11 Bulan Menabung Hasil Berniaga, Lelaki Ni Berjaya Simpan Hampir Penuh Satu Tong Dengan Jumlah RM49K Buat Ramai Kagum!

Share

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, pepatah yang sesuai dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil perniagaannya sehingga tabungannya mencecah sekitar 167 juta rupiah (anggaran RM48,904).Perkongsian ini di muat naik oleh CNN Indonesia  berkongsi tentang peniaga makanan bergoreng di Bulukumba, Sulawesi Selatan bernama Eril itu dikatakan menyimpan wang keuntungan berniaga sejak Oktober 2020 yang lalu.

Hasil sisihan keuntungan daripada warung gorengannya, Eril berjaya memperoleh simpanan sekitar RM48,904 selepas membuka tabungnya pada September baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan pemuda itu di laman TikTok, dia bersama ibu bapanya mengira wang tabungan yang disimpan di dalam tong di rumah mereka.

Di dalam video berkenaan, kelihatan pemuda itu menangis gembira atas kejayaan menyimpan wang tersebut dalam tempoh 11 bulan sahaja.

Berkat usaha gigih dan bijak menyimpan inilah hasilnya. Sangat berinspirasi cara pemuda ini.

@eril_cikas Tidak ada yang tidak mungkin di dunia ini😭😇🤲🙏#sulsel_bugis #fyp #gorengancikas #anakmuda #pengusaha
#sukses ♬ Sakit Pinggang – Gamma1
@eril_cikas alhamdulillah ya allah 😭saya hanya penjual gorengan tapi saya buktikan #fyp #sulsel #bulukumba #gorengancikas #penjualgorengan #pengusahamuda ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah
@eril_cikas alhamdulillah kurang lebih 11 bulan saya menabung akhirnya bisa ku buka dan di saksikan oleh orang tua ku 😇 #fyp #sulsel #bulukumba #gorengancikas ♬ suara asli – Si Pencari Sendok Viral

Sumber: Detikfood  & eris_cikas

 

IKLAN