Membina sesebuah rumah tangga yang harmoni sangat diimpikan oleh semua pasangan lebih-lebih lagi apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus.
Ada antara mereka yang menganggapnya sukar dicapai kerana memasuki alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan penyertian dan pengorbanan yang tinggi dari semua sudut malah faktor kewangan sangat memainkan peranan utama dalam perhubungan.
Namun jika suami isteri istiqomah melaksanakan perintah Allah SWT, insya allah mencurah-curahlah rezeki yang datang.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan mudah dan melimpah ruah, pastikan anda dan pasangan melakukan amalan ini.
1. Niat Berkahwin Kerana Alllah
Berkahwin merupakan salah satu pintu rezeki kerana ia mampu menyatukan hati dua insan dalam satu tujuan iaitu mencapai keredaan Allah SWT. Jika ingin rumah tangga anda terus mengalirkan rezeki yang luas, ikhlaskan niat anda dan pasangan berumah tangga kerana Allah SWT.
2. Sentiasa Menggembirakan Pasangan
Tarikan utama rezeki dalam rumah tangga bergantung kepada suami dan isteri itu sendiri. Sentiasalah bermesra dan menggembirakan pasangan agar hubungan yang terjalin bertambah bahagia serta saling hormat-menghormati lantas mengundang rezeki yang banyak dalam rumah tangga.
3. Banyakkan Bersedekah
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan balasan sememangnya digalakkan dalam Islam kerana amalan terpuji ini mampu menambahkan rezeki. Apabila kita meringankan bebanan orang lain yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan melipatgandakan rezeki dan memberikan kesenangan dalam kehidupan harian kita.
4. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Berbuat baiklah dengan orang tua dan jangan sesekali menderhaka kepadanya selain jangan bersikap kedekut dengan mereka.
Ads
Sabda Rasulullah SAW:
‘Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.’ (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW:
‘Apabila hamba itu meninggalkan doa untuk kedua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.’ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5. Ramaikan cahaya mata.
Kehadiran cahaya mata merupakan nikmat bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Ini kerana anak boleh diibaratkan sebagai tali pengikat yang dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri.
6. Jangan Berkira / Kedekut Belanja Isteri
Ads
Dalam rumah tangga tidak boleh ada sifat kedekut sesama pasangan. Jika mahu menggandakan rezeki, suami janganlah kedekut membelanjakan isteri. Nescaya apa yang dibelanjakan itu akan digantikan Allah dengan rezeki yang berlipat kali ganda.
7. Gunakan Bahasa Lembut Dan Panggilan Manja
Percayalah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan mesra apabila berkomunikasi dengan pasangan mampu membuatkan rezeki terus mengalir. Tentu sahaja pasangan akan rasa lebih tenang dan bahagia jika dipanggil dengan panggilan manja ataupun menggunakan bahasa lembut sekali gus membuatkan ikatan suami isteri bertambah erat.
8. Tenangkan Hati Isteri Ketika Resah
Seorang suami yang baik pasti mampu memahami sisi emosi seorang isteri apabila isteri dilanda masalah. Ini kerana isteri yang jiwanya sentiasa tenang akan memancarkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap suami tanpa berbelah bagi.
9. Cium Dan Peluk Isteri Sebelum Keluar Rumah
Apabila keluar rumah, cium dan peluklah isteri sebagai tanda suami menghargainya sebagai insan teristimewa. Amalan ini akan memberikan aura positif bukan sahaja dalam diri seorang isteri sepanjang hari tetapi juga memberi semangat untuk suami mencari nafkah yang lebih banyak buat keluarganya.
Ads
10. Salam Dan Cium Tangan Suami Sebelum Keluar Rumah
Begitu juga buat isteri, tingkatkan rezeki dalam rumah tangga anda dengan bersalaman dan mencium tangan suami sebelum suami keluar rumah. Amalan ini menunjukkan yang anda reda serta menghargai suami yang bertungkus lumus mencari sumber rezeki untuk anda dan anak-anak.
11. Bergurau Senda Sebelum Tidur
Hubungan suami isteri akan bertambah erat dan penuh warna-warni apabila adanya gurau senda dalam rumah tangga. Sebelum melelapkan mata, curilah masa untuk bergurau senda dengan pasangan, mudah-mudahan rezeki anda berdua akan sentiasa dimurahkan.
Semoga amalan-amalan ini dapat kita lakukan setiap hari dan jadikan sebagai rutin dalam kehidupan. Moga ianya bermanfaat.
Bahagia seorang itu adalah apabila sang suami sentiasa menghargainya. Malah ada yang sanggup menjadikan suaminya bagaikan ‘raja’ demi memastikan dirinya sayangi suami.
Namun hakikatnya isteri lupa bahawa caranya memakan dirinya sendiri. Malah dalam Islam tidak menyuruh para isteri terlalu menghamba dirinya kepada suami sehingga menyeksa diri.
Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.
Gambar hiasan
Entahlah versi #RoadToJannah seorang isteri ini kadang kala menyusahkan diri sendiri. Sedangkan Isteri-isteri Rasulullah S.A.W contoh terbaik dalam mencari redha seorang suami.
Untuk cari redha dari seorang suami tidak perlu untuk l isteri itu sanggup ‘menghambakan’ diri siang malam demi memuaskan hati sang ‘raja’.
