Menyediakan hidangan untuk keluarga tentunya memerlukan masa yang agak lama untuk kita berada di dapur. Apatah lagi jika menyediakan menu yang istimewa.  Macam-macam ramuan perlu disediakan, semua itu cukup melecehkan.

Pun begitu, sebenarnya ada sahaja resipi mudah dan ringkas boleh dijadikan pilihan untuk dihidang kepada keluarga.

Salah satunya seperti menu yang dikongsikan oleh Saudari Nur Diyana ini, dikatakan menu ini begitu mudah disediakan dan masa memasak juga tidak memerlukan  masa yang lama.

Jom cuba resipi ini.


Ibu mertua saya berbangsa Cina dan tinggal di Selangor, jarang kami ada kesempatan untuk pulang ke rumah mertua.

IKLAN

Sekali sekala saya akan cari pelbagai resepi ala ala “chinese style” dan masakkan untuk suami walaupun saya pasti takkan sama dengan air tangan mak mertua saya.

Harini saya masak Ayam Halia Blackpepper dengan minyak bijan, ini antara favourite kami.

10 Minit Je Masa Nak Masak Ayam Halia Blackpepper Ni. Mudah Sangat!

IKLAN

Rasanya sangat sedap dan tempoh memasak cuma sekitar 10 minit.

Saya kongsikan cara-caranya :

IKLAN

-Cuci bersih bahagian dada ayam. Ketepikan
-Panaskan minyak, tumiskan hirisan selabu bawang holand, tiga ke empat ulas bawang putih, halia dan cili kering yang dikoyakkan
-Bila dah naik wangi , masukkan ayam
-Bila ayam dah separuh masak, masukkan secawan dua air, didihkan
-Perasakan dengan serbuk lada hitam kasar, serbuk pati ayam (sy tak bubuh garam dah), gula sikit dan kicap pekat untuk warna (optional).
-Bila semua rasa dah balance, titiskan minyak bijan ikut rasa yang digemari
-Masukkan hirisan sayur yang bersesuaian, saya gunakan lada benggala dan tomato
-Pekatkan kuah dengan sesudu tepung jagung yang telah dibancuh, taburkan hirisan daun bawang (saya tak ada jadi guna daun sup sahaja).

Siap ! Boleh dimakan dengan nasi panas

PS : Untuk pilihan masakan yang lebih sihat, resepi ini boleh dimasak menggunakan kaedah kukus/steam. Rasanya sama walaupun tidak menggunakan minyak untuk menumis.

sumber : Nur Diyana

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI