
Tinggal di bandar tentunya hendak mendapatkan daun pisang segar yang diambil dari pokok sebelum menyediakan hidanga bukanlah perkara biasa boleh dilakukan. Ini tentu sekali berbeza bila tinggal di kampung. Bila-bila masa boleh sahaja mengambil daun pisang untuk membungkus nasi lemak, lepat, pulut panggang dan sebagainya.
Jadi kebiasaannya kita di bandar ini akan membeli daun pisang di pasar basah. Umumnya dijual dalam gulungan yang banyak dan pastinya jika digunakan akan ada lebihan yang banyak.
Untuk itu, jangan bimbang cuba anda lakukan trik ini dan dikatakan ianya mampu bertahan dan nampak segar selama 2 bulan. Suatu jangka masa yang panjang dan ini secara tidak langsung memudahkan ibu-ibu untuk menyediakan menu yang dibungkus dengan daun pisang pada bila-bila masa.
Jadi ayuh kita fahami langkahnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Ellyn Tan, dan semoga bermanfaat.
“Dapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.”-Ellyn Tan
Langkah demi langkah
1. Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai.
2. Rendam dalam air selama 30 minit.
3. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
4. Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
sumber : Ellyn Tan via MAHN
Demi Sesuap Nasi Sanggup Jadi Runner Tapi Lelaki Ini Hiba Bila Dapat Upah Hanya RM4.00. Renungkan.

Setelah PKP dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April 2020 ada yang menyambut dengan hati yang redha dan ada yang pasrah.
Tentunya kita ada sebab untuk risau setelah memikirkan apa yang bakal berlaku pada ekonomi keluarga. Duit simpanan makin menyusut. Tentu risau memikirkan membeli bekalan makanan untuk besok, minggu hadapan dan bulan-bulan yang akan datang.
Lantaran itu, kini ramai antara kita yang di berhentikan kerja mengambil upan menghantar makanan atau membeli barangan di pasar. Kerjaya runner ini menjadi popular sejak PKP dilanjutkan memasuki fasa ke tiga ini.
Namun dikala mereka mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak agar bekalan makanan tidak putus di rumah ada cerita tidak sedap didengar.
Ada segelintir mengambil kesempatan dengan memberi upah rendah kepada runner tidak setimpal kerja yang dilakukan.
Ikuti perkongsian ini. Moga jadi iktibar bersama.
ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR
Untuk itu RM4.10/- cukuplah . Tak perlu bayar lebih . Aku diam dan cuba menenangkan diri. Menolak trolli mall itu bukanlah berat tapi amat lambat aku rasa untuk sampai kemotor . Dari tadi mula mencari cari barang yg dipesan ambik gambar itu dan ini , online WhatsApp untuk pilihan yg mane satu brand yg dimahukan . Dan beratur panjang untuk buat bayaran . Hampir 1 jam untuk menguruskan pembelian ini job (personal shopper ) nampak macam seronok tapi hakikatnya yg pernah buat saja yg tahu . Patutlah ada yg tak suka pi belanja . Sebelum turun kereta kene berpusing pusing cari car park . Ok siap pack kita ride delivery. Telephone asik bunyi je . “Awak kt mane dah siap belum?,Jangan tipu saya nanti saya viralkan nama awak !!” .
Sentap aku . Aku ambik gambar barang barang atas motor snap gambar receipt dan SEND … malas nak type panjang panjang nanti kerja tak siap.
Perjalanan sejauh 29km pada aku tak lah jauh sangat . Tapi nak lepaskan traffic lights kat simpang bandar ini memang sangat stress. Ada pulak kereta rosak kt simpang lagi lah sesak . Tapi kitakan RUNNER celik jalan je sampai ..
“Datin . Semua barang barang datin saya dah siapkan dan receipt bayaran dibag plastik depan . Semuanya RM195.90 seperti yg Saya WhatsApp tadi . “
“Nah ambik RM200/- baki tu buat upah barang tu kau hantar kt meja dapor”.
Tetiba aku terdiam tak terkata kata note RM50/ x 4 keping itu aku genggam tutup rapat letak barang siap , pakai helmet start motor dan pulang .
Sampai dirumah. Anak anak tanye mane gula gula ayah nak beli tadi?
Aku habiskan 1 hari punye kerja . Angkat barang beratur panjang dan bayar dahulukan duit aku bawak motor hampir 58/60km buat kerja 3@4 jam dan lepas tolak modal dan baki yg ada CUMA RM4.10 /- itu belum kire duit minyak aku dan setengah hari aku belum makan .
Takpe jom kita pi kedai depan beli gula gula .. hari ini rezeki kau orang anak anak ya. Ambik nie RM4.10/- beli ice cream dan gula gula . 4 batang ice cream . Je
“Ayah nie baki duit Ayah simpanlah ya nanti Ayah nak pi kerja nak isi minyak motor lagi tauu. RM0.10 sen .
PENGAJARAN
Sejak hari itu biar aku yg bagi nilai dan tetapkan harga Sebab SETIAP KERJA ITU ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR bukan percuma
Tak kirelah mereka kata mahal dan cekek darahlah tapi kerja aku ada nilai .
“You nak. I boleh buat segala galanya untuk You tapi sayang ia ada harga yg perlu dibayar bukan percuma .”
Aku seorang Runner dan jalan raya ini adalah pentas hidupku.
Tulisan asal oleh :
#RAZAKRUNNERTAWAU
0128368132
Sumber : Viral Channel
“Tengok Bawang Pun Tak Boleh” Intan Najuwa Alami Alahan Teruk Waktu Trimester Pertama!