Ramai yang salah faham dalam konsep taat. Taat kepada suami bukan bermakna kamu kena basuh kaki suami,mandikan dia,buka stokin untuk dia. Taat disini kamu menunaikan hak hak Allah swt.
Contoh. Isteri mahu keluar rumah jumpa kawan kawan atau mahu bermesej dengan kawan kawan lelaki. lalu suami tidak izinkan. Disini taat perlu ada,jika isteri ingkar ia satu dosa.
BILA RAJAKAN SUAMI, DIRI ISTERI TAK TERURUS.
Secara peribadi,saya tidak mengharapkan layanan seperti tips yang viral itu. Kerana terlalu ingin merajakan suami awak sendiri tidak terurus,tidak ceria,mengadu sakit itu ini dek kerana ingin di lihat dimata suami sebagai awak itu isteri solehah.
Kamu sibuk dengan rumahtangga,sedangkan solat dihujung waktu,aurat tidak terjaga.
Bergaul bebas dengan bukan mahram,tergedik gedik buat live.
Saya dah ramai jumpa dan baca dari inbox dan whatsapp. Siang malam tak kira masa uruskan rumahtangga. Pada awalnya ia seronok,rasa nak disanjung suami,rasa nak jadi yang terbaik buat suami.
AKHIRNYA EMOSI ISTERI ‘PENAT’
Akhirnya sampai satu tahap,awak ‘pancit’,emosi awak penat,jiwa awak memberontak,awak depressed.
Suami langsung tidak memuji awak,tidak hargai awak,bahkan jika terkurang suami pula herdek awak kata lambat!,pemalas!
ISTERI JANGAN PAKSA DIRI. SUAMI ISTERI KENA SALING MELENGKAPI.
Isteri saya minta nasihat. Abang jika sayang ada kekurangan apa apa cakaplah. Bagi tahu lah apa lagi yang perlu sayang buat. Saya kata kepada isteri,jangan buat apa yang awak tidak mampu buat,buatlah apa tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk mencari redha Allah dan Rasul. Jika awak jaga hak Allah dan Rasul,pasti awak akan faham untuk taat kepada suami.
Saya kahwin dengan awak bukan untuk awak siang malam kena puaskan hati saya. Kita kahwin ini nak saling melengkapi,saling mengecapi kebahagiaan. Apa guna saya puas hati sedangkan awak merana diri.
Cukuplah sekadar isteri jaga solat,puasa ramdhan,jaga maruah,taat kepada suami dalam perkara ma’ruf. Inilah #RoadToJannah untuk isteri pilih syurga yang mana mereka kehendaki.
Coretan ini mungkin sesuai untuk saya,mungkin tidak untuk orang lain.
Amalan kunjung berkunjung di hari raya ini memanglah sautu amalan yang baik. Pun begitu, sebagai tetamu kita hendaklah menjaga adab agar tuan rumah selesa menerima kunjungan kita. Terutamanya anak-anak kita yang masih kecil, sebagai ibu bapa kenalah kita ingat-ingatkan selalu agar anak kita tahu menjaga adab.
Untuk itu, jom hadam 11 pesanan daripada Dr.Taufiq Razif ini.
1.
2.
3. Jangan komen kalau kuih atau makanan tidak sedap.
4. Jangan pula membuka sampul duit raya depan tuan rumah.
5. Jangan sentuh barang tuan rumah sembarangan
6. Jangan mintak duit raya tunggu sampai tuan rumah berikan.
7. Jangan lalau depan orang tua yang tengah bercakap
8. Mintak izin dan ucap terima kasih dulu sebelum balik
9.
10.
11.
sumber : Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lazimnya bila seseorang memberi hadiah kepada teman atau sahabatnya, itu bermakna sebagai salah satu cara untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang dan sekali gus hadiah tersebut bolehlah dijadikan kenang-kenangan.
Dan inilah yang pernah dilakukan oleh arwah Siti Sarah kepada sahabatnya Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33 dengan menghadiahkan tudung setelah mengetahui penyanyi ‘Kalis Rindu’ ini membuat keputusan untuk berhijab pada Jun lalu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Elyana ada memuat naik satu video di mana dia memberitahu Allahyarham Siti Sarah telah menghadiahkannya tudung yang banyak kepadanya dan tudung merah yang dipakai itu juga adalah antara salah satu yang dihadiahkan oleh Siti Sarah.
Di dalam video tersebut, Elyana turut berkongsikan kenangannya manis bersama Sarah sepanjang karier nyanyian mereka bersama-sama. Ujarnya, Sarah seorang rakan yang tidak pernah lupa bertanya khabar. Bahkan, Elyana turut mendoakan supaya Allahyarham Siti Sarah ditempatkan yang terbaik di sisi Allah SWT.
Elyana juga turut menyanyikan lagu Hampa-Ari Lasso yang cukup menyentuh perasaan dan buat ramai peminatnya tersentuh hati dan berasa sedih mendengar lagu yang penuh penghayatan daripada penyanyi kesayangan mereka.
“Al Fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah.. Awak meninggalkan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama-sama membesar dalam industri.. dari remaja, sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar.. saya jual kuih, awak beli… sangat supportive. Dah la cute, pandai nyanyi, baik pulak tu! “Hari ni, saya pakai salah satu tudung yang awak bagi. Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah, sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung-tudung yang awak bagi hari-hari. I love u Sarah… Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT..,” tulisnya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.