Ramai yang inginkan kusyuk dalam solat. Apabila impian itu tercapai kita akan rasa tenang dalam hidup.

Menarik dengan perkongsian saudara Firdaus Mokhtar yang berkongsi cara untuk memastikan solat dilakukan dengan tenang.

Jom ikuti perkongsian ini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

8 CARA KHUSYUK SOLAT

8 Cara Buat Khusyuk Solat, Baru Mudah Rasa Tenang

Di pagi hari ini, saya teringat pesan guru saya bila kita mencari cara untuk khusyuk dalam solat. Iyalah, semua orang pun nak dapatkan solat yang khusyuk.

Jadi ini antara yang pernah guru saya sebut;

1. Kita kena belajar faham dan hayati bacaan dalam solat.

Ini merupakan cara yang pertama untuk dapatkan khusyuk. Bila kita faham apa yang kita baca, barulah mudah untuk kita bagi tumpuan.

IKLAN

Betul, kita bukan pandai bahasa Arab sangat. Tak apa tak pandai, cari sahaja makna bacaan dalam sembahyang. Hafalkan.

Surah Al-Fatihah itu ada 7 ayat, hafalkan makna dia. Kemudian bacaan yang lain semua dan pendek-pendek. Mudah nak ingat.

Yang panjang mungkin bacaan tahiyat awal dan akhir. Tapi tak usah risau, ayatnya banyak bersifat pengulangan. Serius mudah. Jadi cuba hafalkan makna bacaan. Sikit-sikit dulu, nanti insyaAllah boleh hafal semua.

2. Jaga makanan dan minuman.

Ini guru saya pesan supaya terjamin halalnya. Makanan ini menjadi darah daging kita. Sebab itu wajib kita cari makanan yang dah pasti halalnya.

Nak jaga lagi cari yang menguruskannya juga orang yang jaga sembahyang. Hasil buatan mereka ada keberkatan. Itu kalau nak jaga betul.

3. Banyakkan sedekah ke fakir miskin.

Amalan ini sebagai tebusan dosa. Dan kita mahukan doa daripada mereka ini. Jadi nanti Allah ganti dengan mudahnya kita beribadah.

4. Jangan solat dalam keadaan kita tangguh buang air kecil atau besar.

IKLAN

Kadang kita tak rajin nak pergi ambil wuduk. Kita pun solat menahan kencing atau tahan buang air besar. Keadaan ini akan buatkan solat kita dalam keresahan.

Tertahan-tahan, dah tentu fikiran akan lebih tertumpu nak cepat siap dan segera ke tandas.

5. Ambil wuduk dengan sempurna.

Kena perkemaskan cara ambil wuduk. Bahagian wuduk pun kena jaga. Pastikan mana yang mesti kena air yang diratakan.

Hal yang ini kita kena selalu perhati. Dekat anak-anak pun kena selalu ingatkan. Tengok juga bila mereka ambil wuduk. Tegur kalau silap dan nampak gopoh.

6. Pakai pakaian yang bersih dan kemas.

Kalau boleh pakaian yang kita memang jaga dan rasa itu adalah pakaian yang layak kita pakai bila bertemu Allah.

Kita tak sanggup untuk kelihatan buruk dan teruk depan manusia lain lebih lagi bila kena panggil mengadap orang besar, tapi dalam solat bersahaja untuk pakai yang ala kadar.

7. Ini penting, tempat sujud tak ada gambar yang boleh mengganggu fikiran.

IKLAN

Tak salah untuk pakai alas solat yang ada corak dan gambar, cuma kalau kita baru nak belajar khusyuk, dan dalam masa sama kita jenis cepat membayangkan sesuatu, eloklah pakai yang tak ada gambar

Sebab tu ada ulama yang memang kalau dia solat, pakai kain putih sebagai alas. Supaya tak terganggu solat dengan banyaknya gambar lain.

8. Mengingati mati.

Haa! Guru saya pesan, merasakan kemungkinan ini adalah solat kita yang terakhir dalam hidup. Maka kita akan buat sehabis baik.

Jadi kita akan mendekati khusyuk insyaAllah.

Begitulah antaranya. Kita cuba ya.

Sumber: Firdaus Mokhtar

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

8 Cara Buat Khusyuk Solat, Baru Mudah Rasa Tenang

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI