Amalan sunat yang tak asing lagi dilakukan setelah meraikan 1 Syawal adalah dengan berpuasa enam di bulan Syawal. Kelebihan melaksanakan tuntutan tersebut cukup besar ganjarannya umpama berpuasa sepanjang masa.
Pun begitu dalam melaksanakan puasa sunat ini, sering juga ada yang masih keliru sama ada boleh disatukan puasa qadha dan puasa sunat enam tersebut. Adakah perlu di dahulukan puasa wajib menggantikan puasa atau boleh disekalikan.
Menjawab soalan ini, jom kita fahami penerangan daripada.ustaz ini. Jom semak.
TWO IN ONE : PUASA SUNAT SYAWAL + PUASA QADHA
Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan. Dalam bulan Syawal lepas, syukur saya telah selesaikan membayar ‘hutang’ puasa Ramadan lepas, sekali gus berpuasa sunat bulan Syawal sebanyak enam hari. Tapi saya keliru. Apakah saya boleh ‘gabungkan’ dengan puasa ganti atau bagaimana? Jika digabungkan, apakah sah puasa saya itu? Ada yang kata boleh dan ada yang kata kena selesaikan dahulu ‘hutang’ puasa wajib. Tapi, yang sebenarnya, mana yang lebih afdal untuk diikuti. Terima kasih.
Wa’alaikumussalaam Warahmatullahi Wabarakatuh
Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulan Ramadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuh berkat ini Allah ‘Azza wa Jalla membuka pintu langit dengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulan yang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Ads
Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.
Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah pada bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain.
Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertakwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita.
Ads
Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Hadis ini dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam di dalam Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam: “Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari), yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i.
Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.
Ads
Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah s.w.t.: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa.” (Surah Ali Imraan : 133) Sekadar untuk memberi peringatan, 1 Syawal adalah hari yang dilarang berpuasa. Abu Hurairah berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)Justeru itu jangan memulakan puasa sunat enam ini pada 1 Syawal.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tiada dalilnya dari al-Qur’an atau mana-mana hadis Nabi s.a.w. yang sabit.
Justeru itu hendaklah puasa qadha dan puasa sunat enam ini dilakukan secara terpisah kerana sebagai hamba yang tunduk kepada perintah Allah, memperbanyakan amalan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah dengan memisahkan di antara yang ibadat wajib dengan sunat lebih menunjukkan sikap bersungguh-sungguh untuk mencapai keredaan-Nya.
Janganlah kita berkira-kira dalam melakukan ibadat atau menjadi si bakhil dengan melakukan ibadat dengan formula dua dalam satu ini agar kualiti ibadat kita terjamin.
Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu iaitu dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.
Apa pun dibenarkan untuk berpuasa sunat enam Syawal terlebih dahulu walaupun mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqadha. Pandangan ini adalah berdasarkan dalil bahawa Aisyah r.a pernah melewatkan mengqadha puasa Ramadan hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Semoga persoalan yang dibangkitkan oleh saudari telah terjawab. WAllahua’lam
Biasanya kita membeli rumah untuk didiami bersama anak beranak dan merasakan cukuplah membeli satu sahaja yang selesa. Tentunya juga bila sudah memiliki kediaman tesebut, kita seakan tidak mahu lagi memikirkan untuk menambah satu lagi rumah dengan beranggapan tidak mahu menambah beban dan hutang.
Sedangkan jika ada satu lagi rumah, banyak manfaat dan kebaikan yang boleh anda nikmati.
Photo by Alexander Andrews on Unsplash
Ini seperti mana menurut Ky Tee iaitu seorang Perundingan Kewangan yang sering berkongsi info di media sosia, dia sangat-sangat menyarankan dan sering menasihatkan kawan-kawan dan klientnya untuk membeli sekurang-kurangnya 2 buah rumah.
Kenapa perlu dua ye?
Untuk mengetahui detail, jom baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.
Beli Sekurang-kurang 2 Buah Rumah
Saya selalu nasihatkan kawan dan klient saya, sekurang kurang perlu beli 2 buah rumah.
📌Sebuah rumah untuk duduk sendiri
📌Sebuah rumah untuk sewa
Senario 1
Kalau hadapi masalah kewangan atau masalah commitment tinggi. Boleh buat refinance rumah sewa dapatkan cash out
Cash out boleh bayar hutang hutang jahat,kurangkan commitment. Walaupun selepas refinance hutang rumah akan bertambah. Tapi ada penyewa bayar installment setiap bulan.
Senario 2
Rumah market value naik, boleh refinance rumah sewa dapatkan cash out , Cash out boleh bayar habis hutang rumah tinggal sendiri. Commitment untuk rumah sendiri dah habis.
Photo by Hutomo Abrianto on Unsplash
Senario 3
Rumah market value naik selepas 10 tahun, rumah sewa boleh buat refinance dapatkan cash out, cash out boleh guna untuk buat renovation rumah tinggal sendiri, atau boleh bantu rumah ibu bapa buat renovation.
Senario 4
Kalau perlukan modal untuk berniaga nanti, contoh RM80,000. Ramai orang akan dapatkan pinjaman personal loan. Kalau anda ada rumah sewa, boleh refinance rumah ini untuk dapatkan modal berniaga.
Kalau ambil personal loan RM80,000 installment sekurang kurang RM900 sebulan. Buat refinance rumah RM80,000 installment RM350. Installment tiap tiap bulan ada penyewa bayarkan.
Photo by Maria Ziegler on Unsplash
Kalau mampu belilah beberapa biji rumah untuk melabur, 5 tahun kemudian market value naik, nak jual atau refinance pun boleh. Cash dapat boleh pilih nak settle hutang, buat renovation rumah atau buat berniaga. Atau simpan dalam pocket
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Lapang dan lega rasanya bila kita dapat tahu sekiranya bulan ini adalah bulan terakhir pembiayaan kereta atau motosikal yang perlu dilunaskan. Memang tidak tergambar betapa kita bahagia kerana lepas satu beban setelah bertahun-tahun membayar loan kereta kepada bank. Jadi selepas ini, adalah lebihan duit untuk disimpan atau dibelanjakan untuk kegunaan lain.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu ada satu perkara penting yang perlu dilakukan apabila sudah langsai segala pembayaran pinjaman untuk pastikan kenderaan tersebut menjadi milik sepenuhnya. Ini sebagaimana info yang dikongsikan oleh Nadia Izzati.
Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta atau Motosikal
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.
Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?
Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.
Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
Prosedur E Batal
Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.
Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?
Kesimpulannya,
Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik.
Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.
P/S : Boleh call JPJ untuk double confirm. Lain tempat lain caranya. COVID-COVID ni stay at home.
Menampung perbelanjaan untuk menunaikan haji, umum mengetahui memerlukan sejumlah wang yang banyak. Pun begitu, mungkin ada lagi yang belum mengetahui, wang dalam akaun simpanan andai kurang daripada 10 ribu sekali pun, masih ada peluang untuk kita ke tanah suci. Bagaiaman caranya itu, ayuh kita fahami proses dan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan kita ke tanah suci biarpun wang dalam tabungan masih belum mencukupi. Nak tahu caranya, jom semak perkongsian daripada saudara Hafizul Hakim ini.
Kos RM9,980 mungkin berubah dari tahun ke tahun. Tertakluk kepada syarat-syarat dan polisi Tabung Haji dan KWSP di masa depan.
“Rupanya RM6,980 je kita perlu kumpul dalam akaun Tabung Haji.”
Selepas dapat surat tawaran, kita diberi masa sebulan untuk hantar semula borang pengesahan pergi haji. Dalam tempoh itu, kita mesti buat pemeriksaan kesihatan dan juga cukupkan jumlah bayaran tunai haji.
Untuk tahun 2019, kos haji masih RM9,980 seorang. Pengiring dan mahram juga hanya perlu bayar jumlah yang sama.
.
1. Individu yang dapat tawaran menunaikan fardhu haji boleh mengeluarkan maksima RM3,000 dari akaun II KWSP mereka.
2. Misal kata dalam akaun TH ada RM6,000. Maka kita boleh keluarkan maksima RM3,000 untuk dikreditkan terus ke dalam akaun TH. Ia bagi tampung jumlah wang untuk bayar kos Haji.
Seandainya dalam akaun Tabung Haji ada RM7,000 maka kita cuma boleh keluarkan RM2,980.
Jika dalam akaun TH ada RM8,000 maka kita cuma boleh buat pengeluaran RM1,980 je. Boleh faham kan.
Nota: Kalau sebelum ni akaun TH dah penuh, korang parking lah duit tu ke akaun lain kejap. Mana tahu sebagai duit poket untuk belanja di Mekah dan Madinah nanti.
Paling mustahak, dapatkan que untuk daftar pergi haji terlebih dahulu. Kalau ada tunai RM1,300 awak terus ke kaunter TH bagitahu nak daftar haji. Kalau tiada wang RM1,300 pergi KWSP bagitau nak daftar ibadah haji guna akaun 2.
Mudah aje!
.
Dokumen diperlukan:
3. Sebelum ke kaunter KWSP kita perlu sedia tiga salinan dokumen ini iaitu:
a. Salinan surat tawaran haji (bawa salinan original sekali untuk rujukan staff KWSP).
b. Salinan muka depan dan baki terkini akaun Tabung Haji. (Update jumlah terkini dan bawa sekali buku akaun TH).
c. Salinan kad pengenalan
4. Kurang dari 10 minit, staff KWSP akan uruskan proses pengeluaran. Mudah dan pantas!
5. Wang tadi akan dikreditkan terus ke akaun TH kita dalam tempoh 5 hari bekerja. Nanti ada SMS dihantar untuk beritahu wang dah masuk.
Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini dan dipermudahkan urusan haji! Harap dipanjangkan info ini buat tatapan rakan-rakan lain.
Kita permudah urusan orang, Tuhan akan permudahkan hal kita. Insha Allah. Haa cepat pergi daftar haji guna akaun KWSP.