Mengapa wanita sering dikatakan superwomen? Mana tidaknya, istilah waktu untuk diri sendiri sememangnya tidak ada bagi insan bergelar wanita.

Seharian melunaskan tanggungjawab di tempat kerja dan malamnya pula menyambung tugasan menguruskan keluarga dan anak-anak yang tidak pernah berhenti.

Namun dalam kesibukan itu, wanita harus bijak mencuri waktu untuk diri sendiri. Soal kesihatan? Itu seharusnya difikirkan oleh semua wanita bagi memastikan diri sentiasa sihat untuk menguruskan anak-anak. Menjaga dalaman wanita adalah satu kepentingan yang mesti di jaga.

7 Petanda Rahim Tidak Sihat, Awas Jika Anda Alaminya!

Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan.

Mungkin ada kena mengena pada masalah rahim yang tidak sihat. Kenal pasti tujuh petanda ini dan lakukanlah sesuatu. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri wahai wanita.

Sakit Pinggang
Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.

7 Petanda Rahim Tidak Sihat, Awas Jika Anda Alaminya!

Sakit Tumit
Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda rahim anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.

IKLAN

Kentut Vagina
Kentut vagina atau angin yang keluar melalui ‘pintu depan’ ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.

Sakit Ari-ari
Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.

Kerap Kencing atau Tak Lawas
Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing.
Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.

7 Petanda Rahim Tidak Sihat, Awas Jika Anda Alaminya!

Sakit Ketika Bersetubuh
Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.

IKLAN

Angin Pada Perut
Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja rumah.


Cara Atasi Masalah Ini Di Rumah
Jangan sesekali memandang mudah masalah ini. Jika dibiarkan ia akan memberikan kesan kepada kehidupan kita sebagai seorang wanita, juga ibu kepada anak-anak. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencegah mahupun berusaha memulihkan masalah ini. Apa yang anda boleh lakukan.

1.Urut Sendiri
Jika tujuh petanda ini dialami anda, ada baiknya anda mencuba sendiri untuk menaikkan semula rahim yang lemah dan jatuh. Caranya adalah berbaring, sapukan minyak di sekitar bawah perut dan tarik atau urut naik ke atas. Mulakan daripada sisi kiri dan kanan dan tolak ia naik ke atas. Lakukan perlahan.

7 Petanda Rahim Tidak Sihat, Awas Jika Anda Alaminya!

2. Minum Air Rebusan
Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengamalkan jus kunyit atau halia bagi membersihkan rahim, memantapkannya semula disamping membuang masalah angin. Ini yang boleh dilakukan dengan segera di rumah.

IKLAN

7 Petanda Rahim Tidak Sihat, Awas Jika Anda Alaminya!

3. Bertungku
Panaskan seketika tungku dan bertungkulah jika punya masa. Lakukan tolakan dari kiri ke atas. Lakukan proses ini hingga seluruh kawasan rahim.

7 Petanda Rahim Tidak Sihat, Awas Jika Anda Alaminya!

4. Berurut
Kemudian barulah anda mencari altenatif untuk melakukan urutan tradisional bagi memulihkan semula rahim dan mengangkatnya pada kedudukan asal.

Carilah mereka yang benar-benar pakar serta mengamalkan urutan tradisional.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI