Komunikasi dua hala dalam satu-satu hubungan suami isteri memanglah amat penting. Jika tanpa komunikasi yang baik, si isteri atau suami terasa seperti hidup sendiri.
Balik rumah tak mampu nak kongsi masalah yang berlaku di tempat kerja. Malah ungkapan ‘bercakap dengan tunggul kayu’ sememangnya menjadi simbolik paling dekat untuk menggambarkan perumpamaan ini. Mahukah kita tergolong dalam situasi macam ni?
Berhadapan dengan masalah ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak namun tidak pada yang mengalaminya. Ia umpama penghadang paling kuat dalam rumah tangga kita. Memecahkan benteng kesunyian dalam rumah tangga ini pastinya satu kejayaan besar bagi kita.
Tip yang diberikan ini mungkin boleh mengubah suami jadi lebih peramah. Paling tidak dia mampu untuk bercakap dan lebih ramah daripada selalu. Mana tahu ia mampu memulihkan komunikasi kita yang sebelum ini hambar dan sepi.
1. Ringkaskan Ayat
Suami biasanya hanya akan menerima ayat yang ringkas dan tidak meleret atau panjang berjela. Sebaiknya gunakan ayat yang pendek dan mudah difahami suami. Elakkan tidak bercakap dengan suami walaupun tahu dia hanya akan mendiamkan diri. Jangan patah semangat, teruskan bercakap dan gunakan kelebihan anda. Ringkaskan ayat dengan sebaiknya.
Ads
2. Puji Suami
Pujian sememangnya pembuka jalan bahagia. Baik suami atau isteri, siapa pun akan suka dipuji. Jika pujian menjadikan suami anda lebih banyak bercakap daripada biasa, maka pujilah dia dengan ikhlas hati. Tarik perhatiannya pada sesuatu yang dirasakan mampu membuatkan dia gembira dan sekali gus berfikir akan pujian anda itu. Siapa lagi harus memujinya jika bukan isteri tercinta.
3. Buat Lawak
Walaupun anda bukan tergolong dalam wanita langsung tidak kelakar, berusahalah untuk mencipta suasana humor untuk suami yang pendiam. Mana tahu dia mampu ketawa terbahak-bahak mendengar kisah anda. Kaitkan kisah ini dengan situasi dan persekitaran anda dan suami.
Ads
4. Hantar Pesanan Cinta
Tanpa percakapan, komunikasi harus berterusan dalam apa cara sekalipun. Komunikasi moden seperti whatapps, wechat, facebook dan sebagainya yang begitu menjadi tren harus turut sama diikuti.
Bukan untuk komunikasi luar lain tetapi jadikan ia sebagai cabang untuk mengeratkan hubungan dengan suami tercinta. Menghantar kata-kata, gambar atau video yang kelakar dan berbau romantik misalnya mampu mengeratkan lagi hubungan. Jangan pula malu.
Ads
5. Ketepikan Soal Malu
Usah malu untuk memulakan langkah dalam apa jua perkara yang membolehkan hubungan menjadi lebih baik. Bertanya suami dan bercakaplah dengan lembut ketika bersama suami. Mungkin sedikit tetapi padat pengisiannya. Walaupun jawapan yang mungkin diterima daripada suami mungkin ringkas namun usahanya untuk menjawab sudah dianggap baik untuk anda.
6. Elak Leter dan Arah
Komunikasi yang baik sememangnya buat situasi jadi harmoni. Elakkan sama sekali berleter dengan jumlah perkataan yang banyak tanpa henti kepada suami. Situasi ini hanya akan membuatkan suami mengambil keputusan untuk berdiamkan diri. Jangan pula cuba mengarahkannya kerana kebanyakan lelaki tahu apa yang harus dilakukannya. Berlembutlah dengan suami dan gunakan psikologi sebaik mungkin untuknya.
7. Jaga Adab
Menjaga adab dengan suami haruslah menjadi perkara paling utama. Hormat dan gunakanlah perkataan yang sebaiknya dengan turut yang lembut lagi terpuji.
Penggunaan ayat yang baik dan dengan lantunan yang lembut pastinya buat suami suka dan ini akan menambahkan komunikasi lebih baik dengan suami. Ini juga akan lebih mengharmonikan rumah tangga anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seminggu dua ini tular nama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila beliau menerima tawaran untuk menjadi DJ di HOT FM minggu lalu dan sempat berseloroh ketika itu bahawa beliau ‘tiada kerja’ semasa menyemak jadual hariannya.
Berikutan itu, ramai yang mengambil peluang untuk menemu bual beliau, antaranya DJ terkenal iaitu DJ Nazz.
Dalam temubual tersebut, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin.
“Jibreil Ali dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.
“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripada ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.
“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.
Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.
Kredit: TIKTOK KJ
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut Asam Pedas boleh kecur air liur dibuatnya. Nak pula bila terbayangkan Asam Pedas bersama sepinggan nasi panas yang baru diangkat daripada periuk nasi. Memang bertambahlah jawabnya.
Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan dua bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana? Cuba buat ikut cara yang disyorkannya, confirm mak mentua tabik dan makan nasi bertambah.
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Foto: thehalalfoodblog.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menghasilkan sediri minyak urut untuk kegunaan sisi keluarga sebenarnya sangatlah mudah. Memadai menggunakan bahan-bahan yang senang didapati tanpa perlu akar kayu dan sebagainya, anda sebenarnya sudah boleh menghasilkan minyak urut yang mujarab digunakan dan selesa dipakai.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ida Shahida di facebook, berkongsi cara dan bahan-bahan untuk membuat minyak urut yang terbaik untuk kegunaan keluarga. Jadi bolehlah anda cuba untuk hasilkannya dan dijadikan stok untuk kegunaan seisi keluarga.
PETUA UNTUK BUAT MINYAK URUT
Botol tudung purple tu setelah cukup 2 minggu
Minyak angin ini bagus untuk menyembuhkan atau meringankan sakit urat saraf, lengoh lengoh, sakit sendi, gatal gatal, angin badan,gigitan serangga, kemerahan kulit, dan luka luka kecil sebab mengandungi anti septic pembunuh kuman. Baik buat sendiri boleh simpan dirumah bila bila perlu.
Bahan bahannya:
2 biji lemon ( kulitnya sahaja)
Minyak olive oil @minyak kelapa @minyak kelapa dara
Caranya:
1.Hiris semua kulit buah lemon
Photo by okeykat on Unsplash
2. Ambil kulitnya masukkan ke dalam botol/balang.
3. Tuangkan minyak olive oil ke dalam balang sehingga melepasi paras kulit lemon.
4. Tutup rapat balang.
Biarkan selama 2 minggu terendam. Selepas 2 minggu minyak ini anda boleh jadikan sebagai minyak urutan jika anda sakit urat dan sakit sendi dan lain lain.
Baunya pun wangi jadi tiadalah masalah bau busuk seperti minyak angin kita. Kalau nak pakai pergi opis atau jalan jalan pun boleh. Nak guna siang malam pun boleh.