Sesungguhnya bulan Ramadan ini merupakan untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat dan muhasabah diri. Malah, anak-anak juga tidak terkecuali merasaikan keistimewaan bulan ini, apabila ibu bapa mengejutkan anak-anak untuk bangun sahur dan berbuka puasa dalam suasana harmoni.
Bagaimana, tidak dinafikan ada anak-anak yang tidak dapat berpuasa sepenuh hari. Namun ini, tidak bermakna, ibu bapa tidak membiarkan bulan ramadan berlalu bergitu sahaja.
Perkongsian seorang wanita ini sungguh inspirasi apabila menyenaraikan 18 tajuk untuk didedahkan kepada anak-anak sepanjang ramadan.
‘Sekolah Puasa’ Untuk Si Kecil
Ada beberapa ‘tajuk’ kita boleh cerita pada anak-anak kecil di bulan Ramadhan. Rugi kalau tidak menggunakan masa ini dengan sebaiknya untuk mereka tambah ilmu. Santai-santai sahaja cerita. Ambil waktu sebelum tidur pun ok .
Antara topik boleh diajar ialah ;
1. Niat Puasa
2. Doa berbuka
3. Pahala orang berpuasa
Ads
4. Ganjaran berlipat ganda di bulan puasa
5. Adab-adab berpuasa
6. Larangan ketika berpuasa
7. Peristiwa Nuzul Al-Qur’an
8. Amalan-amalan di bulan puasa
9. Doa-doa atau zikir-zikir sebagai amalan harian ( yang pendek2 & mudah di hafal)
Ads
10. Solat Taraweh (Bil.rakaat, cara mengerjakan & kelebihan)
11. Malam lailatul Qodr
12. Keutamaan/kelebihan Sahur
13. Perkara yang boleh membatalkan puasa
14. Apa itu perkara makhruh, sunat, wajib, haram & harus di bulan puasa
Ads
15. Syurga dan Neraka
16. Syukur
17. Kelebihan sedekah
18. Menyambut Hari Raya
Sebenarnya mulakan sedikit awal penceritaan tentang bulan Ramadhan sebelum ianya tiba. Supaya anak-anak bersedia dari segi emosi dan fizikal dan tambahlah pengetahuan mereka hari demi hari. .
Ada 30 hari Ramadhan, selit perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh anak-anak buat terus. Salah satu contoh topik sedekah, galakkan mereka bersedekah dan cerita tentang sedekah.
Contoh praktikalnya ialah bekalkan mereka RM 1 setiap hari untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid (terpulanglah nilai berapa nak beri ikut kemampuan). Edarkan makanan pada orang yang serba kekurangan, packing kurma kecil2 untuk orang berbuka dan agihkan, dan lain2 berkenaan sedekah.
Usai sebulan melahirkan cahaya mata kedua, Syida Melvin akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya buat tatapan umum.
Adik kepada Syatilla Melvin menerusi laman Instagramnya, memaklumkan dia dan suami sepakat menamakan anak mereka Sara Sajedda.
Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, nama tersebut sebenarnya merupakan hasil gabungan daripada nama-nama yang dipilih olehnya dan juga suami.
“MASHAALLAH, Assalamualaikum my second child, my princess, SARA SAJEDDA, one who is a devout worshiper of Allah.
“Cda suka nama Sara. Lembut je dengar, and nama Sajedda diambil sempena nama Aunty side daddy dia, Sajida,” tulisnya.
Jelas Syifa lagi, dia berharap agar anak keduanya itu dapat membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayah.
“Harini Cda baru first time reveal @sarasajedda ibu ni. Muka Sara dah banyak ikut muka Pia, rasa mcm tengah berpantang kat Pia sebab muka depa sama.
“Sara ibu baru 27 hari. Semoga Sara membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan dengar cakap orang tua okay,” ujarnya lagi.
Perkongsian ibu ini mengenai bagaimana cara kalau ibu ayah hendak mohon ke sekolah aliran tahfiz (di bawah KPM) untuk anak cukup berinformasi.
Apatah lagi buat ibu ayah yang baru menguruskan anak -anak selung ke tingkatan satu.
Untuk itu, ikuti perkongsian ini untuk info bersama.
Sejak saya tulis hal Najla bersekolah di sekolah Tahfiz Model Ulul Albab tempoh hari, ramai betul ibu bapa (yang anak sulung baru ambil UPSR tahun ini) mesej saya di Fb dan Whatsapp bertanyakan bagaimana cara kalau nak mohon ke sekolah aliran tahfiz (di bawah KPM) begitu. Terutamanya, yang anak-anak mereka bersekolah di sekolah rendah swasta.
Ok, saya cuba catatkan soalan yang kerap ditanya. Tetapi ini hanya untuk mereka yang ingin mohon dalam SELANGOR/WILAYAH KL SAHAJA ya. Negeri lain tak pasti bagaimana.
Juga kebanyakan pertanyaan adalah daripada ibu bapa yang anak-anak mereka bersekolah di SEKOLAH RENDAH INTEGRASI SWASTA.
Satu lagi, pengalaman ini berdasarkan pengalaman waktu menguruskan kemasukan anak ke Tingkatan 1 pada tahun 2016 dan 2017. Maaf kalau ada info terkini yang Kak Odah tak tahu ya.
Kak Odah tulis dalam bentuk soalan – jawapan ok. Semoga membantu.
Soalan 1 :
Anak saya bersekolah di sekolah rendah agama swasta. Boleh ke dia mohon sekolah menengah agama bawah kerajaan ya? Kalau boleh, apa syaratnya?
Jawapan :
Ya boleh. Biasanya masa mohon tu mereka akan tengok keputusan UPSR dan PSRA (Selangor)/UPSRA (KL) iaitu peperiksaan agama waktu darjah 6. UPSR tu tak perlu straight A pun (tak ingat perlu berapa A). PSRA/UPSRA kalau tak salah kena Mumtaz/Jayid Jiddan. Kalau lepas syarat permohonan ni nanti mereka akan panggil temuduga.
Soalan 2 :
Ada kawan saya kata kalau dari sekolah rendah swasta tak boleh mohon sekolah berasrama penuh (SBP). Betul ke? Kalau sekolah asrama tak boleh mohon susahlah, sebab anak nak duduk asrama.
Jawapan :
Ya betul. SBP ialah Sekolah Berasrama Penuh. Senarai sekolah-sekolah di bawah SBP boleh disemak di sini :
https://www.permohonan.my/senarai-sbp-sekolah-berasrama-penuh/
Untuk makluman, bukan semua sekolah yang ada asrama tu, di bawah sekolah SBP. Mohon jangan keliru. Banyak sekolah lain yang ada asrama dan bukan dalam kategori sekolah SBP.
Jadi, jika anak sekolah rendah swasta, yang tak boleh mohon hanya ke SBP. Lain-lain seperti MRSM, sekolah-sekolah agama kerajaan negeri semua boleh mohon.
Soalan 3 :
Anak saya sekolah rendah agama swasta, tapi dia nak masuk sekolah ALIRAN TAHFIZ. Saya ingat nak mohon sekolah tahfiz bawah KPM atau kerajaan negeri. Boleh saya tau sekolah apa boleh saya mohon?
Jawapan :
1. Sekolah Ulul Albab bawah KPM. Kalau di KL, boleh mohon SMKAKL. Kena semak di lamanweb Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL :
http://jpwpkl.moe.gov.my/
2. Sekolah MRSM Ulul Albab. Mohon masuk MRSM di website, tapi kena pilih MRSM Ulul Albab. Senarai MRSM Ulul Albab ada di sini :
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Cheras. SMISTA ni di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAIWP). Juga kena semak maklumat permohonan di laman web mereka :
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/. (sila tengok pautan pautan berkenaan ya)
4. Sekolah tahfiz di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ada 5 buah sekolah iaitu Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Selangor (MITS) di Sabak Bernam, Bagan Lalang, Sepang, Banting dan di Alam Impian, Shah Alam. Rujuk guru SRA, kerana kelayakan memohon ikut keputusan PSRA. Yang layak sahaja guru akan beri borang permohonan.
Soalan 4 :
Saya tak faham sebenarnya, ada yang cakap sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ni bawah SBP, ada yang cakap bukan. Yang mana satu yang betul ya Kak Odah.
Jawapan :
Memang ada TMUA di bawah SBP. Ada yang bukan.
Contoh, TMUA (Selangor) ialah SBPI Rawang, iaitu sekolah SBP. Manakala TMUA (Wilayah KL) ialah SMKAKL, iaitu bukan sekolah SBP tetapi sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL.
Soalan 5 :
Kalau selain sekolah aliran tahfiz, sekolah aliran agama mana yang anak saya boleh mohon kalau anak saya dari sekolah rendah agama swasta?
Jawapan :
1. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah JAIS. Contohnya SAM Rawang (Sekolah anak saya, Tasneem). SABK ni ada di banyak dalam Selangor. Setiap daerah mesti ada. Semak di sini :
https://drive.google.com/file/d/0B_MtGztwyVrYMDVjM2Y2ODctZjZkNy00Yzk5LWExOTctYWE0YTU4MzNjMDY3/view
Nota 1 : Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) adalah sekolah agama negeri yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekolah-sekolah ini juga dikenali sebagai kelompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nota 2 : Sekolah SAMBEST, hanya akan ditawarkan kepada murid yang keputusan PSRA mereka 96% ke atas (kalau tak salah).
2. Sekolah SMAIWP di Cheras. Permohonan online di laman web SMAIWP :
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/
Soalan 6 :
Kalau anak saya tak ambil PSRA tu, tapi dia ambil UPKK, boleh tak mohon sekolah-sekolah agama ni?
Jawapan :
Boleh (Tadi saya cakap rasanya tak boleh, tapi sudah ada yang sudah betulkan dalam komen di bawah). Cuma rasanya, ada sesetengah permohonan yang mahu kedua-dua keputusan peperiksaan tersebut.
Soalan 7 :
Kalau anak saya masa sekolah rendah tak pernah ada asas hafazan/tahfiz, boleh ke mohon sekolah aliran tahfiz tu?
Jawapan :
ya boleh mohon. Semua yang mohon, jika lepas kelayakan permohonan, akan kena hadir sesi temuduga hafazan. Jadi lepas UPSR atau PSRA nanti boleh latih anak-anak menghafaz. Biasanya diberi satu muka surat, dan diberi tempoh dalam setengah jam dan tengok berapa banyak dia boleh hafal. Yang banyak dapat hafal peluang cerah dapat masuk.
Soalan 8 :
Permohonan ni mak ayah kena buat sendiri atau sekolah akan buatkan?
Jawapan :
Ada yang sekolah beri borang dan sekolah uruskan. Tapi ada yang kena buat sendiri. Sekarang semua permohonan kebanyakannya online. Jadi jangan lupa tengok laman-laman web berkenaan. Apa pun, jangan lupa dapatkan update dari guru dan update dari group group Whatsapp sekolah anak-anak anda.
Soalan 9 :
Semua sekolah yang kena mohon ni belum tentu dapat kan? Macam mana prosedur selepas kita submit permohonan?
Jawapan :
Kalau sekolah SABK (selain MITS), kalau permohonan berjaya/tidak berjaya mereka akan hantar sms/emel makluman. Boleh semak dalam sistem juga. Tiada temuduga.
Bagi sekolah aliran tahfiz, selepas hantar permohonan, nanti mereka akan maklumkan sama ada berjaya untuk panggilan temuduga atau tidak. Makluman biasanya melalui SMS atau emel, atau semak dalam sistem online.
Jika berjaya temuduga, barulah berjaya masuk sekolah tersebut. Mereka akan hubungi ibu bapa pelajar.
Soalan 10 :
Kak, katakanlah semua permohonan dan temuduga nak masuk ke sekolah tahfiz tu tak berjaya, habis tu anak kita nak masuk sekolah apa?
Jawapan :
Boleh daftar sahaja dahulu nama anak di sekolah menengah (SMK) yang sepatutnya dia didaftarkan. Kadang-kadang anak kita dapat panggilan kedua atau ketiga atau keempat. Atau jika tidak berjaya, jangan putus asa. Sila buat rayuan. Jadi untuk sementara boleh sekolah SMK biasa dahulu.
.
Ok, kalau ada soalan lain, boleh tulis di ruangan komen.
Semoga bermanfaat. 🙂
Kak Odah Anderson
Anak di TMUA dan SABK.
Kredit foto lawa : Ustaz Rafiq/Ustaz Bushra SMKAKL
Wanita dan ‘shopping’ memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi dalam hal membeli tudung atau selendang. Seakan menjadi rutin setiap bulan akan ada sahaja koleksi selendang atau tudung yang akan dibelinya. Pantang ada rekaan terbaharu, pasti dibelinya walhal tudung yang sedia ada sudah penuh satu almari.
Berdepan dengan senario ini, AmirShahir yang juga merupakan seorang suami memberi pendapat yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada sang suami dan isteri agar lebih beringat. Jom semak apa katanya.
“Abang, esok nak pergi beli tudung la. Takde tudung nak pakai dengan baju yang warna pink tu.”
Senyum je kalau dengar kata-kata macam ni daripada mulut si isteri. Tudung dia padahal boleh muat dua alamari baju. Kalau susun meninggi boleh lawan KLCC.
Perempuan ni kalau dia kata “Takde tudung nak pakai”, “Takde baju nak pakai” tu ertinya dia dah bosan pakai tudung dan baju tu.
Kena pulak kalau rakan sejawat ke atau kawan dia tegur, “Minggu lepas dah pakai tudung ni kan?” Siap tunjuk gambar lagi. Memang meruap-ruap la nak cari tudung baru.
Jadi ini nasihat saya buat para suami.
1. Harga tudung, baju atau beg tangan jangan lebih 10% daripada gaji.
2. Beli masa ada promosi. Akhir tahun banyak promosi.
3. Halang jika bulan ini dia dah beli, bulan depan pun beli lagi. Itu dah ketagih sangat tu.
4. Kalau dia minat jenis tudung seperti Aidijuma, minta dia follow IG atau page berkenaan. Boleh tahu masa bila ada SALE.
5. Suruh dia susun tudung dia supaya senang lihat. Kalau simpan dalam kotak mesti tak sedar tudung dia dah banyak.
6. Tak salah tunaikan permintaan isteri untuk beli barang yang dia suka sekali-sekala. Apa salahnya buat dia happy. Jangan la kedekut sangat sampai suruh isteri guna je yang lama.