Caranya:
1. Pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih.
2. Ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan.
3. Biarkan jagung direbus hingga masak.
Ads
Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
Bahan-bahan:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan garam
3 sudu makan kepala parut
Air secukupnya
Caranya:
1. Rebus jagung hingga masak.
Ads
2. Biarkan sejuk seketika. Ketepikan.
3. Satukan kelapa parut, garam dan gula. Gaulkan rata.
4. Hiris isi jagung dan gaulkan ke dalam bahan kelapa. Gaulkan rata.
5. Sedia di makan.
Ads
Kredit Foto: Enyabdullah.com
#PETUA 3
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Caranya:
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat.
Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit.
Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki kediaman yang cantik terhias dengan konsep dekor yang menepati citarasa tentunya mendatangkan kepuasan di hati kita. Namun bila memikirkan tentang bajet yang perlu dikeluarkan ada juga yang berkira-kira untuk merialisasikan konsep dekorasi idaman. Apatah lagi jika memakan belanja yang besar.
Pun begitu, buat penggemar konsep kediaman yang mana bahagian dinding dihiasi dengan panel-panel kayu ala-ala wainscoting bolehlah mencuba trik ini untuk lebih jimat. Kosnya jauh lebih murah dan kesannya juga nampak hebat sebagaimana yang diilhamkan oleh Shafeq Bada ini. Jom semak.
Hari raya lepas bajet banyak burst. So aku terpaksa la deco umah ala kadar. Bg yg baru nak duduk rumah baru, tak banyak deco or perabot bleh try buat ni kat ruang tamu.
Asalnya dinding memang kosong tak letak ape2. Frame pn nk beli cost dlm beratus gak.
Bahan-bahan yang diperlukan
Last2 aku beli set roller kit (brush, roller & masking tape) dlm rm20 kat kedai Mr.DIY & cat nippon rm29.90 (1 liter) n inilah hasilnya. Dinding ala2 corak wainscoting idaman den. Tak payah beli frame gambar byk2 da nmpak penuh umah.
Pada yg nak try bleh ikut cara ni:
1. Gunakan masking tape utk buat bentuk square/frame.
2. Mulakan dari frame kiri & kanan dulu, last baru frame yg tengah supaya nampak balance.
3. Pastikan jarak tiap bucu square dalam 1 kaki
3. Bila frame dah siap lukis pakai tape, bleh la cat macam biase.
4. Bila da siap cat, biarkan sampai cat kering.
5. Bukak balik masking tape yg korg buat tu then settle. Cuma kena touch sikit kat bucu2 frame tu jela pkai cat. Then siap!
Buat ni xsampai setgh hari pun. Xpayah pikir nk beli wallpaper da. Bajet skit n amik masa pn sekejap. Bleh la try nti ye.
Semalaman tak cukup tidur memang buat kulit muka terjejas. Kulit jadi kering, kusam dan tak bermaya.
Kalau tiba-tiba hari ni ada majlis baik anda pulihkan segera dengan tip di bawah ni. Kulit makin cantik dan nampak segar serta merta. Wajib cuba!
1.Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
2. Basuh muka dengan air kelapa
Ambil air kelapa dan cuci muka dengan air kelapa, biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
3. Bancuhan serbuk kunyit dan madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
4. Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
5. Skrub beras pulut
Sesekali buat skrub daripada beras pulut yang digabungkan bersama garam dan gula. Kisar halus dan kemudian sental wajah hingga rata. Bilas wajah bersih. Hasilkan kulit akan lebih licin dan lembut.
6.Air Mawar
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah.
Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Mulakan dari awal bak kata pepatah jika nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menerusi satu catatan, wanita bernama Nurul Atika Moktar berkongsi tentang tip mendidik anak yang dikongsikan oleh seorang wanita cina kepadanya.
Ilmu keibubapaan ini cukup penting dan boleh digunapakai oleh ibu bapa sekalian dalam mendidik anak-anak.
Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Mulanya tegur aunty tu sebab muka dia nampak sangat sangat muda, tapi rambut semua dah putih. Saja tanya umur dia, dia cakap 58. Tapi serius muka dia macam umur 30 macam tu. Cantik sangat! Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Nak bagi badan muda muka cantik, hati kena baik. Sentiasa positif, jangan selalu marah, hati cantik muka pun cantik”
“Kalau boleh biar anak pandai bahasa ibunda dulu. Lepas tu jangan campur-campur. Nanti anak confuse. Saya ajar anak saya harini 1 hari cakap Mandarin. Esok 1 hari cakap Bahasa Melayu. Lagi esok 1 hari cakap Inggeris. Tak ada campur. Lagi anak senang ingat”
“Benda basic macam atas bawah luar dalam, warna, bentuk, apa dia rasa macam suka sedih marah, semua kena ajar bukan guna buku,bukan guna telefon.
“Jadi mak bapak hati kadang-kadang kena keras. No means no. Kalau anak menangis nak telefon jangan terus bagi. Bagi anak faham bila kita cakap TAK, dia faham memang tak boleh”.
Itulah permulaan perbualan kami. Lepas tu dia tengok Adra tengah belek-belek sayur. Tanya ni apa, tu apa. Haa tu yang terus aunty tu ajar macam-macam.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”. Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.