Kesibukan menguruskan keluarga di rumah di samping bebanan tugasan di pejabat, terkadang boleh membuatkan penjagaan kulit wajah kurang sempurna dan dilakukan ala kadar sahaja.
Akhirnya, kulit wajah mudah dihambat masalah! Bila ini yang terjadi, maka kita akan tertanya apakah untuk mencari punca sebenarnya. oleh itu ketahui punca penyebab kepada masalah kulit wajah ini bagi seorang wanita.
TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit dan akan mengakibatkan kerengsaan, maka terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
Ads
PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
Ads
PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
Ads
TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas bersalin, Uqasha Senrose mengakui dia kini semakin aktif dalam bersukan khususnya dalam aktiviti badminton.
Semuanya bagi mengembalikan semula berat badannya sebelum bersalin serta berat badan semakin bertambah selepas bersalin.
Tambah Uqasha lagi, selepas bersalin dia mula sedar badannya semakin bertambah besar dan membuatkan dia mula mengambil Langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih serius.
“Bayangkan masa mengandung sembilan bulan, saya hanya makan sahaja dan tak buat apa-apa.
“Lepas itu saya bersalin caeser, makin lama saya rasa diri saya makin besar. Selepas empat lima bulan barulah saya mula bersenam dan barulah rasa sihat,” ujarnya berkongsi.
Akui Uqasha lagi, dia tidak hanya ditemani ahli keluarga bermain badminton tetapi turut ditemani suaminya, Kamal Adli jika ada kelapangan.
Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menguruskan masalah bau badan jangan ambil ringan. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang isteri. Pastinya mahu sentiasa bersih dan wangi apabila disamping suami. Ini memandangkan ramai orang perempuan percaya jika ada masalah badan berbau akan menjejaskan penampilan dan sekali gus hilang keyakinan diri.
Atas sebab ini juga, kita harus mencari penawar untuk atasi masalah tersebut. Selain menggunakan minyak wangi, ada baiknya cuba amalkan cara tipikal yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan alami.
Ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh Mak Jemah Nelly dan turut dikongsikan cara penyediaan ramuan untuk memastikan badan kekal harum di akaun fbnya. Jom cuba buat!
“Ikut cara masing2 lah..mak jem senang dengan cara mak jem. Di sini mak jem share cara nak mewangikan diri , mengelakkan badan berbau , mencegah ketiak yang berbau hangit tengit pahit kaw tu kan…”-Mak Jemah Nelly
Bahan-bahan:
3 batang serai
1 sudu besar halba
2 biji lemon
4 biji limau nipis
Cara Penyediaan :
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Sebelum menggunakan air rebusan ini, badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian ambil hirisan lemon dan limau nipis digosok-gosokkan pada seluruh tubuh dan beru lebih tumpuan pada bahagian bawah lengan.
Ekstra info :
Lebihan air boleh digunakan untuk membilas badan.
Lelaki / perempuan boleh amalkan… JANJI RAJIN SAJA…
Mak jem amal seminggu 2,3 kali
sumber : Mak Jemah Nelly
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki bibir yang merah menawan menjadi daya tarikan tersendiri bagi seseorang wanita. Pasti bila memiliki bibir bak delima merekah membuatkan wanita tampil cantik sempurna dan sekali gus menjadikan lebih berkeyakinan.
Pelbagai cara dapat dilakukan untuk membuatkan bibir menjadi merah merekah, salah satu yang biasa dilakukan adalah dengan menggunakan gincu. Namun cara ini tidak bersifat kekal, malah jika tidak serasi dengan lisptik yang digunakan akan menjadi penyebab masalah bibir lebih teruk. Bukan sahaja bibir terlihat lebam malah kering.
Oleh itu, alangkah lebih baik dan selamat anda menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk memerahkan bibir. Biarpun kesannya tidak terlihat serta-merta namun jika konsisten anda pasti berpuas hati.
Berikut adalah 11 cara memerahkan bibir yang boleh anda amalkan agar bibir anda tampak merah, cerah dan lebih sihat. Selamat mencuba!
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.
Lakukan langkah di bawah:
• 1/2 sudu jus lemon.
• Tambahkan madu.
• Sedikit gliserin ( kalau tak ada, guna gula kasar ).
• Gaul sekata dan oles pada bibir.
Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara.
Kedengaran macam pelik bukan? Tapi memang berhasil jika diamalkan. Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub. Oleskan sedikit pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. Kemudian gosoklah dengan perlahan menggunakan berus gigi yang lembut untuk membersihkan bibir. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menjadikan bibir lebih menawan.
Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran. Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran.
Ini cara membuat scrub bibir:
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Jika tiada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam buat gerakan membulat pada keseluruhan bibir selama 3-4 minit. Bilas apabila kering.
Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.
Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.
Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semula jadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
Oleh itu, kisar ubi ini sebelum masuk tidur dan oles pada bibir anda. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir berwarna merah menawan pada keesokan paginya.
Anda juga boleh mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir anda selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam. Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.
Pastikan juga anda minum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan melancarkan pengedaran darah. Jika badan kurang air, pastinya bibir akan menjadi kering dan mana mungkin bibir merah bak delima merekah dapat anda miliki.
Rendamkan kelopak mawar di dalam air dan kemudian ratakan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan setiap kali sebelum tidur.
Ratakan mentega pada bibir setiap kali hendak tidur. Bibir bukan sahaja menjadi merah semula jadi malah lebih lembut dan tidak kering.
Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada lisptik anda buat sementara waktu. Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat memelihara keaslian warna bibir anda yang merah berseri.
Perahkan limau nipis dan ambil jusnya sebanyak 2-3 sudu kecil. Kemudian bancuh bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari. Dikatakan limau nipis boleh mengurangkan warna gelap pada bibir kerana limau nipis juga kaya dengan vitamin C.
Madu juga boleh digunakan untuk membuatkan bibir yang gelap menjadi lebih cerah dan merah merekah secara semula jadi. Anda dapat memanfaatkannya dengan cara mengambil sedikit madu asli, kemudian sapukan pada bibir secara merata. Cara ini akan lebih efektif jika diamalkan setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh melakukan cara ini 2-3 kali dalam sehari supaya mendapatkan hasil tona bibir yang lebih menawan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.