Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Sebut sahaja nama mereka, pasti ramai akan terbayang sekali wajah comel dua adik-beradik ini.
Keletah si adik di Instagram yang sering menyakat abangnya, manakala si abang seorang yang prihatin tetap melayan baik. Ini terbukti ketika dalam satu pemeriksaan rawatan pemeriksaan gigi. Perkongsian Video di akaun instagram mendapat perhatian warga maya yang menunjukkan situasi ketika Alisa berada di sebuah klinik pergigian.
Disebabkan dia enggan memberi kerjasama sehinggalah muncul Yusuf dan masuk ke bilik rawatan tersebut untuk memujuk adiknya.
Apa yang membuatkan ramai terharu bila mana si kecil ini terus membuka mulut selepas abangnya meminta dia berbuat demikian. Kehadiran Yusuf membuatkan adiknya tidak kekok lagi apabila mulutnya diperiksa.
Menanam sayur-sayuran boleh dijadikan antara aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga bagi mengisi waktu senggang. Tambahan pula melalui aktiviti ini, akan memberi ruang untuk hubungan keluarga menjadi lebih erat.
Untuk itu, ketahui dahulu cara menanam sayur sawi dan apabila sudah boleh dituai dapatlah seisi keluarga menikmati hidangan sayur yang ditanam sendiri.
Teknik tanaman sayu sawi ini dikongsikan oleh Azuan Abdullah. Jom semak.
Umur sawi ni genap 30 hari lepas tanam. Saya tanam masa anak benih umur 14 hari lepas semai. Ada 7 pasu semuanya. Cukupla untuk keluarga kecil kami.
Dalam tempoh sebulan ni, dah 2 kali saya ambil daunnya. Kali pertama ambil letak dalam mee rebus. Kali kedua pula untuk buat kue tiaw goreng.
Sebab tu saya suka tanam sawi jenis ni, bila nak guna tak perlu cabut dengan pokok-pokok. Cukup sekadar kita ambil 3-4 helai daun yang paling luar sahaja.
Masa kawan nak bagi benih tempoh hari, beliau cakap sawi ni tak akan berbunga dan boleh capai berat 1 kg untuk 1 pokok.
“Ya ke soal saya balik. Okey, ambil benih ni dan cuba tanam sendiri. Nanti tengok hasilnya macam mana? Betul atau tak yang macam aku cakap, balas kawan saya dengan suara yang sedikit kuat. Relaks la. Aku tanya je. Tak kan tu pun dah hangin bro. Hihi Okey. Mari benih sikit, aku nak suruh anak aku tanam,” balas saya
Ni cara-cara saya tanam sawi dalam pasu
1. Guna pasu saiz 12″ × 12″. 1 pokok 1 pasu. Lagi besar lagi elok.
2. Masukkan tanah campuran ke dalam pasu. Kuantititnya 3/4 dari saiz pasu.
3. Tiga hari sebelum tanam, buat lubang lebih kurang 6 inci dalam pasu. Lepas tu letak 10 gram baja “lapik”. Saya guna baja NPK 15:15:15.
4. Lepas letak baja, kambus semula lubang tadi. Lepas tu siram dengan 1 liter air dan biarkan 3 hari.
5. Masa nak tanam tu , gali lubang lebih kurang 2-4 inci dan tanam. Lepas tanam siram dengan sedikit air. Yang tanam sawi ni anak ke 2 saya, Muhammad Aqeel.
6. Siram dengan air baja strong (NPK 12:12:36 + Mikro) pada hari ke tiga lepas tanam. Siram 1 liter 1 pasu. Kadar pencairannya adalah 1 gram baja strong + 1 liter air.
7. Ulang langkah nombor 6 setiap 3-4 hari sekali.
8. Sembur dengan kawalan perosak pada hari ke 3 lepas tanam. Saya sembur dengan racun organiik buatan sendiri, formulasi untuk kawalan serangga. Nisbah penggunaannya 1 ml racun organic + 2 ml cuka kayu + 1 gram baja strong + 1 liter air.
9. Ulang langkah 8 sekali seminggu
10. Sawi jenis ni kita boleh ambil daunnya seawal 20 hari lepas tanam. Caranya kita potong 2 -3 daun yang paling luar @ paling besar. Tak perlu potong atau cabut dengan pokok-pokok. Untung kan.
Kaedah ni tidak terhad tanam dalam pasu sahaja. Sahabat boleh guna tong cat, polybag, bekas polisterine, bakul buah, petak tanaman atau apa-apa bekas yang sesuai dengan kawasan rumah kita. Yang penting ianya senang untuk kita urus dan boleh jimatkan kos.
Berkebun dapur ni seronok tau, boleh jadi terapi minda dan hilangkan stress. Untung lagi sebab kita dapat jimat duit dapur dan dapat makan sayur fresh yang bebas dari racun kimia.
Tolong kongsikan ilmu ni pada yang lain SEBAB mungkin ianya akan sangat berguna untuk mereka juga.
Tidak semua dari kita punya rezeki untuk berpantang bersama ibu di kampung. Kekangan tanggungjawab lain membuatkan kita terpaksa berpantang sendiri di rumah. Apa nak buat jika terpaksa pantang sendiri?
Bagi anda yang tiada pengalaman berpantang sendiri, berikut antara perkara utama yang perlu dititikberatkan:
1. Atur jadual
Sekiranya perlu untuk berpantang di rumah sendiri, pastikan anda melakukan perancangan awal dan menyediakan aturan jadual yang rapi. Ini penting bagi memudahkan perjalanan harian anda nanti.
Antara rutin yang perlu dirancang adalah:
Pengurusan bayi – memandikan, menyusu, menidurkan, mengepam susu
Pengurusan rumah – memasak, mengemas rumah, mencuci pakaian
Penjagaan kesihatan diri – mandi, berbengkung, berurut, penjagaan luka dan sebagainya
Pengurusan anak-anak lain
Sebaiknya sediakan rutin jadual untuk sepanjang tempoh berpantang dan bahagikan tugasan dengan suami.
Biasanya untuk beberapa minggu pertama, kerjasama suami amat penting dalam melakukan semua tugasan ini.
Pada permulaannya, mungkin akan sedikit kelam-kabut, ini kerana anda memerlukan masa untuk mendapatkan rentak yang betul.
2. Sediakan menu makanan
Sama seperti tadi, anda juga disarankan untuk menyediakan menu berpantang untuk sepanjang tempoh berpantang. Anda harus mengetahui jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan.
Pastikan juga senarai barangan dapur yang mungkin diperlukan turut disenaraikan. Ini bagi memudahkan anda tanpa perlu merunsingkan diri memikirkan menu makanan.
Bahkan dengan senarai ini juga akan memudahkan tugasan suami untuk membelikan barangan dapur. Dalam masa sama, sediakan juga menu untuk keluarga yang lain.
Kalau ingin memudahkan lagi tugasan, apatah lagi jika perlu berpantang sendiri dengan anak kecil, sebelum bersalin, bakal ibu boleh menyediakan stok makanan berpantang seperti serunding halia atau sebarang lauk sejuk beku (frozen).
3. Persediaan mental & emosi
Elakkan daripada memikirkan bahawa berpantang secara sendiri ini adalah sesuatu yang susah, memenatkan atau apa sahaja yang negatif. Sebaliknya, anda harus berfikiran positif dan yakin bahawa diri mampu melakukannya.
Tidak dinafikan ada masanya anda mungkin berasa letih, tidak cukup tidur dan stres. Jika ia berlaku, jangan pendamkan. Ini penting bagi mengelakkan risiko mengalami kemurungan selepas bersalin.
Sebaliknya kongsikan kepada pasangan anda, agar mereka dapat memahami keadaan dan cuba untuk membantu.
Kesilapan yang perlu dielakkan
Sudah tentu apabila perlu berpantang di rumah tanpa ditemani ibu atau ahli keluarga lain, pastinya wujud cabaran berpantang sendiri. Biasalah apabila semuanya harus dikawal sendiri, kita akan mempunyai kecenderungan untuk mengambil mudah sesuatu perkara.
Antara kesilapan yang perlu dihindari ibu semasa berpantang adalah:
1. Mengabaikan kesakitan
Ketika berpantang, badan memang akan mudah untuk jatuh sakit. Walaupun anda perlu menjaga diri sendiri, itu tidak bermakna kesakitan yang dirasai harus diabaikan.
Beberapa masalah kesihatan selepas bersalin yang mungkin dialami seperti:
* Jahitan luka pembedahan terbuka
* Pendarahan berlebihan
* Sakit kepala
* Bengkak susu
Sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor jika wujud sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri bagi mendapatkan lebih kepastian.
2. Kurang minum air
Kalau ikutkan cara orang dulu-dulu, sepanjang tempoh berpantang, ibu-ibu dilarang untuk minum terlalu banyak air. Tetapi hakikatnya, pengambilan air kosong amat penting bagi mencegah diri terhidrat. Bahkan air yang mencukupi dapat membantu dalam penghasilan susu badan dan menghindari masalah sembelit – keadaan yang sering dialami ibu selepas bersalin.
3. Elak lakukan banyak kerja
Cuba untuk meminimumkan kerja yang anda perlu lakukan. Jika perlu, hanya lakukan tugasan ringan dan mudah seperti memasak sekali sehari. Manakala tugasan rumah lain, tangguhkan sebentar atau minta bantuan suami mahupun anak yang lebih dewasa untuk membantu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar pada Rabu lalu.
Waris sulung Tengku Puteri Iman Afzan dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah itu diputerakan pada 23 Julai lalu.
Instagram House of Pahang berkongsi berita dan turut memuat naik beberapa keping gambar untuk tatapan ramai sepanjang berlangsungnya istiadat penuh tradisi itu.
Pada hari Rabu 2 Oktober KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu YM Tengku Zayn Edin Shah Bin Tengku Abu Bakar.
YM Tengku Zayn Edin Shah ialah putera sulung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Abu Bakar Ahmad ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
Turut berangkat ke istiadat yang penuh tradisi ini ialah Kerabat DiRaja Pahang.
YM Tengku Zayn Edin Shah telah diputerakan pada 23 Julai lalu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.