Andai pernah ke Terengganu untuk bercuti bersama keluarga, tentu tidak melepaskan peluang menikmati Ikan Celup Tepung atau juga terkenal dengan nama singkatannya ICT.
Rasa ikannya segar dan salutan tepungnya yang ranggup, semua itu tidak dapat digambarkan keenakan rasanya hingga membuatkan makan berkali-kali.
Untuk itu, bagi mengubat rasa teringin menikmatinya lagi, apa kata anda sediakannya sendiri. Bahan yang digunakan juga cukup ringkas. Bolehlah dijadikan menu kudapan di waktu petang bersama keluarga.
Ini resipinya.
Ikan celup tepung akak style..
Sepeket tepung beras cap gajah 3 ekor
2 biji telur ayam
3 sudu kfc serbuk kunyit
3 sudu besar air kapur
Garam secukup rasa
Air ais – agak-agak tepung tu tak cair dan tak pekat.
Cara penyediaan:
1. Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam- gaul bagi sebati.
2. Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
3. Masukkan telur dan air kapur – gaul sebati
4. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sedang-sedang je..
* Bila guna air ais, tepung tu lagi rangup
* Pastikan minyak betul-betul panas baru tepung dia jadi berkerak cantik
Dalam merancang kewangan keluarga untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan di masa akan datang, ada banyak perkara perlu segera dilakukan pada masa kini.
Ini penting untuk memastikan walau dalam kegawatan yang menghimpit, agar kita masih boleh lalui dengan tidak terasa begitu terkesan. Sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Perlu beringat!
Untuk itu, digariskan antara 10 perkara yang boleh anda lakukan segera pada masa ini demi masa depan yang lebih terjamin sebagaimana perkongsian saudara Harith Faisal.
Bagi saya senang saja. Kalau kau belum ada simpanan kecemasan 6 bulan sekarang ni, maksudnya tahap kewangan kau memang teruk. Ini sangat serius!
Nak hadap ekonomi yang bakal gawat dalam keadaan macam tu, memang kau bakal terciduk dan kalah awal. Better kau buat 10 benda ni cepat-cepat.
1. Kalau ada lebih daripada satu rumah, jual satu rumah yang dah naik harga dan hasil untung jualan tu boleh create simpanan kecemasan kau untuk 12 bulan terus. Barulah berbaloi jual rumah, kan.
2. Kalau kau ada satu saja rumah, mahal pula tu. Bayaran bulanan lebih 30% daripada gaji seisi rumah, baik kau berjaga-jaga. Hilang pekerjaan, jenuh nak bayar nanti. Standby mindset untuk sewakan rumah kau tu dan kau sewa pula rumah lain yang jauh lebih murah, kalau perlu.
3. Cuba-cuba cari side income yang boleh cover at least 50% daripada komitmen dan expenses bulanan. Langit tak selamanya cerah. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.
4. Of course kena cari ilmu skill sale dan marketing. Tak kisahlah offline atau online. Bila kau mahir skill ni, kau boleh jual apa saja.
5. Downgrade kereta kalau dirasakan perlu. Iyalah, selama ni kau selesa berkereta mewah, sampai simpanan kecemasan 3 bulan pun tak ada. Teruk betul perangai. Tak ada orang tegur kot selama ni.
6. Sit down dan berbincang dengan pasangan. Buat semula kira-kira komitmen dan belanja bulanan. Mana yang boleh kau potong, potong sajalah. Dah stabil nanti, kau pasanglah balik.
7. Benda ni tak popular. Tapi kena sebut juga. Allocate sedikit duit kau untuk sign up plan takaful dan juga medical card. Utamakan kau dan pasangan dulu. Then barulah anak-anak.
8. Kurangkan bergaul dengan kawan-kawan yang jenis boros. Kalau kau jenis kuat iman, tak mudah terpengaruh tak apa. Tapi biasanya memang tewas bila kau minoriti. Sedar diri.
9. Semua ni kau kena buat tak lain tak bukan untuk naikkan simpanan kecemasan kau daripada kosong kepada 6 hingga 12 bulan. Serius wei, kalau kau ada simpanan kecemasan 12 bulan hidup kau lebih tenang. Tak percaya, boleh cuba buat bermula esok hari ya.
Kalau dah berjaya nanti, baru ucap terima kasih kat saya.
Tentunya setiap peniaga sudah lakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan perniagaan yang dijalankan. Namun desakan dengan keadaan semasa, seakan tidak sanggup ditanggung lagi beban pembayaran sewa permis sedangkan perniagaan tidak berjalan lancar.
Hal yang sama turut terjadi pada Atu Zero, ini sebagaimana memetik laporan di myMetro dimaklumkan pelakon dan pelawak Atu Zero, 29, mendedahkan dia kini dalam pertimbangan menutup kedai perniagaan kek lapis dan butiknya di Setia Alam, Selangor selepas semakin terbeban membayar sewa premis itu.
Tutup Kedai & Beroperasi Di Rumah
Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif mengakui dia sebenarnya berat hati untuk melepaskan premis terbabit, namun itu saja cara terbaik buat masa ini demi mengawal kewangannya.
Menurutnya, perniagaan kek lapis bersama isterinya Shafeeqa Johari, 35, itu masih akan diteruskan tetapi hanya beroperasi dari rumah saja.
“Memang sayang rasanya apalagi kedai itu sudah kami ubah suai serta sewanya agak berpatutan. Namun begitu, buat masa ini memang kami semakin terbeban untuk membayar sewa bulanannya.
“Kami pun sudah memaklumkan kepada pemilik premis itu untuk memberi laluan kepada penyewa baharu yang lebih berkemampuan jika ada. Kami dengan rela hati sudi melepaskannya.
“Buat masa ini, kami akan tengok keadaan dulu bagaimana tapi kemungkinan besar memang terpaksa menutupnya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pendapatan kami merosot serta masih perlu bayar komitmen lain seperti rumah dan kereta,” katanya.
Jalankan Program Pengurusan Kenazah Di Kudat
Atu mengakui buat masa ini dia perlu mengawal belanja apalagi industri hiburan masih dilarang untuk beroperasi. Justeru, banyak hal perlu dipertimbangkannya sebelum dapat dibenarkan kembali bekerja semula kelak.
“Kali terakhir saya terbabit aktiviti seni adalah menerusi Muzikal Lawak Superstar 2. Selepas itu, bila PKP 3.0 memang sudah tiada pekerjaan selain perniagaan kek lapis dan butik berkenaan.
“Meskipun pendapatan jual kek lapis masih ada, tapi perniagaan makanan lain tak dapat dijalankan di premis itu kerana larangan makan di dalam kedai. Justeru, kami berfikir untuk menutupnya saja,” katanya.
Dalam pada itu, Atu mengakui terharu apabila mendapat kata-kata sokongan daripada Ustaz Ebit Lew yang menyuruh mereka untuk tidak berputus-asa.
“Beliau ada juga menyatakan keinginan untuk membantu perniagaan kami. Namun begitu, kami meminta beliau lebih baik dulu membantu program pengurusan jenazah yang kami jalankan di Kudat, Sabah,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.