Apabila melihat rumah bersepah, pasti ibu-ibu ‘naik hantu’. Apatah lagi jika baru saya mengemas. Bagi yang mempunyai anak kecil usia di bawah 6 tahun, perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Tidak perlu rasa lelah atau penat untuk menguruskan anak-anak begini. Nah ibu-ibu baca perkongsian yang dibuat oleh Ketua Paediatrik Occupational Therapy, Idzmir Shahril daripada Idzmir Kids Hub ini terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ya.
6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu.. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal..
Ads
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas. ?
Don’t trust me, but trust the process.
Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Ads
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun ke bawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyayangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun kebawah!
Ada Ibu bapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibu bapa mereka?
Ads
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001 kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibu bapa sekalian. Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Hanya Kasih dan Sayang.
Idzmir Shahril Paediatric Occupational Therapist
Fb : Idzmir Kids Hub
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini perkongsian dari pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet iaitu video yang memaparkan dia sedang membeli belah bersama seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.
Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.
Video tersebut memaparkan bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian.
Di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia menyatakan akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah.
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.
Semua sudah sedia maklum, ramai yang terjejas pendapatan sejak pandemik dan PKP dilanjutkan demi memastikan jangkitan Covid19 tidak terus menular.
Pastinya pelbagai usaha dilakukan untuk menjana kembali pendapatan agar tidak menjejaskan sumber kewangan.
Bagi yang suka memasak, apa kata cuba resipi kek ini. Barangkali boleh menjana pendapatan buat keluarga.
Ikuti perkongsian saudara Muhammad Ali ini.
Mana tau boleh dijadikan inspirasi bagi yg nak mencari sumber pendapatan. bekas plastik saiz 6 inci, tinggi 2.5 inci. Satu adunan kek batik indulgence resepi Mr.Ali dapat dua bekas ni. Dont worry boleh pakai bekas kecik sikit kalau nak. Sq 450 dapat 6 bekas.
Harap membantu yg ingin berniaga waktu2 begini sy berkongsi yg mana sy boleh tolong.
Resipi Kek Batik Indulgance Loyang 7 inci Ada 3 lapisan 1- Kek batik 2- Cream Cheese 3- Ganache . Bahan-Bahan Kek Batik : 4 telur ( resepi2 legend kek batik mmg pakai banyak telur, nk kurangkan pun boleh, lain orang lain resepi , so chill ) 200g butter. (kalau pakai marjerin / buttercup @ butterblend sedikit masin) 300 g biskut merry 3 sudu makan serbuk coklat bancuh dengan air panas. 2 sudu gula 4 sudu susu pekat Secubit garam ( optional) ( again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)
Cara penyediannya: Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut… Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
Dah agak2 pekat, tutup api,biarkan dalam 2-3 minit then baru masukkan biskut.
Gaulkan dan isi dalam bekas Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit
Cream cheese/ indulgence 120g whipping cream 40 gram gula kastor Setengah sudu kecil essen vanilla 250g cream cheese * gelatin adalah pilihan masing2. nk masuk pun boleh tak nak masuk pun xpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing2. ( gelatin 10 gram + 40 ml air panas( pastikan betul2 panas) larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream & gelatin Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin Tuang atas kek batik tadi. Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam . Ganache 100 gram whiping cream 100 gram dark chocolate satu sudu kecil butter Double boil kan semua bahan2 di atas. Dah sebati kasi suam2 dulu then baru tuang atas cream cheese tadi Tinggalkan semalaman & boleh makan
Perkongsian Johan Raja Lawak berkenaan caranya mendidik anak-anak cukup dikagumi. Walaupun nampak moden, namun ilmu agama sangat dititikberatkan.
Tidak hairanlah apabila penyampai ini menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarganya.
Pemilik nama sebenar, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz mengakui itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selain mendedahkan dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama.
“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.
“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.
Menurutnya, Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas yang akan memandu seseorang muslim itu dalam mengenal Pencipta.
“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu.
“Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.
“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya.