Perasan tak, anak-anak kita sering saja mengucapkan kata “ala… kacang je tu” bagi perkara yang dirasakan mudah untuk dilakukan.
Namun bila kita menyentuh tentang menggoreng kacang tanah, sah ini bukannya mudah!
Apa yang sering terjadi, bila goreng mesti ada yang terhangus, masak tak sekata dan paling sedih belum pun garing sudah diangkat dari kulai. Pasti rasanya tidak enak, bukan?
Oleh itu tak rugi kiranya kita ‘menuntut’ ilmu tentang bagaimana cara memasak kacang tanah agar masak sempurna.
Di sini ada 2 cara, dan anda boleh pilih yang mana lebih memudahkan anda. Jika rajin, boleh juga cuba kedua-duanya.
CARA PERTAMA
“Mak saudara saya jual nasi lemak sedap,dia kongsikan cara goreng kacang tak hangit, dan rangup krup krap. Hihi. Nampak sangat selalu hangit goreng kan? Ya, memang betul pun.”-NurSaida Nafisa Che Abdullah.
INI TIPNYA
1. Basuh kacang tanah dan tak perlu keringkan sangat,sejat sahaja dalam penyejat.
2. Sediakan kuali bersih, letak atas api sederhana besar.
3. Tuang kacang dalam kuali tadi, sangai sekejap sampai air kacang yang dibasuh tadi kering. Kacau kacau manja kacang tersebut.
Ads
4. Nampak kacang dah kering air, baru masukkan minyak. Minyak tak guna banyak ya, cukup – cukup untuk goreng kacang. Maksudnya, bukan deep fry. Minyak untuk cepat masak berbanding sangai tanpa minyak.
5.Kacau perlahan lahan kacang di atas api sederhana. Lepas tu, rasa kacang,agak -agak dia nak empuk,automatik tutup api ya. Tak perlu tunggu kacang empuk sebab nanti hangit kulit kacang dan hodoh.
6.Angkat kacang separa empuk tu letak atas tisu . Percaya ke tak percaya, kacang itu lama kelamaan empuk sendiri tau.
Ads
7.Kacang panas, biarkan dahulu pada suhu bilik. Bila kacang dah sejuk,simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.
“Kacang pun jelita sahaja,kulit tak “sunburn”,” glow glowing”, licin bak mutiara. Rasa pun sekali rasa nak rasa lagi. Kalau makan depan television tengok drama,kacang yang habis dulu.”
CARA KEDUA
Ads
Ini lain pula caranya yang dikongsikan oleh Mariyana Razalli Via MAHN.
“Just nak kongsi tips. Bakar kacang dalam periuk “-Mariyana
CARA-CARANYA:
Panggang kacang dalam periuk dan tutup periuk tersebut. Then tunggu dalam 1 @ 1jam setengah.
” Sambil tu boleh ler korang mendeco rumah bagai! Dah tak payah nak duk tunggu tepi kuali kacau kacang tanah sampai garing.
“Kalau nak guna oven pun boleh, tapi yang ni lebih syok boleh jimat letrik! Kacang pun, masak sekata jer!!”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Ada orang kata kalau tak cukup kelengkapan memang tak boleh sediakan hidangan lebih-lebih lagi kalau menu pastri. Ini memandangkan menu pastri ini kerja memasaknya sedikit rumit dan perkakasan untuk memasaknya lebih khusus.
Namun bagi yang kreatif, itu semua bukan halangannya jika sudah teringin jika tiada loyang, oven atau sebagainya dicarikan akal untuk dapat disediakan juga. Contohnya memasak tart telur atau ada juga yang panggil pai susu dengan menggunakan periuk nasi. Cukup unik dan menarik untuk dicuba.
Resipi dan cara membuatnya telah dikongsikan oleh Empayar Annur dan semoga jika ada sesiapa antara anda yang teringin memasaknya, bolehlah mencuba!
Musim raya ni mesti ramai yang buat open house kan. Rasa macam nak hidang semua menu sebab semua nampak sedap. Tapi, semua menu pon macam tetamu dah pernah makan. Boleh cuba buat menu yang bukan dari tempat kita. Mesti tetamu suka sampai tambah berkali-kali. Apatah lagi tetamu dari kawasan terdekat.
Ha menu apa tu? Kali ini boleh cuba buat menu kuzi ayam Kelantan. Kuzi ni biasanya orang Kelantan buat untuk hari istimewa je. Sebab apa? Sebab step dia boleh dikira banyak dan renyah. Boleh kata tak berbaloi la untuk hidang sebagai menu harian.
Kuzi ayam ni berlemak dan pekat. Boleh dimakan dengan roti jala atau roti biasa je pon sedap tau. Kalau makan dengan nasi putih pon boleh, cuma kena ada lauk atau kuah lain juga. Kalau tak, rasa macam tak lengkap.
RESEPI KUZI AYAM KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ayam potong 12
BAHAN PERAP AYAM:
Saffron
Halia
Bawang putih
Garam
POTONG KIUB DAN GORENG:
Hempedal ayam
Hati ayam – (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar
BAHAN GORENG:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
BAHAN TUMIS:
6 bawang merah – blend
4 bawang putih – blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte (jenama pilihan sendiri)
KUZI AYAM BERLEMAK PEKAT
CARA-CARA:
1. Mula-mula panaskan minyak. Kemudian goreng bawang merah hiris dan tos. Goreng bawang besar, kismis dan hempedal ayam dan toskan (goreng berasingan). Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
2. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air dan goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan bahan goreng yang lain; ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dll.
5. Masukkan gula dan garam dan masak hingga agak pekat.
6. Boleh dihidang dan sedap dimakan dengab roti jala, nasi minyak dll.