Wanita selepas habis berpantang pasti tidak terlepas daripada mengalami masalah sakit belakang. Bukan sekejap, tetapi proses ini mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Begitu juga dengan wanita berkerjaya. Ada yang terlalu lama duduk di atas kerusi sewaktu bekerja atau menghadap komputer. Malah ada juga wanita yang bekerja menggunakan tenaga dengan mengangkat barangan yang agak berat dan terpaksa membongkok.

Tersalah cara duduk dan juga salah posisi mengangkat barang inilah yang menjadi penyebab utama masalah sakit belakang.

Semua ini menjadi penyebab kepada risiko mendapat sakit pada bahagian belakang badan. Kesakitan yang anda alami ini juga boleh mengakibatkan ketegangan dan gangguan kepada kerja dan minda tanpa anda sedari.

Walaupun penyakit serius seperti kanser dan jangkitan kuman tulang belakang jarang berlaku di kalangan wanita terutamanya wanita muda, namun risiko penyakit lain juga boleh menyebabkan sakit belakang seperti batu karang dan sebagainya.

Sebagai wanita, menjaga postur tubuh supaya berada pada kedudukan tepat adalah sangat disyorkan. Ini penting bagi memastikan kondisi tubuh berada pada keadaan yang sihat.

Cuba tip yang diberikan ini dan nikmati akan hasilnya.

1. Lunjurkan kaki di atas lantai dengan kedudukan mendatar. Biarkan kaki di luruskan tegak dan relakskan diri.

2. Letakkan di bahagian belakang kerusi dengan sebiji bantal untuk menyokong bahagian belakang.

3. Memilih penyandar belakang juga amat disyorkan.

 

4. Samakan kedudukan skrin komputer selaras dengan mata anda untuk mengelakkan mata daripada sentiasa terdongak.

5. Pastikan posisi dan kedudukan badan anda tegak ketika menggunakan komputer.

6. Ketika menyusukan anak misalnya, pastikan badan tidak terlalu membongkok. Tegakkan tubuh atau menyusu secara baring adalah pilihan yang tepat dan lebih selesa.

7. Gunakan langkah tiga posisi ketika mengambil barang yang jatuh. Caranya adalah dengan menurunkan tubuh terlebih dahulu, ambil barang dan kemudian barulah bangun seperti biasa. Elakkan sama sekali terus membongkok untuk mengambil barang yang jatuh.

8. Lakukan langkah yang sama ketika mengangkat barang. Jika barang berat, dapat sokongan alat bantuan supaya tidak memberi tekanan kepada tubuh.

9. Ketika belajar atau melakukan sesuatu di meja, elakkan menyandarkan badan ke arah meja. Ini akan membuatkan posisi tubuh anda membongkok dan lebih memburukkan keadaan.

10. Ketika memandikan anak misalnya, jangan membongkok sebaliknya duduklah bersama-sama selaras dengan anak ketika memandikannya. Inilah posisi yang lebih tepat.

 

Tinggalkan Komen