Terlihat perkongsian saudara Faisal Suhaimi di Group Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka adik beradik mengubah suai rumah orang tuanya cukup mengujakan.
Tempoh ubah suai mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan total kos yang dilakukan adalah di bawah RM 10K.
Mengetahui lanjut kisah keluarga yang hebat ini, ikuti perkongsiannya bersama KELUARGA.
Sebelum & Selepas
SELEPAS
Adik Beradik Berkerjasama
Ads
Berkongsi kisah bagaimana tercetusnya keinginan10 adik beradik ini agar sepakat membuat ubah suai kediaman orang tua mereka daripada biasa menjadi cukup luar biasa, ianya dikongsikan oleh Faishal Suhaimi yang merupakan anak ke lima daripada 10 beradik.
Katanya, “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.
“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”
Ads
Semua Buat Sendiri
Bila diajukan soalan mengenai siapakah yang melakukan kerja-kerja pertukangan, jawapan yang diberikan cukup mengujakan.
“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.
Ads
“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.
“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.
Tersentuh Hati Ibu
“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”
“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”
Bergambar bersama 8 dari 10 adik beradik. (2 orang lagi di Pasir Putih, sorang di Ipoh tak boleh rentas daerah)
“Jadinya bolehlah kami adik beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah.
Menjelmakan bilik tidur yang cantik dan selesa sebenarnya bukan terletak pada pilihan barangan yang mahal semata-mata. Malah jika kena gaya dan bijak pula mencipta konsep dekorasi, ruang bilik yang biasa-biasa juga mampu terlihat indah dan sempurna.
Malah menurut Hani Mynis lagi tentang apa yang penting tentang dekor ruang bilik ini adalah kemas!
Nak tahu apa yang dilakukan oleh Hani untuk pastikan biliknya kemas dan dalam masa yang sama terlihat cantik, jom semak perkongsian bermanfaat daripadanya ini.
Idea dekor dan penstoran bilik tidur
Hani kongsikan idea dekor dan penstoran di bilik tidur utama rumah Hani yang tidak seberapa ni hehe. Sebenarnya dah lama Hani berhutang idea dekor dan penstoran bilik tidur Hani kan hehe Sampai dia keluar surat khabar dulu baru keluar kat Facebook and IG Hani haha. Bilik tidur Hani ni dah banyak kali berubah-ubah style mengikut situasi haha, situasi sebelum Aqil lahir, situasi masa Aqil baby (pagar keliling katil tu haha) dan sekarang kembali ke pada konsep bilik tidur ku, hotel tak payah check-out kononnya haha
Ni hani kongsi beberapa tips untuk bilik tidur yang kemas (cantik tak penting, yang penting kemas )
KATIL/TILAM
Pertama, semasa membeli katil, selain dari cantik, untuk orang yang jenis banyak barang, pilih katil yang boleh beri kita ruang penstoran tambahan tersorok. Hani beli katil ni masa baru kahwin, benda pertama hani cari ialah ruang penstoran yang tersorok.
Katil hani ada ruang penstoran di kepala katil, untuk hani simpan extra cushion dan selimut. Di bawah katil hani simpan baby cot Aqil masa dia baby dan beberapa bingkai gambar yang hani dah tak guna. Tapi tak Nampak kan? Haha. Hidden storage is the key.
Sebab kita tak nak bilik tidur terasa seperti stor apatah lagi bilik tidur utama. Kedua, if possible, susun kedudukan katil secara klasik ala-ala di hotel bukan dirapatkan di dinding untuk memudahkan kita menukar cadar saban minggu.
p/s: cadar seeloknya ditukar seminggu sekali (minimum)
MEJA SISI
Semasa membeli meja sisi (side table), pilih meja sisi yang ada ruang penstoran seperti laci. Banyak kegunaannya ruang penstoran di sebelah katil di bilik tidur. Side table bahagian Hani, Hani tempatkan item untuk rutin malam Hani dan beberapa item kecemasan Hani dan Aqil.
