Bila setiap bulan terpaksa membayar bil air hingga mencecah puluhan ringgit, pasti terasa terbeban juga untuk membayarnya. Lazimnya untuk menurunkan jumlah bil yang perlu dibayar, kita anak beranak perlulah berjimat menggunakan air dan elakkan pembaziran.
Pun begitu, selain cara tersebut seorang lelaki ini berkongsi tentang pengalamannya melihat sendiri bil air di rumahnya turun secara mendadak setelah dia lakukan pemasangan shower di setiap bilik air di rumahnya. Berbanding sebelumnya, menggunakan bekas tadahan.
“2 bulan ni, bil air turun mendadak, average bil sebelum ni RM28/sebulan. Untuk 2 bulan berturut-turut, bil saya turun RM17 & RM15,” tulisnya di salah satu group fb berkaitan pertukangan.
Bil Air Turun Selepas Guna Shower
Sebelum ni, semua mandi guna baldi, shower rosak. Bulan Ogos, saya repair shower untuk semua tandas, Jadinya start dari tu, semua orang mandi guna shower.
KESIMPULAN SAYA
Mandi guna shower lebih jimat dari guna baldi, air yang keluar tidak sebanyak paip biasa. Kita pun gunakan secukupnya tanpa berlebihan sampai 5-20 gayung
Bil air turun dari RM28 pada RM15(Jimat RM13)
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan tidak kurang juga lebih puas jika mandi menggunakan air yang ditadah di dalam bekas atau tempayan.
Antaranya komen yang ditulis oleh Abi Definy Dezza, “Setuju dengan tuan. Sblm ni shower rosak jugak setahun tak guna. Pkp cuba2 repair dan hasilnya bnyk penjimatan bil air.”
Menurut Jelapang Padi Duta pula, “Kalau shower kuat sbb pakai booster pam mmg jimat….kita mandi sekejap ja…sy plumber…rumah sy sendiri semua blk air shower mmg kuat…bil air bwh 15…ramai xphm…guna water pam atau booster pam mmg padu..bg area utara yg mengalami masalah air atau elektrik boleh hubungi sy”
Manakala komen Dila Samadhassan pula, “Anak2 saya duduk asrama dah biasa mandi pakai gayung. Balik rumah walopun ada shower, diorg nak jugak pakai gayung”
Begitu juga menurut Halim Zaman yang lebih selesa mandi menggunakan air kolah, komennnya, “Tp mandi shower rasa mcm x puas..kalau tadah air kolah dan mandi guna gayung baru sedap air mencurah atas kepala..puas”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebenarnya, tidak semua kotoran yang melekat pada barangan rumah hanya boleh ditanggalkan dengan menggunakan pencuci yang mahal.
Sebaliknya, ada saja bahan yang mudah dan murah yang boleh berbuat demikian. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal!
Cuka gebukan tuala
Jika tuala anda mula bau hapak atau pun tidak lagi gebu seperti mula-mula anda membelinya, rendamkan tuala anda dalam air bersama cuka. Ia akan kembali pulih seperti baru dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan.
Hilangkan kesan pada meja
Tidak perlu membeli meja yang baru untuk menggantikan meja yang sudah ada corak baru akibat kesan cawan yang melekat pada meja. Anda hanya perlu menggunakan campuran minyak zaitun dan garam untuk menghilangkan kesan tersebut. Ia akan kembali bersih seperti meja kopi yang baru.
Bersihkan ketuhar gelombang mikro
Panaskan air dan jus lemon atau cuka selama 5 minit dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian lapkan ketuhar gelombang mikro dengan menggunakan campuran tersebut. Memang kotoran yang melekat di dinding ketuhar akan hilang dengan mudah.
Gosok besi karat dengan ubat gigi
Jika anda ada besi berkarat atau pun kotoran karat melekat pada barangan anda, gunakan ubat gigi kerana floridanya mampu menghilangkan kotoran tersebut. Anda boleh gunakan kain buruk atau berus gigi untuk membersihkannya. Memang mudah.
Minyak bayi untuk kotoran berminyak
Letakkan semburan kimia dan keluarkan kain buruk dan minyak bayi untuk membersihkan kotoran yang berminyak. Bukan hanya mampu membersihkan, malah dapat membuatkan barang anda Nampak bersinar.
Bersihkan kotoran di permaidani
Letakkan kain lembab pada kotoran tersebut dan tekankan seterika dengan suhu yang tinggi. Cara stim ini akan menghilangkan kotoran tersebut. Mudah saja kan.
Atau boleh cuba tip ini. Taburkan soda penaik dantepung jagung di atas permukaan permaidani dan biarkan ia selama 15 minit. Setelah itu, vakum seperti biasa. Kaedah ini dapat membantu anda membuang kotoran dan menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di rumah.
Menghilangkan kesan karat di bilik mandi
Anda boleh menghilangkan karat di jubin seramik di dalam bilik mandi dengan menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik. Tuangkan campuran ke tempat yang terjejas dan biarkan larutan selama beberapa minit. Bilas dengan air dan lap jubin dengan kain kering.
