Susahnya nak cantik. Kalau bukan terpaksa menggunakan sejumlah wang yang banyak, perlu berkorban jiwa dan raga untuk kekal langsing dan cantik.
Soal diet usah cakaplah kerana semua ini turut sama memerlukan pengorbanan dan menjadi sebahagian daripada cara untuk menjadi cantik. Bagaimana untuk tampil cantik secara menyeluruh. Apa harus anda buat?
1. AIR CAMPURAN TIMUN
Apabila anda merasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Anda boleh mengisarnya sendiri dan simpan di dalam peti sejuk. Ia bukan hanya mengelak anda makan makanan tidak sihat tetapi banyak khasiat untuk tubuh.
2. DETOKS TIAP HARI
Jangan lupa amalkan detoks setiap hari bagi mencuci segala dalaman yang kurang menyenangkan. Campuran lemon, limau dan timun antara yang enak diminum dan diamalkan setiap hari. Tubuh pun makin ringan.
Ads
3. KEMAS
Cantik bukan dilihat daripada baju yang mahal lagi berjenama. Cukup hanya anda tampil dengan kemas dan kena padanannya. Ia sudah memadai.
4. BERUS GIGI SELEPAS MAKAN MALAM
Ads
Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi sekalipun ada kawan-kawan yang cuba menyogok anda dengan makanan. Cubalah.
5. PAKAI BAJU SESUAI SAIZ
Dengan memakai pakaian yang sepadan dengan saiz, tidak terlalu besar dan menggelebeh akan memberi motivasi kepada anda dari tidak mengambil snek-snek yang membuatkan anda bertambah berat badan. Nampak idea dan kena dengan tubuh. Cantik.
6. KENYANG DENGAN COKLAT ‘SHAKE’
Ads
Minuman coklat ‘shake’ berbeza dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein dan kalori yang rendah. Malah, dengan minuman ini anda akan merasa kenyang dan dapat menggelakkan dari mengambil makanan berkalori tinggi.
7. AIR KOSONG
Fungsi air kosong bertindak melancarkan fungsi tubuh dalam badan. Malah air yang mencukupi juga membantu lemak dibakar setiap hari. Kalau air tak cukup bagaimana lemak nak dibakar? Jadi minumlah jumlah air yang banyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak kenal dengan pelakon wanita jelita, Aida Khalida. Wajahnya kerap terpampang di kaca televisyen. Setiap lakonannya pasti menusuk hati penonton. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.
Aida Khalida atau nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan sehingga kini banyak menerima tawaran.
Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 66 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya.
Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, pelakon ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa suntikan botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur.
Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya.
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Mahukan kulit wajah yang putih gebu dan licin? Jadi bolehlah mencuba petua kecantikan yang diamalkan oleh Aroora Dayana ini.
Jom semak apa amalannya itu.
Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu. Amalkan selalu ya.
Kebaikan tepung beras
-Menyerap minyak berlebihan di muka
-Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
-Tiada bahan kimia
-Mengurangkan jerawat
-Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
-Menanggalkan sel-sel kulit mati
-Menyerikan kulit muka
cara -cara :
1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit.Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih. Lupa dah harga.
2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi
letak dalam mangkuk atau cawan.Suka hati korang lah nak letak dalam apa.Tupperware ke.
3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.Tapi kak yana tak campur apa-apa sebab untuk pakai harian kan.Terpulang pada anda.
4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh.Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia.Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah. Jerawat semua tak kan muncul.
Nak cakap kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah.Bukan semua orang perfect kan.So kak yana nak share lah sebab benda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah.Jimat pun jimat kan? Tak perlu guna produk mahal-mahal.
Petua tradisional kalau hendak dihimpunkan untuk wanita menjaga menjaga penampilan dan kecantikan memang diakui terlalu banyak. Dan ini membuktikan wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipsahkan sejak dahulu lagi.
Oleh itu, jom kita ketahui beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk membantu mengatasi masalah kecantikan wanita dengan menggunakan bahan-bahan alami.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika ibu-ibu ada masalah dengan berat badan yang berlebihan, silalah amal minum air limau nipis. Caranya mudah dan boleh juga dijadikan minuman kegemaran seisi keluarga.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air suam. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cuaca yang panas kadang kala menyebabkan ruam boleh timbul di kulit kita. Kalau dibiarkan bimbang juga menjadi penyebab kulit mengeruti atau sebagainya. Oleh itu, cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh badan ialah dengan melumurkan tepung ubi pada bahagian yang terkena jangkitan ruam.
3. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
4. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita umumnya antara perkara yang dibimbangi adalah terlihat tua sebelum waktunya. kalau boleh tanda-tanda kedutan ingin ditutup terutamanya di bahagian muka. Jadi ini caranya, ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
5. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
6. ELAK MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri untuk kita berbicara dengan orang lain. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
7. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
8. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
9. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan kita akan ada terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di