Boleh dikatakan kebanyakan rumah mempunyai televisyen. Jika boleh lagi besar televisyen itu, lagi hebat rumah itu. Malah ada ibu bapa berlumba-lumba membeli tv bersize besar. Maklumlah nak buat anak happy.

Ada juga ibu bapa sendiri menjadikan bilik tidur sebagai ruang menonton tv selain ruang tamu. Ia seakan menjadi kemestian buat seisi keluarga.

Berbeza pula dengan sebuah keluarga ini. Membuat pilihan agar tiada kewujudkan tv di rumahnya. Malah keluarga ini sudah 4 tahun tidak memiliki tv. Malah kisahnya sebelum ini pernah menjdi viral. Ikuti perkongsiannya puan Widyana Ali  setelah 4 tahun tanpa TV.

 

Gambar ni antara aktiviti luar yang kami selalu buat, pergi layan kapal terbang mendarat di belakang KLIA

Bulan lepas cukup 4 tahun kami hidup tanpa tv. Masa mula-mula tinggalkan tv hidup rasa macam ada “kekurangan”, tapi lama-lama rasa hidup lebih bermakna.

Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan “idiot box” untuk TV. Baru sekarang saya faham kenapa TV ni dipanggil idiot box.

Secara jujurnya, mula-mula memang susah nak hidup tanpa TV di rumah sebab saya sendiri memang penonton tv tegar sejak dulu. Tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin. Sekarang pelakon pun tak kenal.

Buat apa nak kenal pelakon kan? Dia bukan saudara mara kita 

Dulu, memang saya rasakan TV itulah pengikat kasih sayang keluarga bila duduk sama-sama menonton drama dan movie. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak yang duduk senyap menonton kartun dari pukul 2.30 petang sampailah pukul 6. Lepas habis slot kanak-kanak, tiba pula slot drama sampai waktu maghrib.

Gambar ini setelah setahun tanpa TV

Bila kita tak bagi anak-anak main handphone dan tak bagi tengok tv mereka akan jadi lebih kreatif cari mainan lain. Nasib baik abah diorang suka melayan 😊 Seorang ambil order. Seorang cashier. 3 orang waiters. Abah adalah customer yang dipaksa, walaupun puasa kena beli nasi goreng dan ABC..hihi.. Main masak2 ni boleh bina interpersonal skill anak-anak. Lagi-lagi kalau main dengan abah diorang, bonding mereka jadi mesra dan sangat rapat. Anak-anak cukup gembira. Lepas tu mereka jadi senang dengar cakap dan sangat behave. Nota: Baru setahun lebih cuba survive tanpa tv di rumah, alhamdulillah rupa2nya hidup lebih ceria dan harmoni tanpa tv.

12 KESAN PADA KELUARGA SETELAH TIADA TV

Tapi sekarang persepsi saya dah berubah. Banyak kelebihan untuk anak-anak bila tiada tv di rumah.

1. Anak-anak kurang tantrum. Sebab mengadap tv lama-lama sebenarnya jadi stress tanpa sedar, macam orang kerja tengok computer lama-lama.

2. Anak-anak senang dengar arahan.

3. Mereka buat kerja jadi bertambah fokus sebab tiada gangguan.

4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft/ gembira melompat gembira bila mama minta bantu di dapur.

5. Tidak terpengaruh dengan iklan.

6. Hidup mereka lebih gembira rupanya.

Kesan baik untuk saya dan suami:

1. Tiada lagi fenomena menonton TV dan terus masuk ke dalam TV. (Hypnotized)

2. Kurang marah, sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut.

3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak- anak dan motivasi.

4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton TV sambil lipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton.

5. Senang nak solat di awal waktu. Ya Allah ni paling penting dalam hidup kita.

6. Banyak masa untuk borak dengan suami dan anak-anak.

Alhamdulillah segala yang baik itu daripada Allah.

Kepada kawan- kawan, cubalah ‘buang’ TV sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa tv lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan jadi lebih rapat dan boleh create long term memory untuk anak- anak.

Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman.Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa TV di rumah,silakan.

Kami juga sangat strict dengan penggunaan smartphone. Nanti saya akan tulis pengalaman mengawal penggunaan smartphone dalam keluarga.

Kredit: Widyana Ali

•Healthy cooking • Parenting • Life transformation • Household management •