Suri rumah pastinya paling terasa sekali apabila berlaku kenaikan harga barang. Pasti akan ada ‘lompong’ sana sini dek kerana harga barang sudah meningkat. Tahun 2018 bakal menjengah beberapa hari lagi, namun ekonomi yang tidak menentu dengan naik turun minyak pasti akan memberi kesan pada kenaikan harga barang lagi.
Justeru, bajet dapur terpaksa dirombak semula mengikut kesesuaian keperluan dan kehendak. Bermula dari dapur, suri rumah mahupun suri berkerjaya boleh saja merancang belanjawan mereka dengan praktikal dan berhemah.
Ikuti panduan 10 tip mudah praktis ini. Yang pastinya, akan membuatkan anda lebih menghargai apa yang ada di dapur anda.
TIP A ‘ATUR BELANJA DAPUR’
Buatkan jadual belanjawan dalam tempoh sebulan. Beli apa yang perlu dan rancang makanan yang mahu dimasak dalam bulan itu. Sebaiknya, senaraikan barangan dengan harganya sekali. Cara ini membolehkan anda melihat pergerakan wang anda pada bulan-bulan seterusnya.
TIP B ‘BIJAK KALA MEMBELI’
Maksudnya di sini, sebelum berbelanja, anda telah menyenaraikan keperluan. Jika tidak begitu mendesak, letakkan ia di senarai paling akhir. Ada duit lebih, barulah boleh dimasukkan dalam troli barangan.
TIP C ‘CERMAT KUASAI DAPUR’
Ads
Suri yang hebat adalah suri yang cermat menggunakan bahan mentah atau peralatan di dapur. Memasak ikut keperluan keluarga, bukannya ikut suka sehingga akhirnya tidak dimakan oleh anak-anak mahupun suami. Belajar dari orang tua ataupun banyakkan belajar agar mahir memasak sekaligus tidak menggunakan bahan mentah yang tidak diperlukan.
TIP D ‘DAHULUKAN APA YANG PERLU’
Jangan sesekali membeli keperluan yang tidak diperlukan oleh keluarga mahupun anak-anak. Katakan anda begitu teringin memiliki kuali berjenama yang memudahkan kerja-kerja memasak. Apa kata anda simpan sedikit wang dari belanja dapur itu. Setelah cukup barulah membelinya. Tahan keinginan dan elakkan berhutang.
TIP E ‘ENERGI DARI DAPUR’
Mencipta makanan yang enak tidak memerlukan anda membeli bahan mentah yang mahal. Jika pandai mengubah resipi mengikut citarasa anda dan keluarga itu sudah membolehkan suami dan anak-anak jatuh kasih dengan air tangan anda. Lihat apa yang ada di dalam peti ais dan ubah suai mengikut keperluan.
Ads
TIP F ‘FUNGSI SEPENUHNYA’
Gunakan sepenuhnya alatan yang ada di dapur anda selagi ia masih berfungsi dengan baik. Tidak perlu memasak berkali-kali. Memasaklah sekali sehari tetapi masih boleh dinikmati sehingga ke tengahari atau menjelang malam hari.
TIP G ‘GALAKAN KEMPEN BUAT SENDIRI
Mengapa perlu berbelanja lebih semata-mata mahu menikmati keenakan sesuatu makanan? Cuba belajar di internet dan buat saja sendiri. Sekarang ini banyak panduan dan teknik membuat makanan proses sendiri dengan bantuan carian di ‘google’.
TIP H ‘HALANG DIRI DARI BOROS’
Ads
Pernahkah anda membeli makanan dan akhirnya makanan itu dibuang ke tong sampah? Itu salah satu amalan pembaziran sekaligus menyusutkan nilai wang anda. Nasi yang berlebihan jangan dibuang, tetapi boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau diadun dengan tepung untuk dibuat cekodok.
TIP I ‘INGATAN BUAT KELUARGA
Tulis nota belian dan belanjawan ikut keperluan anak-anak di peti sejuk. Tujuannya mengingatkan anak-anak dan keluarga yang anda sebenarnya sedang menggalakkan kempen penjimatan di dapur.
TIP J ‘JIMAT LAGI MENJIMATKAN’
Rancang jika anak-anak mahu menikmati makanan kegemaran mereka. Beli bahan mentah bukan sekali guna, sebaliknya boleh digunakan untuk keperluan yang lain. Contohnya membeli seekor ayam, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan untuk tempoh seminggu itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat peminat pelakon jelita Rita Rudaini, tentunya apabila menjengah ke akaun Tiktok miliknya boleh kita tersenyum sendiri bila melihat video yang satu ini. Ia dimuatnaik oleh Rita ketika menyemak kerja sekolah anaknya Airit Rayyan Rizqin.
