan mengapa ramai orang buat bisnes pun boleh gagal menyimpan. Semoga ianya dapat memberi kebaikkan bersama.
RAMAI ORANG BISNES GAGAL BAB SAVING
Orang bisnes kecil sangka SAVING (menyimpan) itu hanya untuk orang bisnes besar. Mereka kata “kita ni kais pagi makan pagi kais petang makan petang, nak menyimpan pun tak sempat..”
Orang bisnes besar sangka SAVING hanya untuk orang bisnes kecil. “Aku dah kaya, takpayahlah menyimpan..”
Ok. Itu kesalahan pertama. MINDSET.
Mindset yang mengatakan menyimpan itu tidak perlu/tidak penting/tidak mampu.
Hakikatnya diri yang tiada displin. Lepastu bila waktu kecemasan, tapi tiada simpanan tersorok, mulalah menyesal. Kenapa orang lain berniaga boleh ada duit dalam bank, aku meniaga takde duit? Time terdesak terpaksa cari orang untuk berhutang.
Jangan tidak menyimpan langsung. Ajar diri tarik duit dari untung bisnes walaupun seringgit sehari. Masukkan dalam tabung khas. Sikit sikit lama lama jadi bukit.
Kalau tak biasakan diri sekarang, bila lagi? Semua demi masa depan yang tidak kita ketahui.
Mulakan sekarang.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Ads
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kecur air liur rasanya bila sebut laksa di bulan puasa. Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian di hari raya nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan SedapUntuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Percaya atau tidak, ramai wanita akan melalui detik ini dari semasa ke semasa. Selagi kita tidak memperbetulkan mentaliti dan perspektif, peranan isteri seringkali tidak dihargai sehingga menimbulkan stres.
Jika dipendamkan perasaan ini , ia juga boleh menimbulkan pergaduhan suami isteri dan anak-beranak. Lebih teruk lagi, ada yang berasa tertekan hingga mengalami hypertension atau kemurungan yang serius.
Hakikatnya, amat sukar untuk kita mengubah persepsi orang lain walaupun mereka adalah ahli keluarga sendiri. Tetapi, kita boleh mengubah diri sendiri.
Apabila kita memahami peranan isteri dan situasi ini dengan jelas, mungkin kita akan dapat membuat perubahan yang positif dalam keluarga.
Kerja rumah memang tak akan pernah habis. Walaupun isteri anda rasa dia BOLEH buat, tak semestinya dia PERLU buat semua kerja tersebut.
Solusinya, anda perlu bersabar dan tidak meletakkan ‘expectation’ yang terlalu tinggi kepada isi rumah tersebut.
Biasalah kalau rumah bersepah, ada baju-baju yang bertimbun dan permainan yang di sana sini. Tapi, anda perlu ingat bahawa anak kecil seawal 3 tahun pun dah boleh diminta untuk melakukan tugas mudah seperti memasukkan baju ke dalam bakul dan membuang sampah. Mereka cuma perlu dilatih dan dipantau dengan teknik yang betul.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Suami memainkan peranan yang amat penting dalam menjadi contoh kepada anak-anak. Anda juga perlu melakukan sedikit kerja rumah juga walaupun isteri anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
Mengapa? Suami akan menjadi contoh paling dekat dengan anak-anak. Bagaimana kita mahu mengarah anak-anak untuk melakukan kerja rumah sekiranya mereka boleh menjawab – “Alah, Papa tu relaks saja. Bukannya buat apa-apa. Aiman pun nak rehat macam Papa lah.”
Anak-anak adalah sang peniru yang hebat. Kalau tidak dapat menolong banyak benda pun tak mengapa, tapi setidak-tidaknya suami perlu tahu menguruskan diri sendiri – bukankah ini tanggungjawab individu?
Seorang ibu bukan saja rasa seperti orang gaji apabila terpaksa menggalas kerja rumah seorang diri, tetapi juga apabila dilayan dengan buruk oleh anak-anak atau sesiapa saja di dalam rumah tersebut.
Tugas mendidik anak bukanlah mudah dan ia tak sewajarnya digalas oleh isteri seorang. Cakap saja tentang gejala sosial zaman moden ini, macam-macam yang terbayang di kepala. Sesibuk manapun, mereka amat memerlukan masa berkualiti bersama anda.
Melayan bayi menyusu badan seharian pun boleh memenatkan dan mengambil banyak masa isteri. Apatah lagi apabila anak sudah mula pandai berjalan, ke taska, dan sekolah. Mereka perlu dididik untuk berkomunikasi dengan baik, solat, mengaji, dan banyak lagi. Tugas ini amat berat, jadi janganlah melepaskan semua bahagiannya kepada isteri atau guru semata-mata.
