Baru-baru ini tular di sosial media tentang perkongsian seorang isteri yang telah hilang perasaan cinta dan sayang kepada suaminya, tetapi masih taat dan setia. Perkongsian tersebut telah menjadi bualan ramai dan meninggalkan tanda tanya apakah pasangannya itu berdosa berkelakuan sebegitu?
Nak tahu, jom ikuti perkongsian dari Ustazah Sharifah Zahidah yang menjawab semua persoalan di minda orang ramai tentang status wanita tersebut.
KAKU DALAM BERPERASAAN…
Dalam bahasa Inggeris, kita panggil ‘stillness’.
Kekakuan. Kaku dalam berperasaan.
Perasaan tidak lagi terjentik sama ada untuk ambil berat, bermanja, bermesra atau bergaduh pun. Lost interest untuk buat apa jua aktiviti yang mengusik emosi baik secara sihat atau tidak sihat.
Untuk pasangan yang sedang melalui fasa ini, hampir tiada apa yang boleh dilakukan lagi kecuali jika ALLAH berkenan berikan ‘miracle’ dalam rumah tangga kalian untuk spark sekali lagi.
Jangan berharap lagi pada pasangan, tapi bersedialah dengan segala kemungkinan.
Ads
Ingat, hati dia, ALLAH yang pegang.
Bila hati dia dah hilang, jangan minta lagi dari dia, tapi mintalah dari ALLAH. Itu saja option yang kita ada.
WASPADA DENGAN ‘RED FLAG’ PASANGAN
Tindakan yang sebetulnya adalah, jangan sesekali biar fasa ini melewati rumah tangga kita. Sentiasa alert dengan red flag yang paling buat pasangan terluka.
Ada orang tak kisah pasangan dia jadi wanita bekerjaya, tapi dia cukup pantang isteri dia senyum dengan rakan kerja lelaki sambil mengucap secara formal assalamualaikum dan selamat pagi bila isteri masuk pejabat.
Ada orang tak kisah pasangan dia kaki motor, asalkan jangan lepak malam-malam atau tidur berasingan tak kiralah sepenat apa sekalipun mesti kena tidur bersama.
Senarai-senarai ni semua BERBEZA bagi setiap pasangan. Kenalilah pasangan kita. Buat ‘senarai semak kita sendiri.’ Kalau dah 5 tahun bernikah tapi benda ni pun kita tak boleh jawab tentang pasangan kita, payah.
Ads
ELAK DIRI DARI BUAT PASANGAN TERLUKA LEBIH PENTING DARIPADA KONSISTEN BUAT PERKARA DIA SUKA
Mengelakkan diri dari benda yang buat pasangan TERLUKA adalah lebih penting dan kritikal daripada terus konsisten buat benda yang dia SUKA. Ingat pesanan ini dalam-dalam.
No.1, jangan kacau zon sensitif dia. Jika part ni kena kacau – ‘stillness zone’ akan diaktifkan dan rumahtangga bakal bertukar menjadi hambar.
Jauhi. Jauhi.
Kosnya terlalu besar untuk kita tanggung bila ambil mudah dan sengaja trigger stillness zone dalam diri pasangan kita.
Marriage is not a magic, kawan. Marriage is a constant hard work to love the same person again and again.
Meninjau di ruangan komen, masing-masing berkongsi pendapat tersendiri tentang perkara ini. Antaranya perkongsian dari puan Wawa Shauqi yang berkongsi contoh situasi yang beliau pernah hadapi.
Ads
Bila Isteri tawar hati, dikata tak bersyukur. Pandahal, tak pernah ambil tau atau cuba audit diri dari suara pasangan.
Saya kenal satu pasangan ni. Dari luaran, si suami nampak sangat soft spoken. Peramah. Dan Isteri nampak agresif. Kalau ada berlaku masalah, orang memang mudah nampak ‘ini sebab binilah ni, kasar sangat.’ Tapi hakikat, mereka dan Allah je tau.
Si Isteri mengadu perangai suami. Kuat main game. Setiap hari kalau tak stay up mengadap benda tu, tak sah. Sampai sanggup berkurung dalam bilik berjam-jam. Anak bini langsung tak diambil kisah. Kerja rumah, satu pun tak tolong.
Part ni, Depan mata saya sendiri benda ni berlaku. Ternganga saya. Keringnya hati suami. Pernah beberapa kali juga kantoi jumpa mesej dan gambar mesra dengan wanita lain. Padahal Isteri pun kerja. Itu belum masuk kisah nafkah. Suami hanya bayar rumah dan kereta. Bil, makan, pakai, semua ihsan isteri.