Pelakon cantik jelita, Datin Intan Najuwa yang mengumumkan kehamilan pertamanya turut berkongsi alahan yang dialaminya di awal trimeter hamil.
Menerusi satu sesi LIVE di Tik Tok, Intan meluahkan rasa syukur dapat melalui tempoh itu dengan baik walaupun terpaksa berdepan alahan teruk yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini.
“Masa first trimester tu teruk sangat alahan, kalau boleh tak nak ingat balik.
“Memang hari-hari saya muntah macam air paip. Sampai lembik.
“Bila dah masuk second trimester barulah saya kuat dan masuk dapur. Sepanjang awal mengandung memang saya tak masuk dapur sebab tak boleh bau tumis dan bau apa-apa. Tengok bawang pun tak boleh.
“Maid tengah masak, saya bau saya terus muntah dan migrain. Cepat-cepat saya lari masuk bilik,” kongsinya.
Tambah Intan lagi, dia juga terpaksa menukar langsir di rumahnya dan mengalihkan pasu bunga berikutan alahan yang dialami.
“Masa saya first trimester, saya emosi sangat-sangat.
“Langsir tu tak buat apa-apa pun, elok je selama ini dah tak pasal-pasal kena buka.
“Tak boleh nak abaikan, kita akan rasa benda itu mengganggu kehidupan kita.
“Pasu dekat rumah saya suruh orang gaji saya alihkan. Saya tak boleh tengok pasu tu depan saya, nak muntah. Padahal pasu tu saya yang beli, saya yang buat dekorasi.
“Bayangkan, dah la muntah dan tak boleh makan, tapi itulah pembawakan (anak) saya rasa,” katanya berkongsi.
Bukan itu sahaja, kongsi Intan lagi dia juga tidak dapat ke kandang kuda seperi selalu kerana kurang selesa dengan bau yang akan menyebabkannya muntah.
“Sebenarnya saya hampir empat bulan tak pergi kandang kuda dan sampai sekarang masih belum boleh pergi ke sana. Sebelum ini saya cium-cium kuda saya.
“Ada satu masa itu saya belum tahu saya mengandung, jadi saya pergi ke kandang kuda macam biasa tiba-tiba saya bau kuda sangat pelik.
“Kemudian saya tanya suami, kenapa dengan bau tahi kuda. Mereka tukar makanan kuda ke? Seminggu lepas itu baru saya tahu yang saya hamil,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Intan memuat naik foto bersama suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman dengan baby bump yang jelas kelihatan sekaligus mereka memaklumkan tentang kehamilan tersebut.
Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Nampak Sedap, Ini Umur Sesuai Untuk Anak Mula Makan Coklat!

Siapa yang tak suka coklat kan? Sedap yang teramat. Coklat berkhasiat mengandungi lemak sihat, serat, zat besi, magnesium dan zink tapi ia juga mengandungi kafein dan perangsang lain yang memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak dan sistem saraf.
Menurut perkongsian Dr Amalina Daud, anda mungkin perlu menangguhkan pemberiannya kepada bayi sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya satu tahun.
Secara berlebihan, kafein boleh mengurangkan selera makan, kegelisahan, menjejaskan tidur, memburukkan refluks. So yeahh lets wait until 1 year old at least.
Coklat juga tinggi kandungan gula. Jadi pilih coklat gelap kerana ia mempunyai lebih sedikit gula. Dark one juga mempunyai antioksidan tinggi dan sebatian tumbuhan yang memberi manfaat kepada jantung, otak, sistem saraf dan kesihatan
Untuk mengurangkan gula, tambahkan percikan susu ke dalam minuman coklat yang anda beli dalam kotak. Atau anda boleh membeli serbuk coklat gelap anda dan menghasilkan minuman coklat buatan sendiri.
Gula-gula dan bar coklat mempunyai bahaya tercekik. Jadi berhati-hati berikan kepada anak-anak.
Produk coklat biasanya mengandungi atau diproses dengan alergen lain seperti susu, soya, kacang pokok, bijan, gandum dan telur. Jadi berhati-hati jika bayi anda mempunyai alahan kepada alergen ini.
Jadi adakah anda telah mencuba memberikan coklat kepada anak-anak anda. Kongsi dengan saya pengalaman anda!