Memang ‘sakit mata’ apabila tengok barang-barang bersepah dan berterabur. Tapi, anda perlu mencari punca mengapa barangan tersebut tidak teratur. Adakah kerana sikap individu ataupun ruang dalam rumah yang tidak dirancang dengan baik?
Salah satu cara praktikal adalah dengan mewujudkan ‘pride of place’ di mana mereka mempunyai ruang mereka sendiri. Ia tidak semestinya sebuah bilik sendiri, tetapi mungkin tempat tidur, ruang belajar, dan almari yang mudah dicapai atau dikendalikan. Dengan cara ini, mereka akan rasa lebih bertanggungjawab apabila diarahkan untuk mengemasnya.
Sedari kecil, andalah yang merancang semua perkara untuk mereka dan menyediakan segala keperluan mereka. Perlahan-lahan, mereka perlu juga diajar untuk berdikari dan menguruskan tugas yang mudah. Kita patut ambil iktibar daripada kisah ‘Anakku Sazali’ lakonan Allahyarham lagenda P.Ramlee.
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah memanjakan anak mereka. Permainan bersepah, tak pandai urus diri, dan berat tulang pula apabila diminta untuk menolong kerja rumah.
Dalam jangka masa panjang, ia akan memberi manfaat besar bukan saja kepada anda tetapi juga kepada anak tersebut.
Keluarga anda perlu melihat anda berada di meja makan. Tabiat membawa makanan masuk ke bilik, melayan ‘handphone’ sambil makan, mengeluh melihat makanan, dan menjadi ‘picky eater’ mungkin saja bermula apabila anda mengabaikan masa makan yang berkualiti bersama keluarga.
Perasan tak, mungkin anda memberi persepsi yang ‘negatif’ terhadap masa makan. Anda selalu makan sisa makanan yang dah sejuk, makan sambil berdiri di dapur, dan kadang-kadang langsung tidak makan bersama mereka kerana terlalu sibuk melakukan kerja lain?
Bukanlah peranan isteri 100% memastikan semua orang dalam rumah gembira dan mendapat layanan ‘first class’. Sebaliknya, tugas ini turut dikongsi dengan suami yang bertindak sebagai pemimpin rumah tangga.
Yang penting, anda berdua perlu berfungsi sebagai satu unit yang saling menjaga maruah dan integriti masing-masing. Dengan jalinan kasih sayang dan persefahaman, anda akan rasa bahagia walaupun penat.
Kuncinya, seorang isteri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu jika anda mahu orang lain menghargai anda. Dari situ, akan lahirlah kepuasan daripada melakukan semua tugas dan peranan isteri dan juga ibu.
Si suami pula perlu menjadi ketua dan bersedia untuk berkongsi tugasan agar rumah tangga menjadi lebih efisyen. Semoga dengan memperbetulkan mentaliti ini, anda akan dapat merasakan perubahan yang lebih positif dan berasa kurang terbeban dengan semua kerja rumah.
Mencuci pakaian dengan adanya mesin basuh diakui memang cukup mudah, hanya dengan satu sentuhan pakaian kotor siap dicuci.
Namun langkah seterusnya perlu pula disidai dan biasanya mengambil masa. Apatah lagi jika bertimbun dan berbakul-bakul pakaian yang perlu disidai.
Tidak mahu terlalu lama menghabiskan masa menyidai pakaian tersebut, jom ketahui teknik yang dikongsikan oleh seorang ibu ini. Katanya tak sampai 15 minit siap semuanya.
Tips siap sidai kain dalam 15 minit.
Ok,mesin basuh ili 7kg je. Kalau korang punya lebih banyak, sila gandakan ikut nisbah la
Simple je, syaratnya
#stratergi
Serang pakaian kecik² dulu, macam cik sotong, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Cara ili, sangkut di tangan. Rujuk gambar. Tu semua suar kecik dak sarah, stok 3 hari je tu. Sampai kat ampai, yang ni ili settle sepit dulu
#set_masa
ili selalu gunakan cerita kat tv yang best, masa iklan berdesup ili siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, pastu sarah akan tolong jerit : ibu, cerita dah start!! Jadi ili pun cam exercise gak la kan sebab pegi balik 2 kali
#guna_hanger
Bab ni ili paling suka sebab dari hanger di ampaian, baju dah kering dan sejuk terus je masuk almari, so tak payah melipat dan kurang keje menggosok.
Haaa.. cubalah nanti tau.
Buat lelaju ni best, kira macam buat Tabata, intense in short periods.
P/s : nak nyedapkan hati sendiri yang tak nyempat nak exercise betul-betul ni