Daun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari berbau wangi, daun kari juga merupakan elemen masakan yang sangat penting dalam masakan kita lebih-lebih lagi dalam masakan gulai atau kari .
Namun, min percaya ramai masyarakat kita tidak mengetahui bahawa daun kari ini juga boleh dibuat sebagai perubatan. Berikut adalah khasiat daun kari untuk kesihatan :
1. Penawar Cirit Birit dan Buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan tingkatkan keupayaan serta dapat mengatasi masalah penghadaman.
Cara penggunaannya :
– Jus daun kari yang dicampur dengan madu dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir
Ads
2. Loya dan Pening
Jika sering rasa loya dan pening, min syorkan untuk guna tips ni. Ianya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea, hilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengadung.
Cara penggunaannya :
– Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis
Ads
3. Diabetes
Khasiat daun kari dapat membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah. Bahan mineral dalam daun kari akan mengaktifkan sel pankreatik beta yang berperanan menghasilkan insulin.
Cara penggunaannya :
– Rebus kulit batangnya yang kering dan minum air tersebut. Amalan makan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan keturunan dan kegemukan.
Ads
4. Rambut Panjang dan Sihat
Kajian dari Fakulti Farmasi di India melaporkan bahwa minyak herba berasaskan daun kari mampu memberi kualiti rambut yang kuat, bebas daripada kelemumur dan menghitamkan rambut.
Cara penggunaannya :
– Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ianya sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah daripada uban.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Geram kan apabila tengok rumput liar tumbuh menghiasi kawasan rumah? Rasanya baru dibersihkan sebelum raya tempoh hari, sudah tumbuh kembali. Bagaimana agaknya cara mudah nak hapuskan rumput liar tersebut? Jangan risau, ada tips mudah yang boleh anda cuba.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, Lucius Maximus untuk hapuskan rumput liar yang tumbuh. Dengan hanya menggunakan dua bahan asas yang ada di rumah, masalah tersebut boleh diatasi. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Bahan-Bahan:
Cuka Masakan
Sabun Cecair Pencuci Pinggan
Alat Penyembur (Spray)
Cara Membuat:
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.
3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
Tip Tambahan:
-Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati.
-Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.
-Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah miss V gatal memang menjadi sebahagian masalah bagi wanita-wanita. Tidak hanya masalah wanita berkahwin, si dara single pun selalu mengalami masalah ini.
Kegatalan pada vagina biasanya berlaku disebabkan bakteria yang menyerang di kawasan ini. Ada banyak faktor terjadinya masalah ini. Antara salah satu sebabnya adalah soal kebersihan.
Bila gatal datang secara tiba-tiba, rasa merenyam dan gatal terlampau memang buat kita rasa tertekan. Sebenarnya langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah jangan sekali-kali menggaru di kawasan ini. Ini buat keadaan makin buruk dan boleh mengakibatkan keradangan di kawasan sekitar.
Selain berjumpa dengan doktor, anda juga boleh mencuba beberapa petua mujarab ini di rumah. Petua tradisional adakalanya serasi dengan kita. Rugi tak cuba dua tiga cara ni.
Bagi mengatasi masalah gatal -gatal pada vagina, elok anda cuba petua tradisional yang disarankan ini. Petua tradisional ini telah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dulu.
Rebusan Daun Sireh 3 Bahan
Bahan-bahan:
7 helai daun sireh
1 ibu jari asam jawa
Air secukupnya
Caranya:
1. Basuh helaian daun sireh hingga bersih.
2. Kemudian rebus daun sireh bersama asam jawa dengan air secukupnya.
3. Angkat dan biarkan suam kemudian buatkan basuhan selepas membuang air kecil atau mandi.
4. Lakukan langkah ini beberapa kali. Pastikan ia suam.
Rebusan Daun Inai
Bahan-bahan:
Segenggam daun inai
7 helai daun sireh
Caranya:
1. Didihkan daun inai bersama daun sireh dengan air secukupnya.
2. Apabila airnya bertukar menjadi kekuningan dan semakin pekat, tutup dan biarkan sekejap.
3. Apabila airnya suam, buatkan basuhan selepas membuang air kecil.
Air Garam & Asam Keping
Bahan-bahan:
5 asam keping
Garam
Air secukupnya
Caranya:
1. Didihkan bahan-bahan ini dan tutup apinya.
2. Bila sedikit sejuk, basuh pada miss V dengan kerap.
3. Kalau terasa gatal, cepat-cepat basuhnya dengan air ini.
Selamat memcuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketuhar gelombang mikro atau microwave antara peralatan moden yang popular digunakan. Ianya begitu mudah digunakan dalam menyediakan makanan untuk keluarga.