Jangan Tulis Apa Yang Mummy Selalu Sebut
Video berkenaan yang telah di’pinned’, kini mencecah jumlah tontonan sebanyak, 2.1M dan menerima tanda suka hingga melebihi 100 ribu daripada netizen. Apa yang dapat dilihat di dalam video tersebut, didapati Rita sedang menyemak kerja sekolah yang dilakukan oleh anaknya, Rayyan.
Namun, yang menarik perhatian adalah apabila Rita membaca ayat yang ditulis oleh Rayyan itu untuk subjek Bahasa Melayu.
“Ayat Rayyan macam kureng”-ujar Rita
“Seorang perempuan sedang menyisir rambut dengan menggunakan sikat supaya rambutnya tidak berterabur, Rayyan apa itu terabur, cikgu pernah ajar ke ayat berterabur?”-tanya Rita
“Mummy selalu cakap ayat tu”-jawab Rayyan
“Itu Mummy yang cakap, kenapa Rayyan suka ikut apa yang Mummy cakap”-kata Rita
Rata-rata di ruangan komen, netizen terhibur mengenai ayat tersebut. Ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman di mana turut pernah mengalami keadaan begitu kerana anak-anak menulis ayat yang sering digunakan ketika di rumah.
“Ingat masa kecik-kecik dulu, Ummi selalu sebut check gigi, bila buat ayat masa darjah 2 “Doktor sedang mengecheck gigi pesakit”-tulis antara mereka di ruangan komen.
“Dekat rumah saya pun guna bahasa pasar bukan formal, anak jawab exam pun ikut apa mak dia cakap”-kongsi yang lain.
“Dari cakap kat rumah la anak belajar”-ujar mereka
“Sebab tu cikgu risau, budak-budak utara buat karangan”-tulis mereka
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jarang-jarang muncul bersama anak-anaknya, penampilan Alif Satar bersama dua anak perempuannya yang membuat trend Tik Tok menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, kesemuanya kelihatan cukup comel malah dipuji seperti abang dan adik-adik ketika menari di Tik Tok.
Menerusi perkongsian videonya, jelas aksi dua anak Alif iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca cukup lincah.
“Layan anak-anak jap,” tulisnya ringkas.
Aksi bonding Alif bersama anak-anaknya itu sudah semestinya mencuit hati ramai, lebih-lebih lagi bila mana gaya bersahaja Alif yang dilihat turut sama menari ketika lagu Touch My Body, nyanyian Mariah Carey dialunkan.
Rata-rata peminat terhibur dengan gaya lincah dan bersahaja mereka malah turut menyifatkan seperti abang dan adik. Memang cute!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Saat seorang lelaki telah bergelar suami, dibahunya terletak tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga sebaiknya. Suami yang menjadi tonggak utama selaku ketua rumah tangga, bukan sahaja mencari nafkah semata-mata bahkah perlu berusaha meringankan beban isteri di rumah sekali gus membahagiakan isteri.
Inilah yang dinamakan common sense dan realiti hari ini menyaksikan ada suami yang kurang memberi perhatian terhadap perkara berkenaan.
Memberi kesedaran kepada para suami, Dr Amirul Amin ini menulis di akaun facebooknya sekali gus menarik perhatian wargamaya. Ini perkongsiannya.
“Bahagiakanlah isteri. Allah akan lancarkan rezeki bagimu.
Mudahkanlah isteri. Allah akan mudahkan urusanmu.
Didiklah isteri. Allah akan jamin syurga untukmu.”
Berapa ramai orang membebankan isteri.
Berapa ramai menyusahkan isteri. Berapa ramai tidak mendidik isteri.
Maka sukarlah jalan hidupmu sepertimana sukarnya isterimu meniti hidup ini sedang dia sebagai isteri tetap senyum, redha dan kuat. Walhal fitrahnya bukan begitu.
Isteri saham akhirat. Beruntung bagi yang menyedari.
Jaga Isteri ..
Memang Susah .
Memang Penat .
Memang Rasa Rimas .
Suka Membebel .
Suka Marah-Marah .
Suka Merajuk .
Tapi ……
Ketahuilah ..
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu .
Dan…
Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu .
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu .
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu .
Dan…
Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu .
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu .
Tanpa Mengira Bertapa dia terluka dengan cara Layananmu .
Dan Nasihatku ….
Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu
Kerana ,
Kamu Akan Mengerti ..
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu ..
Ketika Kamu Kehilangannya .
Dan Ketahuilah .
Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.
HARGAILAH ISTERI ANDA Mulianya seorang isteri disisi Allah… Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…
Dan..
Jika nama ‘dia’ yang tertulis di Luh Mahfudz untuk kamu, maka Allah akan tanamkan rasa Cinta pada keduanya. Tak perlu takut. Kuatkan Hati dan terus Berdoa…
Puding kastard tiramisu biskut cream crackers, pemanis mulut menggoda selera. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang semakin mendapat tempat di hati ramai penggemar makanan manis.