Lantai bersinar
Kaedah yang sesuai untuk membersihkan lantai dari material kayi adalah dengan campuran cuka dengan air. Campuran ini dapat membuatkan lantai anda kelihatan bersinar. Hanya campurkan 1/4 cawan cuka ke dalam 1 liter air dan anda boleh menggunakannya sebagai pencuci lantai. Jika lantai anda dari material jubin, gunakan air yang mendidih untuk membersihkannya.
Menghilangkan bau busuk
Untuk menghilangkan bau di dalam peti sejuk anda, gunakan campuran jus lemon dan air untuk mencuci peti sejuk anda. Anda boleh menambah soda penaik pada campuran tersebut. Ini akan memudahkan proses menghilangkan kotoran.
Bersihkan pintu bilik mandi dan dinding jubin
Salah satu cara untuk menghilangkan kesan air dan cendawan dari jubin dan pintu kaca adalah dengan menggunakan soda penaik atau lemon. Celupkan berus gigi basah ke dalam soda penaik dan gosok grout jubin sehingga bersih. Apabila anda sudah selesai, basuh jubin dengan air bersih. Untuk seminggu sekali, gosok permukaan jubin dan pintu kaca dengan separuh lemon dan biarkan selama10-15 minit, bilas dengan air dan lap sehingga kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jenis hantu ulam, bagi la sayur apa mesti akan makan! Terutamanya pucuk paku yang enaknya di buat masak lemak, gu dengan udang. Fuhhh memang terangkatlah time makan!
Yang nak makan selalunya beli kat pasar tu, boleh la jinak-jinak tanam sendiri kat rumah ikut cara yang dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob.
Menurut Zaid, dia antara peminat hidangan pucuk paku. Tapi bila beli selalu dapat pucuk tua di samping harganya mahal. Pernah cuba untuk mencari sendiri di tepi sungai kawasan kampungnya tapi kejadian bertemu dengan ular buat dia serik.
Jadi untuk memudahkan mendapat pucuk paku dia cuba untuk menanamnya sendiri.
1. Cari anak pokok paku yang tumbuh di tepi pokok paku (kalau nampak tepi jalan ada pokok paku boleh ambil. Minta izin, kalau tanah bertuan).
2. Boleh tanam dalam pasu, guna tanah yang sedia ada di rumah pun boleh.
3. Pastikan ambil banyak anak pokok. Bila banyak rumpun baru dapat banyak pucuk. Jika subur satu rumpun ada 2-3 pucuk saja, kalau kurus, satu pucuk saja.
4. Pokok paku ini kena siram hari-hari tambah lagi musim panas.
5. Tip supaya pucuk paku gemuk menghijau boleh buat air siraman ini. Ambil sisa dapur dari kulit bawang, kulit telur (tumbuk dan kisar dulu). Kemudian masuk dalam bekas yang dicampur air hujan, perap selama 3 hari.
6. Selepas 3 hari boleh guna untuk siraman. Selepas itu siram pula dengan air biasa. Pokok paku memang suka basah Iencun.
Beberapa hari ini kita sudah nampak di bahu-bahu jalan orang menjual durian. Itu menandakan satu berita yang menggembirakan buat penggemar durian.
Jadi sebelum membeli, ada baiknya ketahui dulu tip untuk mendapatkan durian yang terbaik sebagaimana yang dikongsikan oleh Azahari Abdullah. Jom semak.
Tips beli durian…( semalam baca, hari nih pi beli, lihatlah isinya)
1. Hindari Memilih Berdasarkan Warna
2. Pilih yang Berbentuk Bulat
Pilihlah durian yang berbentuk bulat. Umumnya, durian yang berbentuk bulat memiliki isi yang berwarna kuning dan lebih matang dibandingkan yang berbentuk lonjong. Durian dengan bentuk lonjong memiliki lebih isi lebih sedikit.
3. Periksa Tangkainya
Siapa sangka kalau tangkai juga boleh menjadi petunjuk durian sudah matang, atau tidak. Durian dengan tangkai yang tebal dan pendek menunjukkan bahwa isi buah tersebut tebal dan banyak. Hal sebaliknya jika tangkainya ramping dan panjang pertanda isi tersebut sedikit dan tidak terlalu tebal.
4.Bentuk Durinya
Pilih durian yang enak dan matang juga dari bentuk durinya. Pilih durian dengan bentuk duri pendek dan jarang, kerana dipercaya lebih manis dibandingkan duri panjang dan berdempet atau terlalu banyak. Duri tersebut bisa menjadi tanda buah daging yang sedikit.
5. Beratnya Ringan
Jika Anda membeli buah durian dengan berat yang ringan maka pertanda kalau buah durian tersebut matang dan berlimpah. Semakin berat durian tersebut maka bijinya yang besar, bukan isinya. Semakin besar bijinya, maka isinya semakin tipis.
Sumber : Azahari Abdullah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di