Microwave ini amat popular digunakan kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan berkenaan penggunaannya dan kesan pada kesihatan.
Pelbagai tanggapan dan persepsi kita dengar, dan untuk lebih jelas adalah lebih baik kita dengar pandangan doktor bila menyentuh tentang kesihatan.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi untuk panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN ?
1. Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat.
2. Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan. Tidak seperti alat masak biasa, oven microwave tidak menggunakan api untuk memasak. Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin, kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi.
3. Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba, sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas.
4. Namun gelombang dari oven microwave hanya dapat menembusi bekas kaca, kertas, seramik, atau plastik dan tidak dapat menembusi bekas yang dibuat dari besi.
5. Anggapan bahawa oven microwave merosakkan makanan dengan sinaran radioaktif adalah tidak benar, kerana gelombang yang dikeluarkan adalah dalam bentuk tenaga panas.
6. Beberapa bahan makanan yang mengandung banyak air akan menjadi lebih cepat panas ketika dimasak atau dipanaskan dengan oven microwave.
7. Gelombang pada oven microwave juga tidak dapat memasak makanan dari dalam ke luar, dan makanan yang tebal atau padat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dipanaskan.
8. Selain itu, ia tidak mengurangkan kandungan nutrisi makanan, tetapi suhu terlalu panas pada oven ketika memasak dapat merosakkan vitamin, mineral dan antioksida yang terdapat pada makanan.
9. Oleh itu makanan yang terdiri daripada sayuran dan buah yang seharusnya dipanaskan sebentar sahaja. Kerosakan nutrisi juga boleh terjadi ketika memasak dengan peralatan lain jika menggunakan suhu terlalu panas.
10. Oleh itu oven microwave selamat digunakan untuk memasak makanan jika digunakan dengan cara yang betul. Ini kerana radiasi gelombang elektromagnetik yang dihasilkan oven microwave bersifat non-ionizing dan tidak menyebabkan perubahan DNA atau mutasi genetik, berbeza dengan radiasi nuklear dan radiasi yang digunakan di hospital (dalam mendiagnosa dan merawat pesakit) yang bersifat ionizing.
11. Beberapa peralatan dalam rumah juga memiliki sifat radiasi yang sama dengan oven microwave seperti alat pemanas, henfon, komputer dan TV.
12. Meskipun pendedahan kepada gelombang elektromagnetik tertentu boleh menyebabkan kanser, namun radiasi oven microwave belum terbukti dapat menyebabkan kanser. Ini kerana pendedahan radiasi bukan ioninzing yang relatif kecil dan penggunaan dalam masa yang singkat.
13. Bekas logam menyerap dan makanan dalam bentuk cairan seperti telur dan air menyerap haba dengan lebih banyak. Ini boleh menyebabkan kecederaan luka pada tangan ketika memindahkan makanan dari oven mikrowave.
14. Antara petua menggunakan oven microwave dengan selamat adalah :
✅ Baca dan ikuti arahan penggunaan yang terdapat pada pamplet yang disertakan.
✅ Pastikan pintu oven tertutup rapat.
✅ Jangan berdiri berhadapan dengan oven mikrowave yang sedang beroperasi dalam waktu yang lama.
✅ Jangan menggunakan air berlebihan ketika memasak atau memanaskan menggunakan oven mikrowave.
✅ Tutupkan penutup bekas ketika memasak dengan oven mikrowave agar tidak cepat kotor.
✅ Elakkan menggunakan bekas plastik biasa dan besi.
Gunakan bekas dari gelas atau seramik.
15. Secara kesimpulannya penggunaan oven mikrowave tidaklah berbahaya jika digunakan dengan cara yang betul.