Akhir-akhir ini kita sering dikhabarkan dengan berita kematian, sama ada menjadi korban akibat angkara Covid-19, mahu pun pelbagai asbabnya. Benar, kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Namun apa yang akan ditinggalkan setelah berlakunya kematian itulah yang membezakan setiap antara kita.
Berkongsi tentang itu, Puan Siti Suryani Yaakop merangkumkan ada satu persamaan antara arwah Pak Yus, Abam & Siti Sarah yang boleh kita jadikan panduan dan renungan untuk kita meneruskan kehidupan ini agar kelak bila tiba masa kita tinggalkan dunia ini, kita dapat tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang dengan seikhlas hati.
Pak Yus, Abam & Siti Sarah Dalam Kenangan
Pak Yus. 30 November 2015. Isnin.
Abam. 10 Febuari 2020. Isnin.
Siti Sarah. 9 Ogos 2021. Isnin.
Masa arwah Pak Yus meninggal, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk arwah. Masa tu arwah masuk Raja Parodi. Lepas arwah meninggal, minggu tu rancangan tu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk arwah.
Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan arwah yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari arwah Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, “Lepas ni takda lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan”.
Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal arwah mesti menangis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang.
Paling kita ingat kisah arwah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, “Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam takda”.
Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato’ Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan arwah. Sampai menangis kita walau tak pernah jumpa dia.
Tuan Nadir kongsikan kisah arwah bagi korban berbelas ribu untuk Gaza. Masa jenazah arwah sedang diuruskan, team BeePrihatin post di ig. Orangnya dah takda tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live di tanah perkuburan saya nampak ada orang komen. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.
Ads
Lalu dari 3 manusia berbeza ini, ada satu pengajaran yang sama
1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa.
2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.
3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.
4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah takda ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ni macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.
5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.
6. Kebaikan ni sama bagai minyak wangi. Dia meruap. Bila mana kita sorok tak bagi nampak pun, Allah akan tunjuk. Lepas tunjuk satu, keluar satu lagi. Dan lagi. Akan pecah harumnya sama macam pecahnya bau minyak wangi. Jika tidak masa kita hidup, waktu kita telah mati.
Ads
7. Tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang. Seikhlas hati. Pak Yus suka tolong anak yatim. Abam sabar jaga mak sakit. Siti Sarah punya taatnya pada suami, stokin pun dia sarungkan.
8. Tinggalkan impak pada orang keliling yang ada. Sehingga semua orang ada memori istimewa yang berbeza dengan kita tiap satunya. Ada kisah manis yang terus hidup walau saat kita telah tiada.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Terdapat banyak rahsia atau resepi untuk perkahwinan yang bahagia. Tentunya setiap pasangan inginkan kehidupan rumahtangga yang manis-manis belaka. Terdapat pelbagai tip untuk memastikan hubungan sentiasa intim.
Kepada suami, nak ambil hati isteri ini mudah saja. Mulakan dengan pegang tangannya. Ikuti panduan beriku
1: Apabila berjumpa. Masa anda jumpa isteri anda lepas kerja ke, lepas isteri anda balik daripada mana-mana ke, lepas anda baru balik rumah ke, pegang tangan isteri anda. Bukan yang stail pegang lama-lama. Genggam dengan lembut dua saat macam itu. Macam nak bagitahu isteri anda: ‘Sayang, I rinduuu..’ tanpa beritahu isteri anda secara terus. Okay…boleh imagine tak?
2: Apabila lintas jalan. Cara paling mudah untuk kelihatan macho dan memang macho adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Contoh sebenar seorang suami yang protective dan sweet. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang tau. 3: Apabila mahu lepaskan pegangan tangan. Sebelum lepaskan genggaman anda itu, jangan main tarik saja tau. Macam kasar pula. Anda genggam sedikit baru lepaskan. Atau anda pegang tangan isteri anda dengan dua tangan anda lepas tu baru lepaskan. Itu macam ‘silent signal’ nak bagitahu yang tangan anda dah berpeluh ke, anda nak lepaskan tangan ke. Macam itu lah. 4: Apabila keadaan sukar, dan isteri anda mencari ketenangan pada anda. Mungkin anda tidak tahu, anda sebenarnya ada super power yang boleh menyembuhkan kesedihan isteri anda. Cubalah. Peluk sedikit untuk ekstra super power. 5: Apabila berada di tempat yang ramai orang. Masa ini kena pegang tangan. Nanti hilang. Rimas pula nanti nak kena call dan mesej untuk mencari isteri anda. Lebih-lebih lagi di tempat ramai orang, line telefon selalu tiada. 6: Apabila tiada sebab, pegang sahaja secara tiba-tiba. Contoh terbaik seperti ketika anda berdua sedang menonton wayang, atau waktu anda memandu, atau waktu anda berdua baru sedang berjalan ke arah kereta selepas berjogging. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit. 7: Apabila anda mahu tidur. Sebelum anda melelapkan mata itu, walaupun isteri anda ada di sebelah anda sahaja, genggam sedikit tangan isteri anda dan cakap selamat malam. Seronokkan, sudah tidak perlu mesej malam-malam untuk ucapkan good night? Boleh beritahu terus. 8: Apabila isteri anda nampak sale. Waktu ini memang anda perlu pegang tangan isteri anda. Kalau boleh, pegang pursenya sekali agar tidak berbelanja lebih.
Usahawan terkenal dan juga pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh isteri kesayangan Fadzarudin Shah Anuar menerusi laman instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar bayi lelakinya dan turut mengumumkan nama anak Idris Ali Shah.
Di ruangan komen hantaran Instagram, rata-rata kenalan serta pengikutnya membanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa buatnya dan bayi keempatnya itu.
aishahsyairahFinally 1 fadza junior😂, the rest are vivy junior😂😂😂
nrsulaiiimmMa shaa Allaah finally Fadza’s face😂, may Idris jadi anak soleh dan penyejuk mata for his parents and family🌻
Sebagai info, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan, pasangan sebelum ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
yang mendedahkan anak buahnya turut mengalami situasi yang sama. Malah telah bertukar ke sekolah biasa. Lebih manis pelajar berkenaan tetap berjaya melanjutkan pelajaran biarpun mengikuti pembelajaran di sekolah biasa.
Kes buli memaksa pelajar bertukar sekolah biasa.
Anak sedara aku berhenti MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, masa tingkatan 1, baru beberapa bulan sekolah kerana kes BULI.
Dan berapa hari lepas, viral kes buli di MRSM yang sama. Lepas anak sedara aku berhenti di MRSM nie, sambung balik di SMK Clifford, dan alhamdulilah cermelang SPM, kini sambung belajar di Matrikulasi Gopeng. Sekolah Clifford, sekolah aku tu..haha..
Boleh jer berjaya di sekolah harian biasa jika ada kemahuan. Alhamdulillah.
Yang aku nak cerita, awal masa dia nak stop tu, ada juga rasa kecewa, sebab bukan mudah nak masuk sbp. Tapi hari demi hari kena buli, sampai ke benda tajam…ape ke heynye.
Apa kata cikgunya?
Biasalah budak budak… Kene belajar jadi kuat…
Nak report kita dah report…nak jaga nama baik punya pasal…1 tindakan pun tarak…
Bagus sangat viral nie…kasi ajar sikit..
Saman jer..tuntut ganti rugi..
Tak yah bagi peluang, buang masa simpan pembuli. Budaya bongok yang dikekalkan. Duk asrama jer kene buli… Ada abg besar, abg kawasan. Bila dah jadi macam nie…minta maaf, minta maaf…kecik jadi pembuli…besar jadi pembunuh…elok la tu…
Kita nie lahirkan pemimpin ke, atau penjenayah? Orang nak kata lembik, tapi takkan nak tunggu sampai hilang nyawa, baru nak ambik tindakan?
Ya, ada banyak kelebihan masuk sbp, tapi bila melibatkan nyawa nie, pihak atasan tolonglah beri perhatian. Warden kat mana? Barisan guru hebat di mana? PIBG?
Buli nie yang kita nampak kena rakam tu jer, yang tak rakam banyak lagi. Janganlah ada mindset, tak asrama lah kalau tak ragging. Oiii nie dah nak masuk 2022, tinggikan sikit akal pemikiran tu…
Sedih aku melihat, pandai dah pandai…tp bodoh juga si pembuli nie…