Kesihatan rakyat Malaysia semakin membimbangkan dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, dan masalah jantung. Gaya hidup moden yang kurang aktif, ditambah dengan pemakanan tinggi garam dan lemak, menjadi punca utama masalah ini.
Dalam perkongsian Dr Sakinah Sulong, beliau menekankan bahawa 1 dalam 3 rakyat Malaysia mengalami tekanan darah tinggi, yang jika tidak dikawal, boleh membawa kepada komplikasi serius seperti strok dan kegagalan jantung. Oleh itu, pemantauan tekanan darah secara berkala serta mengamalkan gaya hidup sihat amat penting untuk memastikan kesihatan yang lebih baik.
Ads
Ads
Ads
Bagaimana tekanan darah anda hari ini?
Lebih kurang 30% rakyat Malaysia mempunyai masalah darah tinggi. 1 dalam 3 orang.
Tekanan darah kita dipengaruhi banyak perkara. Secara fisiologi, tekanan darah di waktu pagi lebih tinggi berbanding waktu petang dan malam. Beberapa jam sebelum bangun tidur, tekanan darah dah mula naik dan di waktu malam tekanan darah akan turun. Ia dipanggil nocturnal dipping.
Tengok gambar pertama, itu bacaan tekanan darah saya di waktu pagi.
Gambar kedua ialah bacaan tekanan darah say waktu petang. Dua-dua adalah normal.
Bacaan dalam gambar pertama 105/65mmHg.
105 adalah bacaan sistolik iaitu tekanan dalam saluran darah apabila jantung kontraksi untuk mengepam darah masuk. Bacaan normal ialah 90-120mmHg manakala 130-140mmHg dianggap sebagai pre-hypertension.
65 pula adalah bacaan diastolik apabila darah masuk ke dalam jantung. Bacaan normal ialah 60-80mmHg manakala 90-100mmHg dianggap pre-hypertension.
Dalam kebanyakan masa, sistolik amat mudah berubah, sebab itu untuk diagnosa seseorang mempunyai masalah darah tinggi, bacaan perlu diambil sekurang-kurangnya 2 kali pada keadaan berbeza, sekurang-kurangnya dalam masa 30 minit.
Perkara-perkara yang boleh meningkatkan tekanan darah secara sementara ialah,
1. Merokok
2. Pengambilan caffeine
3. Pengambilan makanan tinggi garam
4. Perubahan emosi – marah, resah
5. Perubahan posisi seperti bangun daripada duduk.
Sebab itu, pesakit disarankan untuk bertenang dan duduk untuk mengambil tekanan darah mereka. Bagi mereka yang ada white coat hypertension, mereka disarankan untuk mengambil bacaan tekanan darah mereka di rumah, di waktu pagi dan malam untuk ditunjukkan kepada doktor semasa temujanji.
Jangan pandang rendah kepada kesan darah tinggi tak terkawal dalam jangka masa panjang. Ia boleh merosakkan buah pinggang, jantung dan paling serius boleh menyebabkan stroke.
Jagalah tekanan darah anda.
Dan kalau dah ada masalah darah tinggi, janganlah culas makan ubat.
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Siapa tak teruja untuk menyambut Aidilfitri dengan insan tersayang? Lebih-lebih lagi jika keluarga dihuni oleh anak-anak kecil yang sentiasa meriuhkan suasana dengan kemanjaan mereka.
Kerana itulah juga, ramai yang sanggup menghadap kesesakan berjam-jam lamanya untuk memastikan dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta.
Mungkin inilah perasaan yang dirasai oleh sepasang warga emas apabila mereka sanggup berjalan kaki berpuluh kilometer jauhnya hanya untuk berjumpa dengan cucu.
Mereka telah ditemui oleh polis peronda di lebuhraya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu.
Selepas disoal polis, pasangan warga emas itu mengaku hedak ke Rancakalong untuk bertemu dengan anak dan cucu mereka.
Menerusi keterangan video, mereka meluahkan kerinduan terhadap cucu dan sanggup berjalan kaki dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara.
Pasangan itu memilih berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang.
Polis Sumedang mengarahkan kedua-duanya berehat dan kemudian membawa mereka ke hentian pengangkutan awam.
Menurut kenyataan pasangan itu lagi, mereka sebenarnya telah berkumpul sekkeluarga.
“Difahamkan, kedua-dua warga emas itu mengalami hilang ingatan,” tulisnya.
Malah, keluarganya juga telah menziarah pasangan itu pada Hari Raya namun beberapa hari kemudian, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk ke rumah anak dan cucu di Rancakalong.
Siapa tak kenal dengan pelakon Adam Corie. Mungkin masih ada yang tidak tahu, sebelum ini Adam Corie merupakan seorang penari.
dia pernah menjadi guru tari dalam program realiti TV dan sejak itulah namanya dikenali.
Namun baru-baru ini, Adam telah menjelaskan yang dia kini tidak lagi berkhidmat sebagai penari dan juru tari biarpun pendapatan kerjaya itu sangat lumayan.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adam berkongsi kisah dia meninggalkan karier tersebut selepas memilih untuk memeluk Islam.
“Dulu saya dapat satu tawaran untuk buat persembahan dan saya tanya pelanggan persembahan apa dan dia kata tarian tiang serta minta saya sediakan penari perempuan sahaja.
“Tawarannya sangat lumayan, ketika itu saya dah masuk Islam dan saya rasa was-was dan rujuk ustaz dan ustaz kata kalau boleh elakkan sebab tak berkat.
“Jadi saya hubungi semula pelanggan saya dan beritahu saya tolak persembahan itu dan sudah tidak lagi buat persembahan selamanya. Saya pun dah tak mengajar orang menari lagi ketika itu,” kongsi Adam.
Tambah pelakon filem KL Gangster itu, dia kini mencari keberkatan dalam mencari rezeki selepas membuat keputusan tersebut.
“Alhamdulillah, ustaz dah bagi keterangan. Saya berhenti untuk mengajar.
“Sampai sekarang dan sejak daripada itu saya buat keputusan untuk berhenti buat persembahan. Saya teruskan berlakon sampai sekarang. Itulah berkatnya.
“Pendapatan lumayan tapi keberkatan yang saya cari selepas kembali kepada fitrah (memeluk agama Islam),” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Adam menjadi penari ketika persembahan Ziana Zain di Anugerah Juara Lagu 1992.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.