Kalau sudah bergelar selebriti, buatlah apa pun pasti ada saja yang tak kena di mata orang.  Mungkin bagi sesetengah peminat mendambakan artis kesayangan mereka muncul dan berkongsi hal peribadi sekerap yang mungkin. Tak kurang pula yang  rasa ‘annoying’ dan menganggap seseorang selebriti itu terlalu berlebihan.

Demikianlah yang terjadi pada permata negara yang satu ni. Kerap berkongsi foto dan video puteri kesayangan, Siti Aafiyah di media sosial membuatkan penyanyi nombor satu negara ini di ‘cop’ netizen sebagai seorang ibu yang terlalu obses dengan anaknya.

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

Begitu pun Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menepis tanggapan segelintir pihak itu. Sebaliknya Siti, 40, berkata, dia menjadikan laman sosial, terutama Instagram dan YouTube sebagai arkib untuk menyimpan segala rakaman momen manis yang boleh dirujuk semula pada kemudian hari.

Jelasnya lagi, perkongsiannya mengenai anak kesayangannya, Siti Aafiyah merupakan kegiatan normal seorang wanita bergelar ibu.

“Tidak semua mengenai Aafiyah saya akan kongsi. Kebiasaannya perkongsian saya mengenai Aafiyah adalah perkembangan terkini dia, contohnya telah pandai menari dan bercakap.

“Saya rasa semua ibu akan berkongsi perkara yang sama mengenai anak mereka.  Saya tidak obses dengan anak sendiri, malah rasanya, saya juga tidak terlalu kerap memuat naik gambar dan rakaman video Aafiyah seperti yang diperkatakan warganet. Ada juga dalam platform tersebut mengenai kerjaya dan rutin saya.

IKLAN

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

“Jika ada momen menarik dan perlu, saya akan kongsi. Dalam masa yang sama juga akan selang-selikan muat naik paparan dengan aktiviti seni. Lagipun, rasanya bukan kesalahan jika saya obses dengan anak sendiri.

“Selama 11 tahun saya menanti kehadiran Aafiyah dan hanya pada usia 39 tahun, baru dikurniakan cahaya mata. Mungkin mereka yang tidak puas hati itu mempunyai anak ramai. Jadi, mereka tidak teruja seperti yang saya rasakan ketika ini,” katanya.

IKLAN

Penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu, biarpun sibuk dengan urusan kerja, seboleh mungkin dia tidak mahu ketinggalan menyaksikan proses tumbesaran buah hatinya itu.

“Selalu saya pesan kepada pengasuh supaya rakam apa sahaja gelagat Aafiyah. Apabila sibuk bekerja, kadang-kadang ada perkara yang saya ketinggalan. Balik rumah, tengok Aafiyah sudah pandai itu dan ini.

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

IKLAN

“Untuk tidak menyesal, saya rasa rakaman seperti itu perlu. Saya lebih suka jika rakaman dimuat naik di laman YouTube. Selain durasinya yang panjang, ia juga boleh ditonton pada bila-bila masa.

“Jika hanya simpan di telefon bimbit, bila-bila masa boleh hilang, terutama jika peranti itu bermasalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kayuhan Wanita 2019 yang menampilkannya sebagai Ikon Selebriti.

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

“11 Tahun Saya Tunggu. Yang Tak Puas Hati Mungkin Ada Anak ramai.” Dilabel Obses Anak sendiri, DS Siti Nurhaliza Bidas Kecaman Netizen. Padu!

Mengulas pembabitannya dalam acara itu, Siti berkata, sebagai ikon, dia ditugaskan mempromosikan program yang bakal berlangsung pada 26 Oktober ini di Putrajaya.

“Kalau boleh, saya mahu 3,000 peserta mengayuh basikal pada hari itu. Bagi mereka, golongan selebriti lebih mudah menarik perhatian orang ramai menyertai acara ini. Harapan saya, program ini mendapat sambutan ramai,” katanya.

Sumber: BH Online & IG ctdk

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI