Ini namanya rezeki terpijak buat seorang wanita apabila cincin miliknya yang dibeli pada harga murah lebih kurang 37 tahun lalu, kini bernilai RM3.75 juta!
Cincin berkenaan dibeli di jualan garage atau car boot sale pada tahun 1980 pada harga 10 euro (RM48) telah mengubah nasibnya.
Pada awal 2017, wanita berkenaan tergerak hati untuk mengetahui nilai cincin berlian yang sentiasa dipakainya mengikut pasaran semasa. Dia merasakan cincin yang dipakainya itu unik dan mungkin bernilai tinggi.
Terkejut bernilai tinggi
Siapa sangka, naluri untuk memeriksa nilai cincin itu memberikan rezeki terpijak buatnya. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui nilai sebenar berlian itu setelah 37 tahun memakainya.
Ads
Cincin itu telah disahkan pakar adalah tulen yang merupakan berlian 26.27 karat atau di dikenali juga ‘The Tenner Diamond’. Ia dikatakan telah dbuat pada abad ke 19.
Nekad jual
Jauh di sudut hatinya meluahkan rasa gembira dan terkejut. Akhirnya membuat keputusan nekad untuk menjualnya. Melalui proses bidaan yang sengit di London akhirnya cincin itu terjual pada harga 656,750 pound sterling atau lebih kurang RM3, 750,795. Dalam pada itu, seorang pakar industri percaya bahawa cincin itu dahulunya pernah dimiliki oleh keluarga di raja.
Andai ada kesalahan yang anak-anak kita lakukan, acap kali juga kita akan mudah marah-marah hingga keterlaluan. Alasan kita biasanya untuk mendidik, apa yang kita buat ke atas mereka, kita rasakan betul dan wajar.
Namun, sekali sekala kita juga sering terlupa bahawa apa yang telah kita lakukan itu tiada kewajarannya dan akhirnya akan timbul rasa sesal di dalam diri. Perasaan yang sama juga telah dirasai oleh seorang ayah ini dan ini kisahnya dikongsikan agar turut memberi manfaat dan panduan untuk ibu ayah yang lainnya dalam mendidik anak-anak.
Ada orang tanya saya, bagaimana cara terbaik untuk mendidik anak. Saya tidak layak menjawab soalan begitu. Yang saya boleh katakan, saya bukanlah bapa yang baik, yang boleh dijadikan contoh kepada yang lain.
Ada satu peristiwa yang benar-benar sehingga kini mengganggu diri saya. Setiap kali dikenang, saya tidak malu katakan bahawa saya menangis. Pernah juga saya teresak-esak tidak dapat menahan betapa sesalnya saya berbuat perkara tidak baik dalam mendidik anak saya, Safiyyah. Apalah beban yang perlu ditanggung pada usianya yang hanya berumur empat tahun ketika itu.
Ceritanya begini.
Sejak Safiyyah mempunyai adik, dapat dilihat bahawa dia banyak cemburu. Safiyyah ini sejak lahir tidak pernah meragam besar, hanya kecil-kecil sahaja ragamnya seperti mahukan susu, mahu tidur dan mahu berjalan di luar rumah. Budaknya diam, tidak banyak bercakap. Melainkan apabila diacah oleh kami dan saudara mara.
Di dalam rumah kami, Safiyyah mempunyai motor beroda tiga berkuasa bateri yang boleh ditunggangnya di dalam rumah. Yang saya perasan, apabila adiknya Riyadh, ketika itu sudah berusia 2 tahun mahu bermain bersama, akan ditolak adiknya. Yalah, padanya itu harta dia. Budak-budak. Banyak kali saya lihat, Safiyyah suka menolak adiknya itu apabila cuba menaiki motornya.
Sampailah suatu hari pada waktu senja, mereka bergaduh pasal motor tu. Safiyyah seperti biasa akan jadi pemenang, menolak adiknya sehingga jatuh terduduk. Riyadh menangis besar.
Saya yang masa itu mahu ke bilik air untuk mandi, naik marah. Memarahi Safiyyah sunguh-sungguh dengan mengatakan padanya, dia seorang kakak yang kedekut, suka cari pasal, bencikan adik dan paling saya ingat sampai sekarang “Abah tak akan cakap lagi dengan Safiyyah”.
Kau bayangkan kawan, saya berkata kasar begitu kepada anak kecil yang baru berusia empat tahun.
Safiyyah menangis. Tersedu-sedu dan membawa diri ke bilik wan (nenek) nya. Berjalan penuh sayu, menunduk sambil tangan kanan mengesat-ngesat air mata yang jatuh berjurai di pipinya. Sayu, teramat sayu dan pilu.
Saya terus dalam keadaan marah masuk ke bilik air. Mulut masih lagi membebel. Selesai mandi saya kembali ke bilik. Sudah sahaja memakai pakaian, saya pun bersedia untuk keluar dari bilik menuju untuk bersolat maghrib di ruang tamu. Ketika mahu keluar,di dinding, bersebelahan pintu bilik, Safiyyah duduk di situ.
Dengan kedua-dua tangan memeluk lutut yang mana lututnya itu di paras dadanya, kepalanya tertunduk, dan dia kemudian memujuk saya dengan mengangkat kepala memandang ke arah saya, perlahan suaranya tersedu-sedu memanggil “Abah, abah, Safiyyah ni”.
Itulah Safiyyah. Kena marah macamana pun, tak sampai seminit dia akan cuba mengambil hati saya dengan menunggu di pintu bilik. Banyak kali sudah dibuatnya begitu.
Itulah perkara paling bodoh saya lakukan dalam hidup saya hari itu. Saya langsung tidak menyahut panggilan Safiyyah, dan lebih malang bagi Safiyyah, saya tidak langsung menghiraukannya. Terus membentang sejadah dan bersolat maghrib, dalam keadaan marah hanya reda sedikit.
Safiyyah pula, kekal duduk bersandar di dinding, dengan harapan saya akan memujuknya.
Tidak. Saya terus tidak melayannya. Keluar dari rumah, untuk ke masjid pula, saya terus dengan ego bodoh saya terhadap anak kecil itu, tidak memandang dan melayannya.
Ketika saya bergerak ke masjid dengan menaiki motorsikal, saya sempat memandang ke arah pintu cermin, kelihatan Safiyyah memandang sayu ke arah saya. Saya pula, kekal tidak pedulikannya.
Kalian tahu, hari itu anak kecil bernama Safiyyah ini diuji perasaannya pada usia begitu dengan sikap sombong dan bodoh bapanya, iaitu saya.
Sungguh, pandangan sayu Safiyyah hari itu, masih kekal dalam ingatan saya.
Didikan Terbaik
Di masjid, sebelum Ustaz Jauhari memulakan kuliahnya, beliau suka bermula dengan mukadimah berkaitan isu-isu semasa. Entah kenapa hari itu, beliau memberi peringatan dan pengajaran berkaitan mendidik anak dengan betul. Katanya:
1. Mendidik anak bukan seperti mendidik orang dewasa, perlu belaian dan kasih sayang yang berlebihan daripada walinya dan ibunya.
2. Tarik minat anak-anak dengan ilmu agama, sirah nabi.
3. Tegur anak dengan baik, bukan menengking, memboikot malah menarik muka mahupun tidak bertegur sapa beberapa hari.
4. Rujuk cara nabi Muhammad melayan anak-anak.
5. Anak kalau bergaduh sesama, itu biasa. Bagi masa untuk mereka suaikan diri, bagi peluang semua merasa dan bagi menang-menang, bukan sorang menang, sorang kalah.
6. Anak merajuk, ambil hati anak. Bukan dibiarkan begitu sahaja dengan dunia rajuknya.
7. Dengarkan anak dengan bacaan al Quran dari bibir kita sendiri, perlahan-lahan anak ini akan jadi anak yang patuh pada arahan kita, lembut hatinya mendengar kata.
Saya termenung. Semasa itulah saya sedar, betapa bodoh dan sombongnya tindakan saya terhadap Safiyyah. Tindakan paling bodoh diambil untuk budak seusia begitu. Ya Tuhan, ampuni aku.
Sesal Menyapa
Mengikut marah saya, saya lupa perasaan Safiyyah yang masih kecil. Saya lupa betapa dia perlukan kasih sayang saya. Saya lupa, betapa dia suka duduk di atas riba saya. Saya lupa, bahawa umurnya ketika itu baru empat tahun. Saya silap, bukan itu didikan untuk Safiyyah pada usianya begitu. Saat itu, hati saya mendesak untuk pulang segera, bertemu dan memeluknya erat sepuas-puasnya.
Selesai solat isyak, saya lekas pulang. Hati saya memberontak, mahu terus berjumpa dengan puteri si jantung hati saya. Sesampainya di rumah, isteri membuka pintu, kemudian berkata pula dalam sayu,
“Kasihan Safiyyah. Dia sudah tidur, menangis tidak henti-henti. Abang ni, nak marah ke budak pun, janganlah sampai begitu sekali sikapnya. Tak layan ke dia, tak pandang ke dia, tak tegur ke dia. Apalah yang dia tahu pada umurnya begitu. Dunianya hanya kegembiraan, dunianya hanya penuh permainan yang menyeronokkan. Dunianya, sudah pasti ada cemburu pada adik-beradiknya. Kita pun begitu kan dulu-dulu?”
Saya terduduk di atas sofa. Menghadap wajah Safiyyah yang sedang lena di atas toto, dibentang di ruang tamu. Wajah comel itu, sayu dan menyimpan rindu buat ayah yang baru sahaja memarahinya tanpa memikirkan tahap usianya, tanpa memikirkan bahawa Safiyyah itu anak perempuan, yang memerlukan kelembutan dalam asuhan berbeza dengan lelaki.
Saya, bertegas tidak bertempat. Itu semua mencipta tindakan bodoh dari diri sendiri.
Saya perlahan turun dari sofa dan merapati Safiyyah. Mengusap-ngusap kepalanya, menyentuh lembut pipinya. Ketika jari saya menyentuh tapak tangannya, seakan dia tahu ketika itu saya yang menyentuhnya, cepat dia menggenggam dengan jari kecilnya. Erat. Lama bagai tidak mahu dilepaskan.
Saya sebak. Menyesal dengan tindakan melulu saya, menyesal dengan dosa yang telah saya lakukan kepada Safiyyah. Entah kenapa saya hari itu, menuruti kata syaitan memenuhi nafsu amarah, meninggi ego kononnya saya betul lakunya.
Anak Anugerah Agung
Wahai kawan,
Anak ini anugerah agung kurniaan Allah. Didiklah mereka dengan jalan dan ajaran yang betul dan benar. Tegurlah mereka, perbaikilah sikap mereka mengikut usianya, berikanlah kasih dan sayang sepenuhnya selagi berpeluang. Kawal emosi kita ketika berhadapan dengan mereka. Berikan masa untuk mereka bermanja dengan kita, luangkan masa untuk bersama bergurau senda bermain.
Saya pernah tersasar dalam memperbaiki sikap anak. Betapa sakitnya dan perasaan sesal itu kekal terpahat dijiwa sehingga sekarang. Tak pernah pudar walau sesaat.
Anak menghadirkan berkat dan rahmat buat kita, menambah rezeki keluarga. Tidak pula mereka membebankan kita, apatah lagi menyusahkan hidup kita.
Hadir mereka membawa keindahan dalam kehidupan berkeluarga. Indah jugalah hendaknya cara didikan kita, kelak harapannya apabila membesar setiap tahun, mereka mengikut segala didikan dan ajaran yang baik-baik, dan dapat menempuh alam kehidupan penuh cabaran dengan berpandukan jalan-jalan disukai agama dan masyarakat.
Mereka, pengirim doa bahagia kita di sana, asuhlah sebaiknya.
sumber : WS Adli,
Belajar dari kesalahan dan kesilapan diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak masak apa hari ni ye. bagi ibu-ibu yang pening nak sediakan hidangan untuk keluarga hari ini, Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat. Jadi dapatlah Mak-mak luangkan lebih masa dengan keluarga. Jadi, apa kata cuba resepi ayam bakar yang sangat simple ni tapi sedap.
RESEPI AYAM BAKAR
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Nak dapatkan resepi lebih istimewa jom LIKE PAGE
https://www.facebook.com/supselerautarafazlan/
kredit: dani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak kelebihan dalam bersedekah ini, bahkan dalam Islam juga turut menitikberatkan soal sedekah. Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuk kita.
Pernah tak anda mendengar atau membuat sedekah subuh? Ia dilakukan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau pada masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh.
Banyak ganjaran yang kita boleh peroleh asalkan ikhlas dan istiqamah dalam melakukannya. Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Allah kabulkan.
Perkongsian dari puan Dzuriasikim Dzulkifli ini boleh dijadikan panduan. Moga bermanfaat!
FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH . 1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi. 2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan kepada anak yatim, orang yang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak untuk menerima sumbangan. Mungkin saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan. (Nanti, ingatkan saya untuk menulis apakah kebaikan bersedekah kepada mereka yang di dalam kesusahan ini).
3. Waktu tiap kali menderma ke “Tabung Subuh” tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira (elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar. Yakinlah bahwa ganjaran dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka (oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta dari pelbagai pintu dan arah. Yakin juga bahawa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni (Maha Kaya) dan Al Mughni (Maha Pemilik Kekayaan).
4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. . Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري) Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)
5. TULIS NAMA PADA TABUNG Tulis nama pada tabung ini adalah sebagai affirmation kita nak komited dengan amalan mulia ini. Supaya kita rajin dan harus buat setiap hari. Kalau boleh tabung kita tu buat cantik-cantik sikit atau guna tin atau bekas yang cantik. Agar kita sendiri rasa seronok dan tak sabar nak menderma untuk keesokan hari pula. Anda tahu tak, bila buat begini kita juga akan secara tidak sengaja akan rajin untuk bangun solat Subuh di awal waktu. . 6. TABUNG SUBUH BUAT ANAK-ANAK Kalau anak-anak kita diberikan kefahaman untuk bersedekah dan memilik Tabung Subuh masing-masing lagi baik. Mudah-mudahan ada keajaiban buat anak-anak juga Allah beri nanti.😀👍
. POTONGAN AYAT AL-QURAN – Surah Ali Imran Ayat 133-134 133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; 134. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; . Jom sahabat semua kita ringankan tangan untuk bersedekah. Sedekah Subuh, bukan bermakna waktu lain kita tidak boleh bersedekah ya. Cuma sedekah Subuh ni special kan. Sebab itulah kakak masukkan hadis dan petikan Surah sebagai rujukan. . Sesungguhnya Allah Ar Razzaq Al Mughni (Maha Pemberi Rezeki & Maha Pemegang Kekayaan).
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.