Saya kata, tabahnya kamu. Katanya, Tak ada apa rasa dah dalam hati ni. Puas sakit, puas nangis. Tak larat dah. Hadap je la.
Mungkin itulah stifness yang ustazah maksudkan. Lebih sengsara, bila minta dilepaskan, si suami rasa dia yg pegang power. Taknak lepaskan. Dibiar isteri tergantung. Diri sendiri tiada perubahan. Serius saya tengok pun rasa sakit.
Semoga yang berdepan dengan situasi begini segera selesaikan dengan cara baik dan dipermudahkan urusan mereka.
Hati anak mana yang tidak sebak apabila ibu tersayang telah disahkan dijangkiti Covid-19. Lebih menyedihkan, anak-anak terpaksa berpisah dengan ibu untuk menjalani rawatan lanjut di Pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Siapa sangka, diri dan ahli keluarga lain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah jangkitan virus, tetap dijangkiti. Lebih-lebih lagi, kes jangkitan dilaporkan mencecah angka lebih 6000 setiap hari.
Tidak mahu menunding jari, wanita ini redha terpaksa berpisah dengan ibu. Sebagaimana perkongsian puan Intan Syazlin Diana menerusi facebook miliknya.
Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa simpati melihat situasi yang terpaksa dilalui keluarga ini.
Juga ramai yang memberikan kata semangat dan menitipkan doa agar ibu beliau kembali sembuh.
Mama Di MAEPS 😢
Sedih kan. Mama at her bed. Without her own bantal, her own tilam, kencing kene beratur, mandi kene beratur. Mandi as early as 4am, makan kene beratur. Macam dekat asrama. Kalau kita muda ni ok lagi. Tapi kalau mak2 kita yg dah sakit lutut, they deserved to be home resting..
Pelakon Adam Corrie Lee dalam satu perkongsian mengimbau kembali perjalanan hidupnya setelah hampir 15 tahun memeluk agama Islam.
Perkongsian asal menerusi video TikTok itu menunjukkan rakaman momen bersama pelakon ini bersama isteri, Fazima Mohd Fuad serta anak mereka, Adam Fateh.
“Bukan mudah untuk kembali ke jalan yang lurus. Kembali kepada fitrah kembali kepada Islam pada usia hampir 40 tahun.
“Temui jodoh juga di usia lewat pada usia 40 tahun. Dapat zuriat selepas 10 tahun. Cepat atau lambat bukan hal yang utama. Yang penting doa usaha & tawakal.
“Qanaah, asal punya rasa cukup Hidup ini pasti indah Senyum selalu. Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie,” demikian perkongsian Adam Corrie menerusi laman Instagramnya.
Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun. Dia kemudiannya bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga bersama Fazima pada tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adam Fateh Lee.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun yang lebih dikenali sebagai Adik Bella hari ini dilaporkan hadir ke Mahkamah Sesyen untuk memberikan keterangan dalam prosiding tertutup tentang kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Zilfinaz pada prosiding sebelum ini berkata pihaknya memohon supaya seorang perantara dan peneman Bella dilantik mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk berada bersama remaja itu di sebuah bilik lain semasa perbicaraan dijalankan.
“Dua individu ialah pegawai psikologi dari Jabatan Peguam Negara Dr Nor Jumawaton Shahruddin selaku perantara dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Noor Faiidah Mohamed selaku peneman Bella,” katanya kepada Hakim Izralizam Sanusi.
Bagaimanapun, kehadiran adik Bella hari ini mencuri tumpuan khalayak apabila datang dengan ceria senyuman terukir indah, lebih kelihatan sihat berbanding ketika ditemui sebelum ini.
Malah yang paling menjadi perhatian adalah busana gaun berwarna biru yang sinonim dengan watak utama animasi tersebut, iaitu Puteri Elsa. Lebih manis, sebuah mahkota turut terselit rapi di bahagian atas tudung yang dipakainya.
Turut berada di tempat kejadian, seorang individu di laman Facebook miliknya, Mona Din berkongsi momen-momen ketika bertemu dengan gadis remaja itu. Malah dalam perkongsian terbaru, Puan Mona Din berkongsi meskipun tiada orang awam boleh masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung, tetapi adik Bella dikatakan berjaya memberikan kenyataan dengan sangat baik!
Perkongsian yang dibuat oleh Puan Mona Din turut menarik perhatian pengikut di laman facebooknya. Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang terus mendoakan kebaikkan untuk remaja istimewa itu.
Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.