Bila dah baring tahulah macam mana lecehnya nak bangun ambil barang di ruang tamu atau pantri kan. Bonus sediakan dua meja sisi untuk “his side” dan “her side”. Meja sisi hani ni Hani dari Lennart Drawer sahaja, hani spray kan gold dan pasang tombol di laci pertama.
side table bahagian Hani wajib ada
1. lampu tidur
2. dessert diffuser kesayangan
3. tray kecil utk hani letak cincin dan getah rambut
4. belakang pasu bunga ada botol air, bukan untuk minum haha tapa ni air untuk letak dalam diffuser haha rajin sngt kan nak pegi bilik air topup air hahaha
laci-laci hani
laci pertama : untuk barang kegunaan rutin malam hani, so practical hehe
laci kedua : barang kecemasan Aqil
laci ketiga : barang kecemasan bilik dan Hani juga
MEJA SOLEK
Sama macam katil dan meja sisi, pilih meja solek yang ada banyak ruang penstoran. Atau boleh je DIY sendiri meja solek kalau meja solek di pasaran tak beri penstoran yang mencukupi untuk harta karun korang kan.
Memandangkan penstoran untuk meja solek Hani tak tersorok, Hani pastikan barang untuk penstoran itu cantik lah hehe dan kebanyakannya Hani beli di Eco sahaja.
Hani Diy ruang meja solek dari dua rak Lerberg Ikea dan satu laci (yang asalnya ada di dalam almari pakaian tapi tidak praktikal untuk ia berada di dalam almari (Hani tak guna untuk simpan barang), so Hani sangkutkan di dinding jadikan meja solek. Untuk bilik anak-anak yang bersekolah boleh gantikan dengan meja belajar.
RUANG SOLAT
Pastikan ada ruang lantai mencukupi untuk dibentangkan sejadah. Dan diletakkan rak/penyangkut kelengkapan solat. Hani guna kan tangga hiasan beli di Shopee sahaja untuk sangkut sejadah dan telekung.
ALMARI PAKAIAN
Almari pakaian (optional) – semasa membeli almari pakaian, beli almari yang tinggi dan mempunyai ekstra penstoran di atas almari. Untuk master bedroom, jika ada almari pakaian di dalamnya, Hani tak galakkan untuk meletakkan barang di atas almari. Biarkan kosong sedap mata memandang.
Jika terpaksa letakkan barang, pastikan kotak penstoran itu sendiri cantik dan tak nampak seperti kotak penstoran tapi nampak seperti part of dekor. Untuk yang nak buat build in kabinet almari, pastikan buat sampai ke siling untuk maksimumkan penggunaan ruang menegak. Hani tak simpan pakaian di master bedroom.
BARANG PERHIASAN
Minimumkan barang dekor di bilik, biar tak banyak tapi cantik. Ambil contoh dekor di bilik tidur hotel, satu bingkai seni gambar atau sekumpulan seni di atas kepala katil, sepasang lampu tidur, optional bunga hiasan dan beberapa statement piece di meja sisi.
WARNA BILIK
Warna bilik – warna putih paling selamat untuk bilik yang kecil nampak lebih besar. Pilihan lain pilih warna yang asasnya biru. Seperti biru laut, navy blue, dan turquoise
Itu sahaja lah idea dekor hani yang tak seberapa haha
Mudah & tak banyak bahan, itu antara pilihan ibu-ibu tatkala memilih resipi biskut mahupun kek untuk dibuat sempena raya nanti. Dengan situasi PKP sekarang, pasti dua kriteria ini di ambil kira kan, lebih-lebih lagi semua nak berjimat.
Menyediakan stok cili yang dikisar mestilah tujuannya untuk memudahkan kita memasak dan kalau boleh sekali buat biarlah tahan berminggu-minggu boleh digunakan.
Pun begitu, tidak dinafikan kalau silap gaya menyimpan stok cili kisar ini pasti akan ada seakan kulat putih di bahagian atas.
Bila jadi begitu, mesti ragu-ragu juga untuk digunakan. Masih boleh digunakan ke? Atau perlu dibuang sahaja?
Tidak mahu dibelenggu dengan perasaan dan masalah tersebut, apa kata anda cuba teknik yang dikongsikan oleh Huda Zainal. Menurutnya telah setahun mempraktikkan kaedah tersebut dan terbukti berkesan.
Ini perkongsiannya.
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.
Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas.
Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.
Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun lansung tak naik kulat.
Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.
Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni.
Bila terbalik, udara akan berada diatas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili tu.
Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu. Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap.
Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?
Ni saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu.
Dah lebih setahun saya buat teknik ni. Maaf sangat sebab baru share. Nak bagi betul-betul yakin teknik ni memang berkesan. Baru boleh kongsi dengan orang lain.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...