“Saya pernah pergi rumah kawan saya ni, dia kata dia tak ada apa nak jamu saya. Ada Maggi je katanya. Dia kata beri dia 5 minit. Dia masak Maggi sekejap. Sekali bila dia hidang, terpesona saya dibuatnya. Dia ajar saya buat. Jadi, hari ni saya nak ajar kalian,” begitulah kapsyen yang diberikan oleh seorang doktor ini yang tidak asing di media sosial, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Sebagai semua maklum, perkongsian di akaun facebook miliknya bukan sahaja berkongsi tentang aspek kesihatan malah tidak dinafikan setiap kali Dr Kamarul Ariffin berkongsi resipi yang disajikan akan mampu mencuri perhatian warganet.
Umpamanya mengenai resipi berasaskan mi segera ini yang telah meraih 14K tanda suka daripada warganet dan telah pun dikongsikan resipi tersebut hingga 16K dalam beberapa hari sahaja.
Apa istimewanya resipi ini ye? Nak tahu kenalah cuba!
Maggi Kari Soya
Bahan-bahan: (1 orang makan)
1 bungkus mi segera
1 kotak minuman soya (250ml)
1 butir telur
2 tangkai cendawan
Ads
1 batang daun bawang
1 sudu besar biji bijan
1 sudu teh minyak bijan
1 keping nori
1 sudu besar chili oil
Boleh gunakan apa-apa jenama mi segera, asalkan perencah berkuah. Saya suka guna mi Maggi perencah kari atau ayam. Selain tu, sila gunakan air soya tanpa gula atau kurang manis.
Pertama sekali, masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk. Isi dengan air sebanyak secawan (250ml). Boleh guna cendawan shiitake segar atau kering, cendawan butang, atau apa-apa cendawanlah.
Kemudian pecahkan telur ke dalam cawan yang berisi 200ml air (bersahur bilik). Ni kita nak buat telur rebus tanpa kulit.
Masukkan mangkuk dan cawan tadi dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), dan letak pemasa selama 1 ½ minit. Kadang-kadang perlu 2 minit. Bergantung jenis microwave.
Mi dah kembang, tos dan buang airnya. Kalau tak kisah guna iar rendaman mi, tadi tak payah pakai air, terus guna minuman soya untuk rendam mi. Terpulang masing-masing.
Ketepikan mi yang dah ditos. Dalam mangkuk tadi, campur air soya bersama perencah. Kemudian panaskan dalam microwave 1-2 minit. Kalau lebih, mungkin air soya tu akan berketul.
Ads
Dah panas, keluarkan dan campur minyak bijan sedikit. Kalau tak suka minyak bijan, boleh langkau. Saya suka letak minyak bijan kerana dia beri aroma yang membangkitkan selera.
Lepas tu susun telur yang kita dah masak dalam cawan tadi, daun bawang, cendawan, kepingan nori. Letak sedikit minyak cili (minyak cili). Chili oil ni boleh dibeli di Shopee. KLIK DI SINI
Oh ya, saya ada tabur bijan yang dah sangai. Sebenarnya kalian boleh letak apa sahaja yang kalian suka pada mi ni. Ayam, itik, sosej, bawang goreng, sayur, dan sebagainya.
Close up! Kuah mi ni berempah, dan berlemak. Makan dengan chili oil tu memang sepadan. Daun bawang pula rangup, dan nori tu memberi rasa “laut” kepada hidangan ni. Telur sebagai sumber protein.
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diakui memasak lemang buluh bukanlah kerja sejam dua boleh siap, mahu seharian masadiperlukan bermula dari merendam pulut hinggalah membakar lemang. Memang cukup lama dan hanya yang mahir dan berpengalaman serta sabar sahaja dapat membuatnya.
Pun begitu, dalam kita beraya di musim PKP ini andai terasa teringin juga untuk menikmati lemang di pagi raya bersama keluarga, apa kata anda sediakan sahaja menu Lemang Cawan Kukus yang dikongsikan oleh Nur Masri.
Lemang ini dimasak secara kukus dan uniknya untuk mendapatkan bentuk lemang buluh, pulut dimasukkan di dalam cawan kertas yang telah diisi dengan daun pisang. Ini bagi memberi rasa sama macam lemang yang dimasak secara tradisi. Cukup kreatif dan nampak mudah untuk kita sediakan.
Untuk itu, jom kita masak Lemang Cawan Kukus ini di pagi raya untuk memberi kemeriahan kepada anak-anak menikmati hari raya dengan juadah istimewa. Selamat mencuba.
Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je….Rasa ok je lemang ni, macam ketupat palas pon ada sebab kukus, guna pulut susu memang lembut …sedap.
RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS
Bahan- bahan
2 kg pulut susu rendam 4 jam
3 biji kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak
Daun pisang
Cawan kertas
Cara-caranya :
1. Letak daun Pisang keliling cawan kertas
Dapat 20 cawan
2. Isi 5 Sudu besar beras pulut
3. Isi santan lebih sikit dari paras beras pulut
4. Susun dalam periuk kukus
5. Kukus selama1 jam setengah
6. Siap, daun Pisang yg lbh bagn ats Tu blh lipat ke bwh tekan2 cikit bghn ats pulut bg rata.
Dikalangan masyarakat kita, air selusuh ketika sebelum bersalin sememangnya cukup popular. Namun benarkah air ini amat membantu proses bersalin menjadi lancar dan mudah?