Zaman sekarang ini, blender merupakan perkakasan wajib di dapur. Lebih-lebih lagi bagi yang bekerja. Nak menumbuk sudah tiada masa akhirnya guna blender sahaja. Lebih mudah dan cepat.
Namun jika digunakan hari-hari dan mengisar bahan yang liat dan keras akan membuatkan pisau blender tersebut tumpul. Ianya akan menjadikan bahan yang hendak dikisar tu kasar dan memganbil masa yang lama untuk halus.
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, ada beberapa langkah yang anda boleh gunakan untuk tajamkan kembali mata pisau blender yang sudah tumpul ini.
Tak perlu keluar modal besar, tak payah beli baru. Insha Allah mata blender akan tajam seperti baru!
Anda boleh gunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang dah tumpul.
Caranya senang saja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.
Ads
Lepas tu, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi.
Ulang beberapa kali, selepas itu cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
2. Ais Ketul
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Katanya lagi elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi aisnya lebih keras.
Mudah je caranya, hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Mudah kan!
3. Beras
Yang ketiga adalah boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar.
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Ads
4. Guna Kulit Telur
Cara yang kedua selepas garam kasar adalah dengan menggunakan kulit telur.
Haa lepas ni, telur yang dah dipecahkan tu tolong jangan dibuang dulu kulitnya tu. Bersih dan keringkan sekejap. Lepas tu boleh gunakan untuk tajamkan mata blender kita. Mungkin boleh buat sebulan sekali.
Caranya sama saja, masukkan dalam blender dan kisar kering. Kemudian bilas dan basuh hingga betul-betul bersih.
5. Hampas Kelapa
Ads
Lagi satu cara, boleh juga gunakan hampas kelapa. Tapi agaknya cara ni kalau kat bandar susah sikit sebab ramai yang suka guna santan kotak kan?
Bagi yang ada guna santan asli yang diperah, bolehlah cuba cara ni. Caranya mudah saja, hanya perlu kisarkan hampas kelapa yang ada tu secara kering tanpa perlu tambah air. Kisar sehingga lebih kurang 10 minit, kemudian bilas.
Itulah dia beberapa cara atau petua mudah untuk tajamkan kembali mata blender yang tumpul tanpa perlu keluarkan kos yang banyak. Bahan yang perlu digunakan tu pun dah memang biasa ada kat dapur kita.
Lepas ni tentu para suami tersenyum lebar sebab dapat jimatkan duit dari perlu beli pengisar blender baru pada si isteri kan? Dan si isteri pun tentu akan tertawa semula sebabnya boleh masak di dapur dengan lebih senang dan cepat.
Pastinya ramai antara kita telah mengikuti siri pendek Take CTRL yang ditayangkan di Astro Go atau On Demand sejak 29 Januari 2022 yang lalu dengan membawakan barisan pelakon yang hebat seperti Shaheizy Sam sebagai papa, Hana Nadira sebagai mama, Faiz Najib dan Sry Khairudin sebagai pasangan adik beradik di mana kehidupan mereka sentiasa dikawal ketat oleh ibu bapa mereka.
Namun segala-galanya bertukar apabila mereka terjumpa permainan video misteri yang mengubah keadaan. Di situlah bermulanya pelbagai kejadian yang membuatkan penonton terus teruja untuk setia menonton Take CTRL bagi mengetahui kesudahan kisah keluarga ini.
Bahkan adegan lucu yang dipertontonkan juga menjadi satu nilai tambah yang membuatkan anak-anak kita terhibur menyaksikannya.
Namun, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi siri pendek enam episod ini. Cukup positif!
Take CTRL
Kisah ini menyentuh berkaitan ibu bapa yang terlalu mengawal anak-anak mereka tetapi juga mahu mempercayai anak-anak agar dapat membesar mengikut rentak mereka sendiri dan membiarkan mereka menjadi yang terbaik.
Melalui siri komedi sci-fi, Take CTRL ini bukan sahaja kita anak beranak terhibur malah sesuai dengan slogan “with control, comes chaos”, anak-anak akhirnya dapat pengajaran bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.
Apa yang pasti, setiap episod yang ditayangkan sarat dengan kisah kekeluargaan dan apa yang lebih penting banyak pengajaran boleh dipelajari oleh anak-anak dan kita sebagai ibu bapa.
Anak-anak dapat belajar bahawa mempunyai CTRL tidaklah sehebat yang disangkakan dan ibu bapa juga boleh memahami bahawa kadangkala mereka harus melaraskan tahap CTRL mereka, supaya kedua-duanya boleh mencapai keharmonian yang sihat dan positif.
Episod Terkahir Yang Dinanti
Tanpa sedar, pejam celik pejam celik begitu pantas masa berlalu. Tanggal 5 Mac merupakan detik kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh penonton setia Take CTRL. Tentu banyak persoalan ingin dirungkai oleh penonton dipenghujung siri ini.
Mungkin antaranya penonton ingin tahu sangat adakah Mama dan Papa akan diselamatkan dari ‘The Place’? dan bagaimanakah Sky & Ram akan menyelamatkan ibu bapa mereka?
Semua persoalan ini akan terjawab bila anda sekeluarga menonton Take CTRL pada 5 Mac, Sabtu 9PM di Astro, TA-DAA! CH 612 dan On Demand.
Terlepas Masih Ada Peluang Menonton
Manakala buat anda pelanggan ASTRO yang sebelum ini terlepas menyaksikan Take CTRL jangan kecewa. Anda juga masih boleh menyaksikannya dengan hanya strim pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO.
Untuk lebih detail klik link ini promotions.astro.com.my/details/TakeCTRL]promotions.astro.com.my/details/TakeCTRL
Tular seorang pemandu bas yang sebelum ini ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpang murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau ‘crush’ hari ini didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Seksyen Muar.
Tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia empat tahun bagi maksud seksual antara antara jam 5 hingga 6 petang di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara jam 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Dalam pada kesibukan seorang ibu untuk menyediakan juadah berbuka puasa bagi keluarga, dia terpaksa meninggalkan sementara anak-anaknya demi mencari kelengkapan berbuka.
Namun siapa sangka, ianya akan menjadi tragedi apabila keempat-empat anaknya di temukan meninggal dunia akibat kebakaran.
Paling terkilan, wanita tersebut baru sahaj meninggalkan rumah lebih kurang dalam 10 minit sebelum mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di bahagian dapur kediaman mereka.
Ketika kejadian, ibu mangsa yang berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah restoran.
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai untuk menyelamatkan diri.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Dalam kebakaran itu, sebanyak 80 peratus kemusnahan dilaporkan hanya dalam beberapa minit ianya berlaku. Pihak bomba mengambil masa 5 minit bagi mengawal kebakaran tersebut.
“Setelah api padam sepenuhnya, bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan mayat dua kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya.
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...